Mamanya yang buat lawak tau tajuk tu, Faiq nak kata suka dengan matematik tak pasti, bibir tak semanis gula masa buat latihan tambah ni. Yang mengajar pun baru belajar mengajar, cuma tahu kira duit ja heee..
Cuba sedaya upaya juga untuk tarik minat Faiq duduk buat latih kerja ni. Sebelum tu ajar ada 9 toys tambah lagi 5, suka la mengiranya. Makin lama dah tak cukup jari. Kalau rakan blogger ada teknik lebih mudah boleh sedekah caranya..saya tak galakkan kira dikertas lain, sebab nanti banyak menulis. Saya buat jari kertas yang di salut plastik seperti gambar di bawah, inilah calculator hehe... Faiq teruja sampai abis satu muka surat juga.
Sebelum tidur, semasa nak ucap selamat malam, Faiq bagitau nak bagitau sesuatu. Faiq bagitau matematik ni panjang/lama mengira mama, tersentuhnya hati ni, saya memaksa ke, asas je kan..
Saya cakap nanti kita buat perlahan-lahan. Tetapi darab Faiq cakap dia suka sebab hafal, lagi satu cepat sebut sama jugak / equals tu cepat. Buku latihannya bernombor besar juga, jadi asyik ulang mengira nombor nombor tu.......semasa saya draft entri ni, saya tanya Faiq nak baca buku cerita atau nak menulis, tak berani sebut matematik tau. Faiq jawab nak buat matematik. Terkejutnya, minat jugakkan, patutla nak tido pun teringat. Alhamdulillah
saya guna batang ais krim untuk tambah dan tolak, kadang guna teknik utk tambah yang tak cukup cari misalnya 9+6, minta adam buat begini, 9 didalam otak keluar jari 6, kira selepas 9, 10,11,12,13,14,15..yeay dah dapat hehehe 9+6=15
ReplyDeleteanak saya time tadika saya guna bahan2 semulajadi ajar maths. kalau guna jari susah nak faham
ReplyDeleteKakak dulu ajar anak kakak simpan nombor yang besar dalam mulut. Maksudnya contohnya 22+4, yg 22 tu simpan lepas tu sambung 23, 24, 25, 26. Sambung nombor yg kecik guna jari. Cepat jugalah cara ini BP.
ReplyDeleteApa pun method buat jari tu ok juga - menceriakan:)
bagusnya dia
ReplyDeletesaya follow group teacher collectn kat group fb.. mcm sharing menagjar anak yg kreatif.. kalau masa kecil2 sy tahu gini..mesti skrg dah pandai...hahaha
ReplyDeleteanak2 akak dulu kalau tak cukup jari tangan depa guna jari kaki...hahaha...dah satu hal pulak nangis2 kat sekolah time math sebab kaki dah berkasut tak bole nak guna...T__T bijak Faiq ni tau kecik2 lagi dah bole selesaikan soalan math camtu...
ReplyDeleteFaiq minat math tu ajar pelan2 ikut minatnya.
ReplyDeleteKreatif mama faiq. Saya belum lg ke fasa ini. Kena ceduk ilmu kawan2 sikit2 hihi
ReplyDeletekreatif BP..buat jejari as calculator..bila dah minat, susah nk stop..hihi..
ReplyDeleteBP ni kreatif tau...Akak masa anak kecik2 dulu tak pernah terfikir idea ni.
ReplyDeleteBiasanya guru ajar guna batang aiskrim atau lidi satey itulah yang akak ajar dorang kat rumah.
kreatif mamanya buatkan jari tu..
ReplyDeleteakak ajar anak nombor besar ingat dalam kepala
lepas tu guna jari, sambung nombor yg hendak ditambah
ALHAMDULILLAH....faiq budak cerdik.... bagus kenalkan awal dgn kira2 mcm nie .... due2 otak berjalan gitu...akak pun dayyan baru 5 tahun akak dah ajar math mcm nieh...biar le die kengkang2 jari kire tapi nak latih die suke math.....
ReplyDeletebagus ajar budak2 dari kecil kemahiran matematik. math menarik sebab main kira-kira. takdelah boring..cuma yang kelakarnya kalau dengan jari kaki sekali dijadikan bahan untuk pengiraan. hihi.
ReplyDeleteAkak guna kaedah kakzakie dan KB tu Farah..
ReplyDeleteTapi cara farah tu pun ok juga..
Anak2 gembira bila belajar..
Lupa dah camne kekdah ngajo anak BP hihi...maklumlah dah belas tahun yg lepas .....
ReplyDeleteTapi budak budak mmg bijak, nak cepat habis, kalkulatorlah penyelesaiannya haha...
Klu dekat sekolah anak sy cikgu ajar pakai batu kot mula2 dulu..pastu penutup botol..sy kt rumah boasanyang ajar pakai jari original.cuma anak yg lebih kecik kena pelbagaikan cara..tak boleh terlalu formal..kaedah belajar sambil bermain sy aplikasikan untuk afia
ReplyDelete