Pages

June 13, 2016

Bulan Al-Mubaraq - catitan

Semasa menaip mesej di bawah. Sampai di  ayat "imam menunggu di masjid, di mana Al-Quran di hatinya" mengingatkan Aunty kepada anak buah yang dirindui iaitu H anak abang saya yang di lantik menjadi Imam bergaji, makan minum ditanggung rasa terharu kerana pada mulanya keputusan untuk mengikuti program tahfiz, saya biasa membincangkan hal ini dengan seorang kawan graduan UIA, beliau cakap bersyukurlah anak buah tersayang ada kemahuan ke arah itu. Beliau cakap jika bertanya kepada mana-mana scholar (para ilmuan) akan menyokong keputusan abang saya. Lagipun kawan saya itu menyambung lagi jika seorang anak disuruh solat pun ambil masa, tambahan disuruh menghafal Al-Quran, kalau anak itu mahu, berilah galakkan jangan dipersoalkan lagi. 

Baru ni emak saya beritahu yang anak buah saya yang sudah menjadi seorang Imam itu dapat kereta sememangnya anak buah sudah ada kereta dari abahnya sendiri tetapi kami bayangkan serta tersentuh kegembiraan dengan bayangan iaitu seorang cucu kesayangan bagaikan Al-Quran bergerak.. memandu keluar pegi terang-terang kereta itu rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Abang saya kawin masa di U lagi jadi anak-anak besar  besar dan ada yang kecik jugak hehe..

~mesejnya~
Ramainya yang datang dan pergi, 
membuat penyediaam di sana sini, 
ada getaran di dunia malam ni, 
semua umat sangat teruja, 
bapa-bapa pulang awal,  
dengan harapan dapat melihat anak bulan dalam bulan ramadan, 
Perasaan sangat gembira, 
moga kelihatan kami disini menunggu bulan ramadan, 
Awan ke tepi, 
kabus menghilang, 
kami ingin menyaksikan bulan ramadan, 
malam ini, 
Bermulanya bulan ramadan, 
bulan terang kelihatan, esok hari kita berpuasa, 
setiap umat diwajibkan, 
Bila tibanya waktu ishak,
waktu berterawih pula, 
tok imam berada di masjid, 
dimana quran dihatinya,  (mualaf  menyedari ini)
bulan ramadan datangla segera, 
dan terus berada di sini, 
dari awal subuh, 
akan menjalankan ibadah, 
kedai-kedai dipenuhi dengan kurma, 
tetapi kenalah tunggu hingga matahari jatuh, 
masanya intuk berbuka, 
makanan dihidamg, 
rasanya sedap dari biasa, 
akan teserempak dengan tokwan atau sesiapa memberi lebih tumpuan pada 10 hari terakhir, 
bersolat setiap malam, 
tangan ditadah tinggi, 
dengan berlinang airmata, 
memohon keampunan dan meminta syurga, 
ramadan disini untuk bersama, 
akan tibanya aidil fitri, 
ramadan berakhir dengan pantasnya, 
akan datang lagikah ia, 
bulan yang mulia ini. - lirik lagu Yusuf Islam

Aunty menaip dengan permandangan di tingkap begini.. mendung berkabus
Yang berkain pelikat masih berlanding, si puteri solehah mencari perhatian hendakkan sarapan.


June 9, 2016

Catitan suasana Ramadan

Semalam tengahari rasa mengantuk sangat lepas buat groceries skit skit je dengan en hubby. Masa on the way balik tu, letak speaker, talipon emak. Emak jawab tak boleh cakap ni sebab dalam LRT, haaaaa mamaku cergasnya  Alhamdulillah, tak ngantuk pun tak boleh jadi, kena semangat balik.. emak dan bapa naik teksi dan ambik LRT nak buka puasa di KLCC. Emak cakap haaa beliau doakan saya bahagia dan jadi jutawan senyap...saya sebelah sini cakap lain..mungkin anggapannya, saya akan cakap pasal doa kut lagipun emak dalam LRT tak dengar...amboi emak ni nak suruh saya senyap kut...malas nak cakap tentang masa depan ni kut hehe... ok Amin YRA saya cakap masih lama lagi nak berbuka tu..emak cakap nanti gi solat..jalan-jalan beli  memang ada barang nak beli pun..solat lagi dekat masjid syakirin tu..so sekejap ja. Saya kat sini bertanya semalam tak jawab telefon..tapi mungkin beliau dah tak dengar, tambahan telefon saya pun letak speaker, letih menjerit.

Hari ni saya nak bersemangat dan bertenaga la hehe...tak da la nak naik komuter ke apa haha.. anak-anak saya hantar ke program cuti sekolah.. macam-macam juga aktiviti mereka ada di situ. nanti-nanti boleh share la ni ada pic macam ngantuk ja Faiq Fadya dengan kawan-kawan haha
..bila emak cakap naik lrt...teringat Faiq Fadya pernah naik komuter pertama kali...mama pun tak pasti sebab duk pergi klia tu LRT kan atau train shuttle dalam airport tu..mereka ni dah pernah naik la. Ni gambar Fadya dalam kommuter.

Semalam masak nasi kismis dan kurma..Fadya cakap nice..Faiq makan senyap ja..tentang komuter tu kalau kami cakap jom naik keretapi, Fadya cakap "saya sangat letih..." im so tired. Yusuf taiyoob. Faiq pula cakap dia suka nak naik lagi..
tapi Faiq tak nak tido hotel lagi sebab sejak dua menjak ni kami tido hotel budget yang tak da swimming pool, jadi Faiq cakap rumah lagi bagus ada toy semua...haha papa cakap baru tahu, duk ajak tido hotel sangat bukan semua yang indah saja hehe...

Malam semalam Faiq tiba-tiba cakap dia tak nak seronok atau happy sangat, kalau senyum pun sikit ja sebab nanti nampak macam joker dalam batman tu lagipun Faiq nak jadi character baik macam batman...alahai anak bertuah ni counter mama punya misi ja tau..senyum yang menegur la. Ternampak gambar Faiq dekat taman bumbung umah maktokwan, ingat nak gi tolong cuci daun kering tu. Tengok la macamana nanti..inshaAllah.



June 8, 2016

sedekah senyuman | Frankenweenie

Dec 2015

Senyuman itu sedekah, haa dah senyum kat suami, ibu, ayah atau anak-anak pagi ni? Saya baru ja bagitau anak-anak kena senyum dekat adik dan abang ni. Bila Fq rasa nak tinggi suara kerana mainannya, saya cakap la kena senyum, situasi jadi nak tergelak pulak. Sama juga untuk Fy saya suruh senyum. Contoh dua-beradik tu bermain, Fq cakap orang yang bukan hero ni letak dalam tempat tak bagus, Faiq ambil sangkar kucing Fy tu, apa lagi Fadya cakap sangkar kucingnya untuk orang baik dan ala ala hero juga. Fy jenis mengadu jadi sempatla saya cakap kena senyum sebelum jadi pertelingkahan haha. Fq ambik kotak apa aja untuk main.

Senyum itu sunnah
Lagipun ada poster saya buat smile is sunnah tu menyenangkan. Saja buat 3D, nak ajar Fy berus gigi. Fq diajar berus dengab betul disekolah, jururawat yang ajar.


Fq ni dari umur 3-4 tahun kami bagi dia tonton movie Frankenweenie, filem hitam putih. Suka dia dengan Filem mengisah seorang budak yang minat dengan sains dan berkawan baik dengan haiwan peliharaannya iaitu seekor dog bernama Sparky.
Bila balik sekolah Sparky sambut Victor tu dengan gaya manja. Dalam fasa tu Fq suka minta kucingnya tegurnya bila pulang dari sekolah. Tak pasti la pengaruh yang elok atau sebaliknya. Yang penting berhenti senyum kepada tersayang :) untuk diri sendiri jugak. inshaAllah

June 6, 2016

Masjid ala Wonderland

Terlintas difikiran Fya ni menuju ke masjid bagaikan Alice in wonderland.  Keluar dari kereta ternampak dua ekor arnab.
Mama pun teruja bila terserempak dengan dua ekor arnab ni..apa lagi wak keluar peralatan rakaman, tapi sayang terlalu gelap. Dalam pada itu ada remaja lelaki menuju ke arah haiwan yang comel tu.
Fadya cakap jangan ganggu.. walau mereka tidak menghampiri arnab tu pun. Risau suara Fadya makin kuat, saya tarik tangan Fya masuk pintu masjid.. 

Fy cakap nak tengok arnab itu lagi dengan harapan dapat berbicara dengan arnab seperti Sofia the First sesudah abis solat terawikh, Alhandulillah. Melangkah keluar sambil memanggil arnab...dalam kegelapan mencari..
Salam ramadan dan memohon kemaafan. Selamat berterawih, bersahur dan berbuka kepada semua rakan-rakan yang disayangi. 





June 3, 2016

inspirasi aunty

Anak sedara adik W kiri dan abang C kanan

Semalam  rasa bersyukur dapat memberi hadiah kepada anak sedara atas kejayaannya. Bersyukur kerana terdetik di hati ingin memberi tu yang rasa lega sebab saya ni bukan jenis pemberi, bila dengan anak buah ok saya panggilnya C yang adiknya yang belah kiri tu W. Bila dengan mereka ni mereka lah yang selalu memberi termasuk mommy mereka yang comel tu kakak saya memberi jugak hehe..
Kakak tersayang dan anaknya

Sejak saya juga berjinak memberi ni baru terasa nak jadi proaktif contoh bayar secepat mungkin macam minta bill cepat macam emak saya tu. Tak mau la macam teragak-agak nak memberi ni. Lagipun C baru pulang dari Austolia rindu la hehe..C ni travel Eropah solo masa belum 18 tahun lagi tau amboi dah terlebih cerita ni. Dulu C baca dan puji blog saya ni.

Ok lah itu saja dapat cerita tentang anak-anak menakan yang disayangi ni. Lagi satu C ni bersekolah kebangsaan biasa yang masih baru dan dapat 5A baru saya ingat, bila menengah C bersekolah ala ala international. Tak terikut la makcik hehe.. Inspirasi la kan sebab Fq pun pegi sekolah rendah macam tu tahun depan hehe inshaAllah  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin