Pages

Showing posts with label Diri. Show all posts
Showing posts with label Diri. Show all posts

April 15, 2016

rutin biasa | dear dairy | choc cake

Kalau dulu tulis dairy, mesti tulis dulu, kejap na dairy nak kunci pintu bilik dulu, atau emak panggil ke.. yang ni pun tulis patut kena kerap beli dairy baru...

Hari ni mama bersyukur Faiq kancingkan baju sekolahnya cepat.

Fadya pun siap untuk ke sekolah senang, bangun sendiri hari ni keluar dari biliknya, siap-siap lepas tu tido balik.

Saya seperti biasa bancuh nestum, oat, susu, gula milo 2 cawan untuk diri dan habibi. Letak atas meja, ambik roti dua keping sapu untuk Faiq, tunggu roti canai goreng dengan minyak zaitun atas api siap untuk Faiq juga, ke dapur balik, isi air bekal untuk dua beradik tu. Datang ke meja sapu roti dua keping lagi untuk kami berdua. Flow ni hampir sama sebab tak nak tertinggal apa pun.

Kadang bakar  cake untuk fadya bawa bekal. Ke belakang lagi bancuh susu. Ok baru duduk, ngap telan ja.. berdiri papa, mama pun bangun ambik beg fadya, roti baru digigit pun letak tepi bersebelahan epal hijau dalam gambar atas tu hehe.

Lepas bye bye.. masuk siap kan diri, masak nasi keluar servis kereta, kalau kesempatan nak jumpa adik kesayangan yang tinggal di amerika balik untuk beberapa minggu ni. Alhamdulillah.



Bersyukur selepas subuh, senaraikan.

February 29, 2016

Senam Physio

Saya ada nasihat emak untuk bersenam renggangan (stretching) bila beliau mengadu ada lenguh-lenguh bahagian badan. Emak cepat mengaku betul juga takkan nak lagi kakak membayar untu senam fisio di pusat fisio berkaitan dengan medical centre. Bukan senang nak pegi dan bukan murah. Lagipun beliau dan bapa dah tahu sedikit sebanyak bagaimana mereka  hendah lakukan seperti di gambar melakukan senam dengan pengawasan dan dibantu. Tetapi jika buat kat rumah emak angkat kaki setinggi yang boleh, bengkokkan. Semua pergerakkan perlahan supaya peredaran darah lebih elok. InshaAllah.
Saya google senam fisio atau exercise fisio baru dapat gambar juru fisio berpakaian professional.

Jika tidak rasa apa pun elok buat stretching terutama bagi saya yang masih mengenali diri ini. Tetapj pasti puashati lepas senam walaupun tak betul caranya asal tak mencedera dan pendek saja masa di lalukan.

Seperti saya tu, cuma mengiring..

1. Tapak tangan kanan di lantai, angkat badan.
2. Bahagian pinggang dan pinggul susah skit, support dengan kaki kiri silang ke depan sorry tiada gambar.  
3. Hujung kaki kanan menahan dilantai.
4. Tangan kiri angkat menghala ke atas.
5. Jika kaki kiri dan otot kuat menahan,  angkat kaki kiri.

Jika tidak dapat, buat cuba cuba pun sudah memadai seperti bersenam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin