Pages

October 11, 2021

Multi grain porridge with mushroom soup | Bubur bijirin penuh dengan sup cendawan

Bahasa and video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)

Spring cleaning the ration's drawer, saw one last packet of  Campbell mushroom soup |

Mengemas laci simpan makanan, ternampak sup cendawan Campbell

Make the soup powder as flavour to the porridge |

Ambil serbuk cendawan sebagai perasa bubur


Simple breakfast, grain porridge, fruit cakes with yogurt, salad with half sliced of protein |

Sarapan ringkas,  bubur bijirin, kek buah dengan yogurt, salad dan separuh potongan protin 


Since I used to eat edamame at early morning, I tried to put petai for breakie. The taste of instant mushroom powder in the porridge was really good, the food technology in the instant food made you crave for more. Behind the purpose of the creation is to make customer to come for more. I saw in the documentary in Astro TV about food. That's what I saw and understand. 


Instant food not good taken as often but taking it makes the body not at sudden surprise and our body become tougher hehe.. 


It was a nice meal that morning, I was kind of lenient to myself. Having everything in one plate like being served during flight. Satisfied by serving little bit in one go. Love the concept like that. It won't be the same however, as the served done by the same person, seems she needs to sit longer but the meal finished fast and furious hehe.. Okay dokay 


Have an okay day and the best ever ❤️



Saya biasa makan edamame diawal pagi, oleh itu saya cuba untuk mengunakan petai sebagai sarapan pula. Rasa perisa sup cendawan dalam bubur bijirin amat sedap sekali. Teknologi makanan didalam makanan segera membuatkan kita 'ketagih' mahu makan lagi. Begitulah disebalik ciptaan ini adalah supaya kita sentiasa mahu membelinya. Pernah saya tonton didalam satu rancangan dokumentari di TV Astro berkenaan makanan sebegini. Itulah yang saya lihat dan fahami. 


Makanan segera tak elok ambil selalu tetapi pengambilannya secara sesekali supaya tubuh tidak terkejut dan menjadi lasak  hehe.. 


Sedap sarapan pada pagi itu Alhamdulillah. Saya bersikap lembut diri sendiri. Hidangan 'semua dalam satu pinggan' rasa macam makan dalam pesawat lah pulak. Semuanya disajikan 'sedikit sedikit' sekali harung. Suka konsep begini. Tetapi taklah sama pasal yang melayan dan memakan tu orang yang sama kan.. Macam nak duduk lama, tapi makanan habis sekelip mata.. hehe, Oki doki. 


Moga hari anda ok dan yang terbaik ❤️ 



October 10, 2021

Silvered leaf Monkey at Melawati Hill | Monyet Lutung di Bukit Melawati

Bahasa dan video seminit di bawah... 

English version and one minute video below.. 


At twillight, adik asked to call the police to rescue the monkey. 

 Di senja, adik minta panggil polis untuk menyelamat monyet lutung



As always, we were asked to go out or wanted to go out. Even the verses recitation said stay home, we forced ourself, yet sometime excited float to explore.


We headed to the north west of the Selangor state. At late we arrived, managed to capture few monkeys photos. 


We encountered the species by the roadside, not just saw, but even dared to go near. What kind of energy was that, in the darkness and also with kids.


Twillight is the time for many 'beings' start roaming around at this hour, some call it zombie, some call it Adams family :0


Not sure I realised that, but was there to observed another monkey 'walking' on the electric line. Adik concerned with safety, said the monkey wanted to go down, get help from the police. (used to call firefighter to help a cat). 


When we were in the car adik acted weird, she went to back chair from the middle seat and stood there for so long. and we prayed for protection because twillight time is not suitable for kids or anyone to be outdoors due to many factors eg  tiredness. Grateful everything was fine a few minutes. 


So from there I determined not bring young kids to the place like that and stay home before the sun went down but rise before the sun.


Happy Ahad ❤️


Seperti biasa, kami diajak keluar ataupun mahu keluar. Walaupun kalimah berkumandang supaya duduk dirumah, kami paksakan diri, malah kami tetap teruja untuk menjelajah. 


Kami menuju ke barat laut negeri Selangor dan tiba agak lewat, dan sempat mengambil gambar monyet berkeliaran. 


Kami terserempak dengan spesies tersebut ditepi jalan. Bukan saja perhati malah berani pergi dekat dekat lagi. Tenaga apakah ini berani walaupun didalam gelap dan dengan kanak-kanak bersama. 


Waktu senjakala ni banyak 'mahluk' keluar bertandang. Ada yang orang panggil zombie, ada pulak yang namanya Adams family :0


Perasan atau tak, lalu terserempak pulak dengan seekor monyet yang berjalan atas kabel eletrik di depan masjid. Adik yang prihatin keselamatan monyet tu suruh panggil polis untuk minta bantuan. (biasa panggil bomba selematkan kucing) 


Dalam perjalanan pulang dikereta, adik buat perangai pelik. Dari duduk di tengah, dia pindah kebelakang sorang sorang dia dan buat hal. Kami jenuh baca ayat ayat suci sepanjang perjalanan pulang. Memang tak berapa sesuailah bawa kanak kanak atau sesiapapun berjalan waktu senja ni. Alhamdulillah semua kembali baik. Berbagai faktor la juga, lapar atau letih.


Lepas dari kejadian hari tu, saya berazam untuk tak bawak kanak kanak ketempat macam ni waktu senja; Duduk rumah sebelum matahari jatuh dan bangun lebih cepat darinya. 


Salam Ahad ❤️


Throwback Tails


October 9, 2021

Sardine in the list | Sardin Tersenarai

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and  one minute  video below :) 

In the morning, feeding Fluffy the rabbit, sure we fed the walk in guest as well, cat  

Di pagi hari, beri makan Fluffy si arnab dulu, juga tetamu yang menjelma iaitu kucing. 

Still figuring out to have quick breakfast with the recent menu that I tried to be consistent with. 

Masih mencari cara untuk mengambil sarapan secara cepat penyediaan dan menikmatinya juga pantas. 

Fluffy eat first
Fluffy

If quick fix, I able to read a little while eating. 

Jika cepat, sempat membaca sambil menjamah. 


The thought of sardine made it easy immediately. I chose the one in a flat rectangular can with extra virgin olive oil and it's consisted with 4 to 5 small sardine fish, I think. The taste is delicious, will put it in the list to rotate for breakfast.  


After finish breakfast, it's time to feed the fish, or vice versa sometime fish first, we later. 


Just put some notes here since I already remember. Friday (8 Oct 2021) For lunch I had carrot blended like rice and fried it a bit. Ate with Sambal Petai (stinky beans in chilli paste). 


Guess healthy eating plate lunch menu is out now :) 


Smile❤️


Bila fikirkan sardine rasa memudahkan penyediaan dan ia juga enak dimakan begitu saja. 


Saya pilih sardin dalam tin leper yang dicampur dengan minyak zaitun 'extra virgin' dan rasanya lebih kurang 4 atau 5 ikan sardin yang bersaiz kecil didalamnya. 


Rasanya sedap, bolehlah terpilih masuk dalam senarai sarapan untuk diulangi. 


Seusai sarapan, beri makan ikan pula atau vice versa ikan dulu atau diri dulu. (tak de foto tapi dalam video ade). 


Teringat pula tentang makanan tengahari semalam iaitu. Jumaat (8 Oct 2021) Untuk makanan tengahari, saya   sediakan lobak merah yang dikisar dan digoreng sekejap. Makan dengan Sambal Petai. 


Kiranya macam dah ada menu makanan tengahari sihat ikut portion atas pinggan sekarang ni :) 


Senyum, kerana ia adalah satu sedekah ❤️


Lunch healthy eating plate is coming soon

Evening walk for Yummy Snacks |Menapak membeli Snek Sedap

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Planning to save energy for tomorrow's outing and also for Abang coz he has class at night

Cadangnya menjimat tenaga untuk beriadah esok dan untuk Abang jua sebab ada kelas pada waktu malam

Anyway, for the remaining evening, we  spent walking to the shop and got happy stuffs 

 Macamanapun, sisa petang yang ada, kami isi dengan menapak ke kedai dan beli snek yang sedap-sedap


Thinking about dinner for tonight, yet wanting to go for an evening walk. Food for tonight will be served, Godwills. So, we went out without any hesitation.


Stepping out slow for a moment, then speed up for another. Arrived at the shop, over spent time there. Abang wanted to buy Milo drink but only available was at room temp drink. Adik bought Oreo Icecream and Tropicana  drink. 


Items bought were

    1.Yoghurt 2

    2.Peel Fresh drink 2

    3.Milo 1

    4.Tropicana 1

    5.Oreo Icecream 1

    6.Lime Icecream 1

    7.Sardine 1

    8. Mr Potato chips


The shop's sales girl told us that next week, there will be 50% saving for Icecream. While next month there will also be 50% off for all items. I was allured by her message :) 


Felt fresh after walking. You guys went for a walk today? We were not just took evening air but took calorie home for tomorrow's energy oops🤭


Have a great weekend❤️


Memikirkan juadah makan malam tetapi nak juga mengambil angin petang. Makanan untuk malam pasti ada InshaAllah. Jadi kami tanpa berlengah terus keluar. 


Menapak perlahan kejap, laju kejap. Sampai kedai, terduduk lama pulak di situ. Si Abang hendak membeli air Milo tapi tiada yang sejuk, jadi ambil yang suhu aircond saja. Adik beli aiskrim Oreo dengan minuman Tropicana. 


Barang yang terbeli:

 1.Yoghurt 2

 2. Peel Fresh 2

3. Milo 1

4. Tropicana 1

5. Aiskrim Oreo 1

6. Aiskrim LIme 1

7. Sardin 1

8. Mr Potato chips


Jurujual beritahu minggu depan ada jimat 50%  untuk aiskrim sahaja. Bulan depan pulak jimat 50% untuk semua barang. Tergoda juga dengan pesanannya itu :)


Rasa segar lepas menapak. Kalian keluar ambil angin petang hari ini? Kami sekali harung ambil kalori buat tenaga esok. Oops🤭


Selamat berhujung minggu ❤️




October 8, 2021

Fish Vege with slice of Carbo | Ikan bersayur dengan sekeping karbo

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :) 


Something fishy about the reward :)) | Ada curiga dengan ganjaran :)) 


Almost forgot 'bout this meal | Hampir terlupa tentang hidangan ini




The last slice of bread that I took for breakfast | Sekeping Roti akhir yang di ambil untuk sarapan


The journey began when I started taking breakfast without bread. I filmed it, I was excited to keep the only green after. It's just a journey right? Before that I still took bread, the photo showed only one slice. I dared to start without bread, nothing is wrong or right, it is just a change of menu:) 


Sad that bread is not in the morning agenda after this fish salad. At least I smile better, not as heavy cheeks  before hehe...That's the indication of fat or flabby feeling almost diminished. Not real I think, I made it as a reward to myself :) 


The ingredients:

    1.Fish

    2.Baby spinach

    3.Baby corn /mushroom

    4.Tomato cherry

    5.A slice of bread 

    6.Garlic

    7.Cooking oil


Usually add items below


    1.Raisins

    2. Salt

    3. Pepper

    4. Balsamic / smoked ceasar


The fish was cut many to distribute to few :) Hope I could make "healthy eating plate" lunch menu after this. Definition of healthy eating plate, consist carbo like grains, brown rice.  Yes still learning. 


Happy blessed Friday ❤️


Perjalanan bermula apabila saya mula bersarapan tanpa roti. Tersimpan rakaman filem yang ada roti pula. Kira ini yang masih ambil lagi sekeping dalam foto tu. Saya teruja dapat bertahan dengan 'hijauan' selepas itu. Terlupa akan pernah ambil sekeping pula. Ia hanya perjalanan kan? Saya berani bermula tanpa roti, tiada yang betul atau salah, hanya pertukaran menu aje :) 


Sedih juga roti tak ada dalam agenda pagi hari. Sekurang kurangnya senyuman bertambah mudah, tak terasa berat di pipi hehe.. Petanda yang lemak pipi dah bekurangan. Tak benar kot.. Saja nak rasa macam tu untuk beri ganjaran pada diri :) 


Bahan bahan nya:

    1.Ikan

    2.Baby spinach

    3.Jagung muda /kulat

    4.Tomato ceri

    5.Roti

    6.Bawang putih

    7.Minyak masak

Selalunya letak bahan di bawah

    1.Kismis

    2.Garam

    3.Lada hitam

    4.Balsamic / Smoked Ceasar. 


Ikan dipotong kecil kecil sebab nak berkongsi dengan beberapa orang :) Teringin pula nak buat  "healthy eating plate" makanan tengahari pula.  Definisi "pinggan makanan sihat" ada karbo tetapi seperti bijirin, beras perang. Ya masih belajar. 


Salam Jumaat yang baraqah ❤️




healthy eating plate





October 7, 2021

Old Cable Ride from Genting Highlands

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Spectacular View | Permandangan menakjubkan


Amazing international gateway | Tempat peranginan antarabangsa


The highland that is high enough to have a cooler weather from the capital city. It's 51Km far away from the city yet easy to get up and down since the existence of the cable car service. 


Take another ride by bus, car or drive fom KL city, stop at the lower station, about 4km below the peak. Actually we could drive direct up to the peak. Off course, we wanted to experience the ride and enjoying the view. 


The old cable car operated from 1997 - 2016. The new one has better view. Need to check if I have the video on this. 

The old one was quite stiff that made it special. 


My kids were little back then, they never been to theme parks, I rather let them experience the real ride like this. Expedition to nature or city with different vehicle or transporation if any. 


Hope you enjoy the ride, it was short coz at the time, video was not in trend yet right hehe.. The snippet is good to pursue a trip with the new cable car with better filming. 


Cheers❤️



Tanah tinggi yang mempunyai cuaca sejuk tak jauh dari kota. 51km jauh dari KL tapi senang naik turun kerana adanya kereta kabel.


Naik kenderaan lain dulu dari KL dimana boleh menaiki bas atau kereta, memandu sendiri hingga sampai ke stesen bawah lebih kurang 4km jauhnya dari puncak. Sebenarnya boleh memandu hingga kepuncak, tetapi sudah tentu mahu kelainan dan alami menaiki kereta kabel serta menikmati pemandangan indah dan permai itu. 


Kereta kabel yang lama ini telah beroperasi dari 1997 hingga 2016, lalu ditamatkan khidmatnya apabila laluan kereta kanel yang baru mulai beroperasi     sejak 2016. Pemandangan dari kereta kabel yang baru itu lebih indah. Saya mungkin ada menyimpan rakaman video mengenainya.


Anak anak pun masih kecil semasa rakaman video diatas dibuat. Mereka tak pernah ke taman tema lagi. Alhamdulillah saya lebih suka mereka mengalami menaiki kenderaan sebenar seperti ini lagi. 


Pengembaraan ke alam semula jadi atau ke kota dengan menaiki kenderaan yang berlainan jika boleh.


Diharap semuanya menikmati video yang dipaparkan. Tak berapa panjang sebab zaman tu tak berapa trendy lagi kan..moga paparan ni dapat menaikkan semangat untuk merancang expidisi baru dengan kereta kabel baru dengan lebih baik pembikinannya. 


Salam Ceria ❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin