Pages

September 22, 2021

Baby fox | Anak musang pandan

Bahasa dan  video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 



We searched for its mother |  Kami cuba cari ibu musang. 



The baby fox was brave without animal instinct yet | 

Anak musang berani datang dekat kerana ia masih mentah. 


We encountered the movement of the plants and noises at the window. Saw a gray colored creature that is small but way furry and long. We look closely, it was a baby fox. He just moved along the trail of window then went down. 


We are human, bigger but afraid of that cute small thing. Scared of it's bites and scratch. Not sure of the outcome. I remembered my mom advice; 

Any scratch from any animal, mom (who worked in ministry of health) would asked us to a clinic to get a jab, even scratches or wound that involved of rusted metals, we must have take a jab of tetanus. If we just ignored, once the body got fever, there's a possibility of the body can get into a fit (kancing gigi). 


I put some photos for viewing the civet cat or pandan fox cub in action. The video  is here as usual too, right. 


Happy Wednesday❤️


Kami terdengar bunyi sesuatu dan pergerakan pokok pokok yang digantung ditingkap dapur. Nampak kelibat mahluk berwarna kelabu kehitaman yang agak kecil tapi berbadan panjang dan berbulu tebal. Bila diselidiki dengan lebih dekat, barulah tahu ia adalah anak musang pandan. Ia bergerak kekiri kanan tingkap seolah olah mencari jalan untuk masuk kerumah.


Kita manusia berbadan besar tapi takut pada binatang yang kecik molek ni. Takut terkena gigitan atau cakaran manja cek musang ni. Emak (yang pencen dari Kementerian Kesihatan) biasa berpesan kalau terkena gigitan dan cakaran binatang, eloklah pergi keklinik untuk disuntik. Malah kalau terkena bahan logam yang berkarat sekalipun, eloklah pergi dapatkan suntikan tetanus. Ditakuti kalau dibiarkan, jika berlaku demam (tubuh lemah baru menyerang) takut melarat jadi kancing gigi. Nauzubillah!


Saya lampirkan gambar buat tontonan semua aksi sikecil ditingkap. Dengan videonya sekali, seperti biasa :) 


Salam Rabu ❤️

19 comments:

  1. Saya memang jenis mudah terluka, kulit nipis. Memang takut dengan hidupan liar.

    ReplyDelete
  2. So adorable! I wonder where his family is...hope he find his mom soon.

    ReplyDelete
  3. Wah comelnya. Tapi tu la kalau saya pun takut nak pegang. Takut musang tu rasa terancam dan gigit atau cakar kita balik.

    ReplyDelete
  4. comelnya. dia tak takut kita, kita yang takut dia. betul, bahaya kalau digigit atau dicakar. Harap jumpa ibunya

    ReplyDelete
  5. comel! tp sy sejenis yg geli nk pegang haiwan berbulu.. kucing pn br sekarang berani nk belai..hihi

    ReplyDelete
  6. Musang ni wangi. Dulu kalau makan kat kedai waktu malam kalau tetiba bau pandan memang dah tau dah, musang ni tengah lalu kat wayar elektrik..

    ReplyDelete
  7. sis jaga ke musang tu? dulu ade ibu musang ni duduk atas atap rumah saya..hari hari saya letak buah atas atap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bela, liar yang datang tanpa ibu. Ada letak pisang semalam. Terima kasih AD :)

      Delete
  8. Sim no meu jardim obrigado:)

    ReplyDelete
  9. comel..lapar kot, kena cari makan sendiri..

    ReplyDelete
  10. Cute but still a wild animal.

    ReplyDelete
  11. Gostei bastante da publicação. Obrigada pela partilha!:)
    .
    Sinto o outono em meu redor
    .
    Beijo, e uma excelente tarde...

    ReplyDelete
  12. A sweet little animal, and good advice to follow! As much as I enjoy wildlife I respect the fact that they are wild and we need to be careful, to use our common sense. Thank you for the post and enjoyed the video very much.

    ReplyDelete
  13. It is amazing that they can survive amongst humans. Must be because there are many kind humans like you who will put bananas or other fruits for them. Thank you.

    ReplyDelete
  14. Comel anak musang pandan. Memang tak takut betul tu. Biasanya kalau haiwan liar nampak manusia je dah cabut lari. Sedangkan serangga kecil pun manusia takut. Yelah kan, sebab bahaya tu yang buat kita rasa tak berani nak dekat.

    ReplyDelete
  15. poor baby... i hope that his family will find him soon!

    ReplyDelete
  16. Nampak comel anak musang ni . Tapi kalau jumpa takut juga nak sentuh

    ReplyDelete
  17. Comel tp kena hati2. Bab dptkan suntikan lepas terkena gigitan/cakaran atau besi karat, paku karat cepat2 pergi klinik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin