Pages

May 4, 2016

Berbumbungkan langit

Ceh wah tajuk, memang mendamai dan menenangkan. Masa kecik-kecik dulu kalau ikut sapa-sapa yang menyidai kain kat luar pun dah rasa segarnya, Sekarang ni saya fikirkan Faiq yang suka duduk rumah lebih dari keluar, Saya ambil kira masuk kenderaan masuk sekolah, keluar bangunan masuk mengaji tu. Kadang bawa main di playground dalam mall boleh la juga kira Faiq keluar.

Baru ni, en suami cakap kena pujuk jugak Faiq keluar ke taman permainan, sekurangnya keluar. Lagipun kami parking kereta jauh di luar supaya dapat berjalan menikmat skit la luar itu. Itupun saya kisah tentang kami berdua juga yang jarang berjalan secara bersiar-siar ni. Belum lagi sempat berlenggang lengguk ni. Berlenggang lenguk adalah satu senaman juga, sebab semua anggota badan bergerak. Tapi tula Faiq laju larinya.

Di cafe
Berbalik kepada membawa Faiq keluar, kami hanya memujuk dan memaksa saja. Walaupun google dan baca 14 ways to encourage kids to go outdoor. Bila keluar biasa la  tekak si ibubapa pun nak minum air luar. Faiq jadi duduknya terlantar tapi tidak menggangu. Alhamdulillah.

Kadang tu saja ja pakai baju tido sebab tak mahu keluar sebab dah nak malam katanya. Tapi terpaksalah keluar juga sekejap cari siput apa-apa merehat mata tu dengan kehijauan. Balik terpaksa salin baju lain sebelum tido.

Aii lajunya Faiq
Itulah peringatan untuk kami kerana selesa keluar dengan Fadya saja hampir biar Faiq duduk di rumah dengan TV kerana tv tiada password. Internet ada jadi tak dimainnya. Walau pesan pukul 6 main kat luar belum tentu di buatnya. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin