Pages

Showing posts with label Fadya. Show all posts
Showing posts with label Fadya. Show all posts

November 5, 2014

swimming activity

Pagi-pagi bangun laju ja Fadya ni sebab nak swimming, nak juga letak tuala kat badan
macam mama.Fadya ni 2 tahun lebih tahun depan masuk 3 tahun. Dah nak skul dah. Not much story tentang aktiviti ni, yzng best pun breakfast kat cafe ja ;))

October 29, 2014

keep poise / sikap tenang / check her out




Mata yang cantik, lihat kebaikkan orang lain, untuk bibir yang cantik, hanya menyuarakan kebaikkan dan untuk sikap tenang, membawa diri dengan tiidak merasa keseorangan. 

For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone."

Audrey Hepburn



Biasa dengar keep calm tapi keep poise (bersikap tenang) pun pernah dengar dan sangat sesuai dengan Fadya ni, pagi-pagi siapkan Faiq, Fadya sangat tenang walaupun kami huru hara siapkan diri masing sekali dengan Faiq, saya buat breakfast, Fadya dah diturunkan letak kat sofa terus Fadya tido balik. Fadya ni tenang walaupun dunia di sekelingnya sibuk.
kawan sebaya check beg, check tangan  Fadya, baru berkenalan.

kat airport Fadya check in begnya.

keep balance in life 



October 1, 2014

Kenduri /Done it well

Assalamualaikum / Peace be upon you all dearies,

Aqiqah dah selesai tu memang lega, jemputan cuma sedara/rakan/jiran terdekat kerana sebahagian kambing di hantar ke masjid Kota Damansara. Kebetulan di situ ada majlis tazkirah. Syukur sangat kambing sangat sedap, ada yang makan tunduk tak berdongak ke atas langsung...time nak balik pun ada yang minta kambing saja, kalau yang lain takut tak habis.

Tergeraknya saya untuk beraqiqah ni, biar la satu rahsia dulu, tak tahu la pula nak cerita, tapi rasa nak buat kerana terlalu bersyukur keranaNya :) Persediaan saya sangat macam main masak-masak bekas yang comel-comel tak sangka kenduri di rumah yang tak besar kurang sesuai. Bagaimanapun ada menyediakan teh tarik, meja 6' dan meja makan sedia ada, tetamu selesa melepak membuka cerita rasa kepuasan juga.
Cutlery semua di sini


Dalam keluarga, saya yang pertama buat aqiqah berdoa di rumah, jadi ada kekurangan kerana tak biasa, sambil ambil keberkatan dari kenduri ini dan juga mengharapkan lebih fokus kepada Fadya kami buat keputusan jemput Ustaz ke rumah dan terharu Allah aturkan Fadya dengar doa itu dan selepas kenduri pandai dia berAmin pula, kalau di masjid, tak pasti la dia macamana sebab dia bukan baby lagi :). Walaupun aqiqah sudah selesai, saya tetap berhati-hati dalam semua hal, dan terus berdoa.

kain meja menjadi tema kut, meja bole lipat
English version
Grateful gathering has been done well, we felt relief, small invitation was made as the rest of the goat had been sent to the nearest mosque. It is coincidence that at the mosque had a function so there are many people could enjoyed the lamb. Thankful that the goat was so good, some bend their head having it without turn right, up or left. Even some had asked for goat to take home.

Way in the beginning why aqiqah was crossed in my mind because I realised but then let it
sempat jugak bercupcake :)
be a secret first, I myself not sure how to start but out of gratefulness for a Him. My preparation was like play toys home and kitchen, all the containers were small not suitable for amount of visitors came and for the size of the house. managed to put a dsix feet table with the ready dinner table made the guest sit and chit chat everything up. raise some satisfaction at least.

In my family, I am the first to do kenduri or grateful gathering for doa took place at home, so there are many downside and upside of it, coz never done it, while hope for blessing and prayers to focus on Fadya, we decided to invite Ustaz home, Allah had shown that Fadya was at peace to hear the doas for her, if it was in the mosque not sure how to handle her coz Fadya is an exploring baby :)
Even that had done well, I will make sure to be extra careful and give continuous doas.


September 30, 2014

Syukur aqiqah dah selesai

Alhamdulillah, Rasa lega dah buat kenduri untuk Fadya. Simple yet personal kenduri. Sangat bersyukur kepada semua yang menghadiri majlis ini.
Fadya macam tahu majlis ini untuknya, duduk atas hand rest sofa dekat dengan ustaz yang berbangsa Arab dilahirkan di Medinah (kanan)

September 15, 2014

Aqiqah dalam perancangan

Pemerhatian ke atas Fadya, saya terasa ada tanda-tanda Tuhan mengingatkan saya untuk buat Aqiqah, jadi dua tiga hari lepas saya memikir dan merancang kenduri Aqiqah untuk diadakan pada masa  terdekat ini.  dan jiran ada yang terdiri dari foreigner dari luar negara. Permulaan saya mencari kambing untuk ditempah. Masa Faiq lebih mudah kerana emak bapa yang uruskan di surau Bandar Sunway. Saya google hukum hakam aqiqah untuk pengetahuan.

BICARA AGAMA  -  http://www.utusan.com.my/Bicara Agama-


ARKIB : 28/11/2008

Bukan Islam boleh makan akikah

SOALAN:
Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya. Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.

Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu?

JAWAPAN:

Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah.

Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.

Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322)

Pengertian akikah menurut syarak

Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah.

Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.

Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib.

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.

Pendapat kedua

Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari)

Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)

Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan.

Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bukan Islam muslim boleh memakan daging akikah.

Setiap ibu bapa atau ahli keluarga apabila mengadakan majlis tersebut mereka mengharapkan doa yang ikhlas daripada sanak saudara dan sahabat andai atau jiran tetangga yang datang bertandang ke majlis itu.

Jika yang diundang itu bukan Islam sekurang-kurang kita dapat menghampiri mereka dan memahamkan bahawa Islam tidak menghalang pergaulan dan penglibatan bukan Islam dalam majlis yang diadakan oleh orang Islam.

Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kenalan kita yang bukan Islam mengenal amalan yang terkandung dalam agama yang suci ini.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin