Pages

November 7, 2026

Minestrone Soup menyelamat


 




Di cafe mencatat journal. Lepas baca Al-Kautsar, rasa nak merakam momen tu, nak berhenti ambil video nanti tersilap kira, teruskan dalam minda mesti catit, bila selesai tak pasti nak catit kat mana, terus taip di blog dulu. (Harap kawan² semua sihat ya, tak da versi English sebab boleh translate kan)


Hari ini hari Jumaat, sempat baca Al-Kautsar 1000 kali sebelum jemput abang dari sekolah.


Tak lama selepas tu sedia makan tengahari untuk adiknya sebab hari ni bukan giliran tingkatan rendah ke sekolah sepanjang peperiksaan SPM berlangsung. 


Makan tengahari yang simple, (dimasak lebih awal iaitu nasi, sup sayur ayam minestrone manakala ayam goreng 'airfryer' bila masa nak makan. 


Hidang atas meja, lauk dalam satu pinggan setiap satu, selebihnya simpan dalam peti ais. Ayam yang diperap masih dalam airfryer, jadi minta adik tolong flip ayam bila mesin berhenti. Alih ayam bahagian bawah ke atas tambah 10 minit dalam 180°C lagi. Bolehlah menjamah selepas itu. 


Sekarang dah berada di keluar, menjemput, menunggu solat jumaat berakhir, sesambil menulis dairi hari jumaat penuh baraqah. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin