Bila hal mengejut untuk diselesaikan di badan kerajaan, saya memikirkan tentang hal menjemput anak-anak. Jika pergi sebelum budak-budak keluar sekolah, pasti terlalu tergesa dan risau setiap minit memikirkan Faiq dia keseorangan nanti bila lambat diambil. Tentang Fadya ada solusinya kerana sekolahnya ada servis transit dan pembayaran ikut jam, cuma telefon untuk beritahu ada hal atau kecemasan sahaja.
Kami mengambil keputusan mengambil anak-anak dahulu, sebelum itu kami singgah untuk mengalas perut. Bekalan untuk budak-budak juga di sediakan. Selepas ambil Faiq , en hubby singgah kedai minyak, tertanya juga sebab awal sudah singgah isi minyak. Kata suami hendak beli minuman Fadya, beli masa ambilnya baru sejuk. Dua beranak suka sejuk patutla, saya baru amalkan air tak sejuk bila di luar, di rumah memang air suam.
Pukul 1:30 tengahari begitu sampai di pejabat kerajaan, bekalan minuman sudah habis didalam perjalan. Pukul 2:00 pm baru buka counter. Kami menunggu. Faiq duduk sambil mahukan handphone.
masih aktiv bertarian balet |
theatre di taman tema time square belum mengantuk lagi |
fadya jadi driver |
Betul tepat 2 jam Fadya sudah mula berjalan melutut minta didukung kerana parkir jauh bertangga ke tinkat 5 dari tingkat 2. Pada mula nak selesaikan satu hal lagi ditingkat 1, tapi saya minta ke kereta dulu, sampainya kereta terus lelap. Bila buat analisa begini, budak bawah 4 tahun akan menangis dan masa ni tak perlu marah, kerana keperluan lain dulu perlu diberi, rehat,minuman. Memandangkan Faiq Fadya sudah besar ketahanan mereka makin menambah, permahaman juga makin tinggi, masih perlu berjaga-jaga untuk keselesaan dan keamanan. Ini satu solusi kepada mereka tak mahu ke mana kerana anak kecik atau biasa di tinggal kerana kerimasan budak2 . Perancangan yang betul, InshaAllah.
bawah 5 tahun memang akan cepat letih dan minta didukung. alam kanak2 sekejap je sebenarnya
ReplyDeletesalam jumaat BP...bawa anak2 sekali tika selesaikan urusan penting kdg ambil masa n perlu pastikan keselesaan mrk.
ReplyDeleteFaiq/Fadya beruntung punya mummy/daddy yg alert. Kakak puji hal ini. Sebab tak semua parents sedar akan perkembangan yg diperlukan oleh anak-anak mereka. Contoh yg baik.
ReplyDeleteYelah kan BP....kita kacau masa tido dia tu yg jadi mereka letih nak berdukung tu ...Tak perlah abg Sado kan ada...hihi...selesai semua masalah
ReplyDeleteragam anak-anak...angah belum melaluinya...
ReplyDeleteBudak2 mrmg cpt letihkan...
ReplyDeleteFadya kat lantai pun jadi main ice skating ye, hi hi.
ReplyDeleteTadika Smart reader ye? Nampak uniformnya.
Bila bawa budak2 kala buat urusan, kita memang kena alert & tengok keadaan mereka. Cepat penat, cepat lapar, cepat ngantuk :)
ReplyDelete