Ketandusan idea nampaknya, sampai ke bilik air pun nak dientrikan. Akibat botol jem yang kosong makin bertambah, dapat idea tanam pokok dalam botol. Sejak dari itu, bertambah pulak pokok dalam botol. Letak selunguk dah nampak kurang kemas, risau pun risau dengan botol kaca berkeliaran di bawah, kan anak-anak suka berlari sana sini.
Capai paku dinding, ketuk di dinding dalam bilik air. Di mulut bolot, lilit dengan dawai dari kedai hiasan bunga atau pengantin. Lilit buat loop atau tempat gantung tu bersaiz kecil.
Bila digantung berdekat pintu rasa menarik ada kehijauan. Sebelum tu,
1. di awal permulaan menanam pokok dalam botol kenalah isi dulu dengan batu kecil,
2. isi tanah selepasnya.
Jadi air tiada bertakung di dalam botol, selain itu tak risau nak siram selalu. sebab kelembapan bertahanan. Ini hiasan murahan tetapi bermanfaat kerana pokok duit ini mengeluar oxigen and menapis udara di dalaman.
Sudut terbaik ialah bahagian sinki atau cermin itulah biasa ternampak di dalam bilik air awam. Tetapi biasa saya tengok, di letak mangkuk berisi batu sahaja. Nampak ala spa, cuma kurang senang hati, mahkluk lain pun berkubang di situ. Walaupun disalin airnya, seeloknya basuh akar juga, kerana kadang ada telur terlekat. Kalau ada cicak, cicak makan nyamuk tu, jadi sistem ekologi ada, InshaAllah selamat.
Saya dah try juga, nnt dh cantik nanti saya tunjukkan hasilnya, hi hi
ReplyDeletebagus juga idea nih..kalau rajin boleh buat juga nanti
ReplyDeleteidea menarik.menafaatkan barangan terpakai..
ReplyDeletebila bilik air cantik..selalu jerlah nk masuk...
Bilik mandi mesti nampak segar kalau ada pokok2 hijau macam ni
ReplyDeletedi sinki rumah ini juga banyak botol kaca tdk diguna . boleh guna idea ni memandangkan saya juga suka menanam ...
ReplyDeleteAkak berminat tapi belum dapat lagi bunga yang sesuai nk letak kat botol kaca yg kebanyakan dari minyak zaitun.
ReplyDeleteHihi...tadi mak pun tak de idea BP...jenuhlah ligat pikir nak merapu apa haha....
ReplyDeleteCantiklah atas tu rasa tenang jiwa....
Tp mak tak de pokok tu....rasanya sennag tumbuh tu. Yg ada daun plastik hihi
kalau tanam pokok hidup camni suasana nampak segar kan...dulu akak pon ada tanam pokok keladi camni dalam toilet...beli kat ikea rm4 sepokok...masa beli tu gemok tetiba makin lama jadi semakin kurus pulak... ;p
ReplyDeleteKakak ada tanam pokok yg sama di dalam vase transparent, curah air pada sponge hijau yg serap air tu dan letak di atas meja porch rumah. Cuma kakak punya pokok tu tak subur macam BP punya tau.. dah setahun tapi macam tak besar-besar:)
ReplyDeleteWAH RAJINNYA BP MENANAM POKOK MENGHIAS RUMAH MENGGALAKAN PEREDARAN OKSIGEN BERSIH...
ReplyDeletebagus la BP ni..nanti rajin boleh buat..hihi..
ReplyDeletebila la nak rajin tu..asyik malas jer skrg ni..
wahhhh kreatip! leh try gak ni
ReplyDeleteIdea yang bagus jugak, selain menambah kehijauan dalam rumah... boleh mencantikkan ruang juga...
ReplyDeleteSegar bilik air pun nampak berseri. Dulu kak zai banyak pokok ini daun lebar2 tp kurang penjagaan lama2 pupus hihi...
ReplyDeletesegarkan bilik air, sesetengah orang bilik air last sekali utk deco
ReplyDeleteKreatifnya.. Seronok dpt deko umh smpai ke bilik mndi..
ReplyDelete