Ya Allah Ya Tuhanku / Dearest God,
How am i supposed to react / Apa patut saya buat
To see someone close to me derailed from the right track / bila melihat seseorang yang rapat dengan saya terbabas dari jalan yang lurus
I can not look at it anymore because i feel i am involved/ Tak sanggup saya melihatnya lagi kerana terasa bersubahat
Benarkanlah saya berpaling arah atau saya di hantar untuk membawa dia ke jalan yang benar.
Kenapa ini berlaku? Biasanya saya cuma menatap berita hanya orang yang tidak dikenali.
Ikut hati ikut saja "Prof Dr Muhaya suruh kita delete orang yang negatif ni, sanggupkah dia (Prof Dr muhaya) sendiri delete orang begitu dan biarkan saja orang itu terbabas dengan negatifnya walaupun tiada ikatan atau darah daging". Memang akan Selesai satu hal sebab tak tahu dan tak nampak dah kan. Rasa pelik jika ini dinasihatkan oleh motivator, bagai melarikan diri dari masalah. Sepatutnya lindung diri dari terjebak sambil menolong orang negatif/terbabas yang sengaja Tuhan hantar pada kita ( kenapa tiba-tiba ada dalam list kita, kalau bukan kerana Tuhan) - saya ambil dari facebook web dibawah ni, putus silaturahim, macamana tu.
Prof Dr Muhaya
24 February 2013
""Manusia itu berdasarkan ugama rakannya. Oleh itu delete rakan facebook yg membawa ke aktivit lagha. Semua yg mengajak main game delete terus. Nyawa kita terlalu berharga"
bersungguh mendoakannya dunia akhirat, kenapa dunia sahaja terpangpang yang saya ketahui. Ingin saya kongsi dengan orang yang penting tetapi tak pasti jangtung mereka dapat menampung keadaan ini.
Berikan kesedaran kepada dia dan berikan jalan padaku untuk memberi jalan kebahagiaan untuknya, jalan mudah yang diredhaiMu.
En hubby suruh tegur, tetapi saya perlu memberi solusi yang boleh menarik perhatian dia dan apa yang saya syorkan ini lebih memberi kebahagiaan dari yang dia sedang nikmati.
Maaf tak teratur luahan ini.
x pe luah kan je
ReplyDeleteada ketika teguran adalah caranya..tp bukan semua boleh menerima. ada ketika diam lebih baik..
ReplyDeleteberi contoh yg terbaik..sy rasa itu lah cranya. doa juga senjata mustajab.
:)
Assalamualaikum kak, haruslah kita nasihatkan kawan tu.. kalau kita delete dia, sampai bila2 pun dia masih ditakuk yang sama. singgah menabung Hong Leong sini~~~
ReplyDeletekalau sebaiknya kita nasihatkan dan cuba bimbing dia supaya tak terpesong arah kak...
ReplyDeletekawan2 yg sebegini dihadirkan Allah dlm list kita sebagai ujian bagaimana kita nak menangani masalah ini...pening jg..kata pepatah - bagai menarik benang dalam tepung...menjaga hati, perasaan dan silaturahim itu penting...
ReplyDeletekak pun pernah hadapi dilema ini. cuma apa yg mampu dinasihati..ibarat menarik rambut dari tepung...rambut tak putus, tepung tak berselerak
ReplyDelete