Pages

February 27, 2014

Brunch / Bekal

Hari ni Faiq bawa pisang dan weetameal biskut ke sekolah, seminggu sekali dia bawa ni. Suka dia dengan transformer lunch box..pagi tadi teacher yang sambut Faiq tu cerita faiq ni tulis tapi tak tekan. Dan teacher cakap dia bagi Faiq makan nasi lemak, biasa Faiq rasa dulu, baru makan sebab teacher suka dia makan dengan kawan-kawan. Saya cakap tentang penulisan tu nanti saya tulis tekan, harap dia ikut. InshaAllah.





I have prepared banana for Faiq's brunch. Once a week he brings this.  I supposed he loves his transformer brunch box.. This morning, teacher told me that Faiq writes now but not pressing it hard.. She said she even gives Faiq nasi lemak, first Faiq resists, then only eat after he tasted.
The I said ok I tried to write by pressing and hope he copies.

Memdoakan sejadah boleh terbang, Flying carpet.


Faiq at 2.8 years old. Menunggu

semasa menunggu masuk Isyak saya dan mak akan duduk atau mengaji. Kadang saya duduk sambil sembang-sembang inginkan sejadah boleh terbang. Pernah juga saya doakan ada orang-orang kecik keluar malam buatkan homeworks saya. Orang-orang kecik macam dalam cerita dongeng shoemaker and the elves.
Rasa best sangat masa tu sebab boleh minta macam-macam dalam doa.


Source: google.


while waiting for Isyak as magrib just an hour away, I would sit on my prayers mat would turn to flying carpet.
i also had prayed hard for elves like in the fairytale shoemaker and the elves to appear at night and do my homework.

February 26, 2014

Spiritual Relationship / berkaitan Kerohanian


dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
dan bertawakkallah kepada Allah dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara. Surah Al-Ahzab 33:2 - 33:3




Fadya at 11 months

Spiritual Relationship
33:2
But follow that which comes to you by inspiration from your Lord: for Allah is well acquainted with (all) that you do.
33:3
And put your trust in Allah, and enough is Allah as a Disposet of affairs.

Faiq at 11 months

This is not "contiang", this is alien

Alien pula yang disuka Faiq,  tok wan kata awat buku duk contiang, you must write, ni you contiang, contiang. Faiq datang dekat tok wan. Ni bukan contiang, ni Alien. Sedap bila dia cakap "this is not contiang, this is alien", tapi bila suruh nak filemkan dia pi kata "i told you", ja dan terus lari.


Faiq is into alien, when grandpa saw the book full if scratches, grandpa said why you doodling not writing? Faiq came near grandpa and said "This is not doodling, this is alien. Tried to film him in video but he said "I told you" and ran off.

Mak ber- Story

Semasa dalam perjalanan hantar Faiq, mak cerita Imam masjdil haram ada out riders/polis escort. Then bapa kata kereta ada berapa biji pun atas jalan. Mak kata bukan pasal jem pasal dia disanjung sebagai imam masjid mekah tu.

Mak sambung ada research yang throughout one day dimana sepanjang hari ada kedengaran azan bersambungan, saya tanya yaka, ha la dah azan waktu lain-lain jadi bersambungan dari negeri ke negara lain. Saya type ni terus tak sempat nak google lagi.


On the way sending Faiq, my mom told us that the Imam of Masjidil Haram has out riders escorting him. Then my dad said but theres not many cars on the road. My mom with high pitch said it means people there appreciate him as he is imam for madjid in mecca.

Mom continues that has been research that prayers calling azan is on throughout the day from one state to another has prayers times are varies in countries. That's amazing. It is just i could not hear but i know somewhere in earth that azan is being heard to others.
fadya at 1.2 years

February 25, 2014

Menarik minat / make it interesting

Dalam pukul 8:30 malam, saya akan letak buku atas meja kecil belum ada meja study untuk Faiq. Ingat lagi, bapa saya sediakan semua meja study untuk kami adik beradik. Bilik pun dia tukar ambil yang kecil, masterbed room bagi kami supaya selesa, katil, meja study, katil, meja study, macam asrama, rak buku semua sedia first bila saya mula pergi sekolah. Memang bapa seorang yang praktikal.
Berbalik dengan Faiq, saya pun sedia buku untuk saya sendiri, bergaya macam best menulis, terus dia kata "my turn" , "my turn". Baru lah selesai homework dia. Lalat pun nak guna dua kaler, hijau muda dan hijau tua.
Sejak berdoa semasa bancuh susu atau preparing makanan seperti mak saya nasihatkan, cikgu cakap Faiq dah ada minat mewarna, menulis dan pandai membaca Alhamdulillah.

About 8:30 pm, i put books of mine and Faiq's on a Small table, we have yet to get him a proper study desk for him. It Reminds me of my dad who got study desks for each of us. In facr he swap room with us, he gave us the masterbed Room and arrange it bed study desk alternately like a dormitory. And a books rack to keep tidy. He is a practical man.

Back to Faiq, after observing me doing writing, he said"My turn, my turn" excitedly. Then only the homework done. For the fly he chose two colors soft green and bright one. Alhamdulillah.
The teacher said he has intetested in coloring, writing and very good in reading. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin