Pages

June 18, 2016

simpati kerana peti ais

Anak-anak teruja bila hasil lukisan atau kertas latihan saya lekat di peti ais kat dapur. Mulanya perhati saja lepas tu, main lah dengan magnet semua tu. Tukar lukisan Fadya letak atas, Faiq punya letak bawah, kerja Fadya lah ni...

Bila dah mula buka tutup peti ais tu yang mama bercerita tentang anak-anak yang tak da peti ais, terutama yang Faiq petnah lihat budak main di luar rumah tepi hutan. Faiq sedih la jugak, dah terkebil-kebil memikirkan solusi kerana rasa simpati. 
Snap di Perak
Jadinya, saya cakap kita boleh sedekah. Mungkin mereka sudah mempunyai labu sayung atau periuk di buat dengan tanah.

Google 
Ada satu di umah tapi pecah pulak

Papa pulak berpendapat yang mereka ini akan ambil air dari sungai, air terjun atau air bukit. Aii risaunya bersihkah sungai sekarang. Dari perbualan ini papa juga menerangkan bagaimana labu sayung berfungsi menjadikan air sejuk tanpa elektrik.
Google

Saya google saja lah..  saya jugak terjumpa di mana baldi/periuk (gambar di bawah) dari tanah ni di jadi peti ais untuk para penjual sayuran atau ikan. Ada juga tanah liat di buat berbentuk peti sejuk di gunakan di negara India.
Google

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin