Pages

December 12, 2021

Happy Holiday Log Cake, Ceasar Salad, Chicken Mushroom Pasta

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Trip from PJ via Bangsar,  past by National Museum. |

 Perjalanan dari Petaling Jaya melalui Bangsar, melepasi Muzium Negara. 



To sibling's home to settle some task, off course we reward our self. | Ke rumah adik beradik menyelesaikan tugas. Sudah pasti memberi ganjaran pada diri. 


Ad-Hoc moment sometimes happen. Breathe slowly and head the road. I took a lot video on the road and had to edit and compile it to save space. 


When I got in I saw the view with beautiful tree and the eagle eye view scenery (drone view) . My tastebud turned to holiday mood, for something at the cafe or airport or oversea in western country I must say.  


Hit the phone and changed the address, follow to click order. 


So there we are with meal


Holiday Log Cake

Chicken Mushroom Pasta

Ceasar Salad


And this house has a lot of fresh fruit juice. I didn't take the photo again. (sigh). 


But the host from a far (not at home) offered pasta from the Lobby. We said 'maybe next time' and not 'no thank you' hehe.. (take a chance kan)  


Happy Sunday ❤️



Keadaan tergesa-gesa, kadang kadang boleh berlaku. Bernafas perlahan dan terjah ke jalan. Saya ambil banyak video, terpaksa 'edit dan compile' untuk kurangkan penggunaan memori. 


Bila saya ternampak permandangan pokok dihiasi cantik dengan pandangan mata si burung helang (drone view era baru) . Terus terasa citarasa untuk makanan berubah jadi perasaan percutian, ala berada di  cafe, airport, luar negara seakan negara barat lah pendek kata.


Terus ambil telefon dan tukar alamat, ikut klik pesan. 


Jadi ni la kami dengan makanan:


Holiday Log Cake

Chicken Mushroom Pasta

Ceasar Salad


Dan dalam rumah ni ada banyak juice segar. Saya tak ambil gambar  pula. (keluh). 


Tapi hos dari jauh (tiada di rumah) tawar kami makan pasta di lobi. Alhamdulillah. Kami cakap 'masa akan datang la' dan bukan 'takpa terima kasih' hehe

(ambil peluang kan). 


Salam Ahad ❤️





December 10, 2021

Scramble eggs with school project spring onion on bread / Telur hancur dengan projek sekolah daun bawang letak atas roti

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



The spring onion planted by abang in double layer container, water below, soil top with one cloth rope.| 

Pokok daun bawang di tanam oleh abang di dalam dua bekas, di bawah di letak air, bahagian atas ialah tanah bersama sumbu tali kain untuk menyerap air.

It has grown nicely and we harvested to mix in scramble eggs.

Nampak subur, kami tuai untuk campur dalam telur hancur.


Simple school project for abang was planting spring onion. Fast growing method, didn't want to waste the growing food. Before we leave for duty, we prepared breakfast with it.


Cut finely the leaves and add vege mix with two eggs. Mixed well, pour in the pan. 


Let the egg slightly cooked at below side and put two slices of bread on the soft side egg.


Then turn from the egg below, the bread sticked at the egg magically. Let the bread heated up and ready to eat.


Happy Friday ❤️


Projek ringkas sekolah untuk si abang adalah menanam pokok daun bawang. Kaedah cepat tumbuh dan  subur, tak sanggup hanya membiar ia menguning. Sebelum bertugas, sempat sediakan sarapan dengan daun bawang segar.


Potong halus daun bawang dan tambah sayur campur lain bersama telur. Gaul sebati, tuang dalam belanga leper. 


Biar telur masak sikit bahagian bawah dan letak 2 keping roti di atas bahagian telur yang masih lembut. 


Barulah terbalikkan dari bawah telur, roti melekat elok macam magik. Masa untuk memanaskan bahagian roti pula, sekejap dah boleh makan. 


Salam Jumaat ❤️


December 8, 2021

Banana Leaf Coconut Rice and Sweet Sago Cake at Bangsar Village

Nasi Lemak Daun Pisang dan Kueh Sagu di Bangsar Village

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

On the way to Bangsar saw a building name Damansara Intan that looked like the Budapest Hotel in a movie the Grand Budapest Hotel (Nice Movie). | 

Semasa dalam perjalanan ke Bangsar ternampak bangunan Damansara Intan seakan hotel Budapest dalam filem The Grand Budapest Hotel (Menarik jalan ceritanya) 



Before turning tu commercial centre of Bangsar saw a new building like a finger 'One Malaysia' that become heated news recently. 

Sebelum pusing masuk ke pusat kommersial Bangsar ternampak bangunan seakan jari 'Satu Malaysia' yang menjadi berita panas baru baru ni. 


Parked the car, we walked in to the entrance, show our certs (I asked him to show me the officer certs also hehe.. and scan temperature and scan check in code. 


Took the escalator saw a booth selling kueh and banana leaf packed coconut rice and red Sago in the Mall. I didn't take a video (sighed). 


We walked for a mission to find something here, while walking I filmed the festives sales there. Love festives decoration, moment but mixed feeling arise as the year is going to end and new chapter is just around the corner. 


Come new year, it will be a new journey for me to do kids study journey and some food journal for them.  It is still in planning, not sure yet hehe.. 


Heading out we stopped by to buy nasi lemak (fat rice in banana leaf and kueh sago) and have to eat them in the car as our mission did not ended yet. 


Happy Wednesday ❤️


Berhenti kereta di parkir, jalan masuk di pintu masuk, tunjuk sijil kepada Pegawal di situ. Saya pun minta pegawal tu tunjuk sijilnya kepada saya hehe..and imbas suhu badan dan QR code. 


Ambil tangga elektrik ternampak kiosk jual kueh dan nasi lemak daun pisang di dalam Mall. I tak ambil video la pulah aihh.. 


Terus jalan demi misi mencari benda penting, semasa bergerak tu sempat merakam video suasana perayaan hujung tahun, jualan perayaan. Suka dekor-dekornya, bercampur perasaan sayu juga, tahun ini sudah sampai di penghujung dan permulaan bab baru bakal tiba. 


Tahun baharu, bermulalah perjalanan hidup baru untuk saya hendak buat jurnal pembelajaran dan makanan untuk anak-anak. Masih dalam perancangan tak pasti lagi hehe.. 


Masa langkah keluar, kami berhenti beli nasi lemak bersama kueh sagu dan makan di dalam kereta saja, sebab misi belum berakhir lagi. 


Salam Rabu ❤️






December 7, 2021

Fried Munggai or Kelo with Chicken | Munggai Goreng dengan Ayam

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Saw Moringa oleifera sold at the pets shop | Ternampak kacang kelor atau nama scientificnya Moringa oleifera dijual di kedai makanan haiwan

Maternal late grandmother used to cook this | Arwah Maktok sebelah emak pernah masak kacang ni


The awareness of benefits dan goodness of this vegetable, we couldn't resist to buy. Its not so easy to find it unless we are back in our hometown.


We got home and washed and cooked them in coconut milk. I fried chicken too to eat with them together.


If you have time, you can do a search on the nutrients from it. Even the leaves from the Munggai tree are also nutritious and full of vitamins and antioxidants. Hang on.. I look some info for you... it can boost imune system, cut down cholestrol etc. These are prominent needs.


I took a bit before but ate it full meal this time. The state of mind said its healthy, so I just went for it hehe..


Even Its sold online, everybody can taste it now :)


Happy Tuesday ❤️


Kesedaran tentang faedah dan kebaikan yang ada didalam kacang Kelor ini, kami tak teragak agak untuk membelinya. Tak mudah nak terjumpa dengannya melainkan kalau berada di kampung halaman. 


Setibanya dirumah, saya terus cuci dan masak Kelor tersebut dengan santan. Saya juga menggoreng ayam untuk dimakan bersama. 


Kalau ada masa, kalian boleh buat carian tentang kebaikan dan khasiat Kelor ini. Sampaikan daun daunnya pun berkhasiat penuh dengan vitamin dan antioksidan. Tunggu jap saya cari lagi maklumat...Kelor boleh menambah sistem immunisasi dan memotong tahap kolestrol dalam badan. Ni keperluan yang  ketara kan..


Dulu saya makan sedikit jer, tapi kali ni saya makan kesemuanya. Dalam minda makanan sihat, jadi saya perderas habis.. hehe


Sekarang dah boleh dapatkan nya online, semua boleh merasainya :) 


Salam Selasa ❤️


December 5, 2021

Mix Rice Kampung Baru | Nasi campur Kampung Baru

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

We picked up parents to KL City |

Kami ambil bapa emak ke Kuala Lumpur

We stopped at sibling's home | Kami singgah di rumah adik beradik


We were thinking to please everyone with our current situation. We had no idea what to do but settle a place for them. 


I would like to stay longer but dad didn't want to stay. So we picked up, had something and sent them back.


Ok lunch was bought for us. Consists of:


Salad (Ulam) with Jering

Fish Curry

Scramble egg

Fried Cat fish

Roasted fish

Stir Fry Spinach

Rice.

Chillies Paste but I hid it from parents because their tummy do not stand spicy, eventhough their tastebud want it badly. 


It was a good lunch, this is how we eat most of the time.  Sometimes upon arrival, I did my share and cooked something too here. 



Happy Sunday ❤️


Kami memikirkan untuk membahagiakan bapa dan emak dalam situasi semasa ini. Kami pun tak da fikiran bernas pun apa nak buat tapi nak pergi satu tempat dan duduk sekejap atau lama. 


Saya lebih suka lepak lama tapi bapa fikirkan hendak balik saja. Jadi kami ambil, buat sesuatu macam makan dan hantar balik. 


Ok makanan tengahari disediakan: Ia terdiri dari :-


Ulam termasuk Jering

Nasi

Kari Ikan

Telur Dadar

Bayam goreng

Ikan Keli

Ikan Bakar

Sambal dan air asam saya sembunyikan kerana perut mereka dah tak boleh tahan pedas, walaupun citarasa mereka tetap nak makan. 


Makanan tengahari yang sangat enak, beginilah makan tengahari kami sepatutnya dan selalu. 

Kadang saya sampai, dan tolong masak juga sikit. 


Salam Ahad ❤️


View from the condo






December 4, 2021

Rice Noodle with Fish Paste |Laksa Buyung

Language and video a minute below :)

English version and one minute video below :)

After breakfast, I left parents for awhile to get lunch for them. | Selepas sarapan, saya tinggal parents buat sementara, untuk beli makan tengahari untuk mereka.

Saw laksa shop and a boy from well off family worked there was cleaning at the back of  small shop| Nampak kedai laksa dan seorang budak dari keluarga berada tengah mencuci di belakang kedai tu. 


As usual at the gate, always intrigued with cute dogs, snipe and this time around I saw a monitor lizard roaming around.


Arrived at commercial centre, I went to order rice with vege fish and also I got dinner, fried kueyteow for them.


Since we order quite a bunch, the duration of waiting a bit long, so we waited in the car, I saw a sign of Laksa Buyung, laksa is rice noodle which is famous at northern side of the country. 


We drove to the stall that attached at the a shop lot. I saw a boy, familiar face to me since I used to live around there. This boy is a son whose father has a luxury yacht as big like a ship. No kidding... 


There is also another boy who worked in a car wash, which happen to be his brother. Their big bungalow house has really big land with all sort of facilities such as surau, hall, tiny homes and so on. 


Sometimes we perceived the people (who do car wash or washing dishes), were not well to do nor well educated, but they actually are and they learnt from the bottom up as entrepreneurs, that's how their father taught them.

They also had jumped at mediterranean Sea. (myself intrigued, thats what I felt). 

Happy Saturday❤️




Seperti biasa di pagar, selalu terkejut atau teruja dengan anjing telinga kelepek, burung wak wak dan kali ini ternampak biawak tanah. 


Setiba di pusat kommersial, saya pergi ke restoran dan beli nasi dan ikan sayur dan juga beli untuk makan malam iaitu kueyteow goreng. 


Sementara menunggu, dah order banyak juga, lamalah siapnya, ternampak  jualan laksa Buyung, laksa yang femes di utara.


Kami pun terus pandu kereta ke kedai yang menumpang ditepi lot rumah kedai. Saya nampak budak yang macam saya kenali sebab saya pernah tinggal di sini. Budak itu adalah anak lelaki yang bapanya ada sebuah bot mewah sebesar kapal. Tak tipu ... 


Seorang budak lain yang bekerja membasuh kereta seakan beliau itu adalah abangnya. Rumah banglo mereka tu diatas tanah besar, siap ada surau, dewan dan rumah comel2 dan pelbagai lagi. 


Kadang kadang kita menyangkakan mereka (tengah basuh kereta atau cuci pinggan) itu tak berpelajaran tinggi atau berada, sebenarnya mereka tu sedang belajar dari bawah keatas sebagai usahawan, itulah cara bapa mereka ajar mereka. Mereka juga pernah terjun di laut Mediteranean. (saya sendiri yang teruja). 


Salam Sabtu ❤️



My late grandfather had a dog name "kelepek" because of flappy ears like that. 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin