Pages

July 25, 2014

Takbir Pertama / First Glorify

Baju raya pertama dan mendengar Takbir.



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (Takbir)  kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you and perchance ye shall be grateful.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
kepada Rakan- rakan Blogger yang dikasihi.
loves, thoughts & prayers

July 23, 2014

Berkelana / for a walk


english version below

Berjalan-jalan di sekitar rumah juga membawa faedah, inilah kata penyedap hati yang tak dapat mengembara ke luar negara. Memang bercadang tetapi niat lebih ke berjimat untuk perjalanan yang lebih bermanfaat. Ini lah gambar-gambar hasil singgahan sahaja.
Lepas ini lebih membuka mata untuk melihat sekeliling lebih teliti ciptaanNya. Mungkin suatu hari ingin meminta kebenaran untuk menunggang pula :)

".Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu".




For a walk around the house beneficial to the eyes and mind, that is the comfort words for the heart that long for travelling oversea. Actual plan was but intention more to prudent in travelling to the place worth the visit. These are the photos taken from the stops only.
After the view had given vision and my eyes had opened wider to look deep of  His creation. Perhaps one day i cross to ask permission to have a ride :)
 





And in cattle (too) ye have an instructive example: from within their bodies We produce (milk) for you to drink there are, in them, (besides), numerous (other) benefits for you and of their (meat)

July 22, 2014

Tenang tenteram / Tranquility

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman - Surah Al-Fath:4

Saya terjumpa kawan sekolah saya, saya berpakaian biasa sangat kasut yang dah lama 4 tahun lamanya memang nampak buruk yang dipakai hari tu dan selalu.. Saya malu tapi saya ingat Mufti Menk cakap bila kita nak solat, kasut kita tinggal di luar sejadah kerana ingin fokus solat pada Allah tanpa ingatkan kebendaan. Bila saya analisa balik kenapa kena ingat Mufti Menk kata pula wahal saya dah buat keputusan sendiri pakai ja yang ada dan yang selesa. Dan tiada istilah persaingan dalam diri ini.  mmm manusia kan terbabas jugak :)


It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - Surah Al-Fath:4


July 21, 2014

Jamuan untuk anak Yatim / Feast for the Orphans

english version below
Hari Isnin lepas saya mengajak sepupu berbuka bersama hari Sabtu ni, tapi dia tak dapat disebabkan telah diatur berbuka dengan anak yatim. Kakak saya pun sama menjemput saya ke majlis anak yatim yang dianjurnya.

Semlam bersembang dengan kawan baik saya juga telah buat majlis anak yatim pada hari pertama lagi. Dia aturkan dengan catering untuk majlis itu tanpa menonjolkan dirinya di malam majlis tu pun. Saya rasa bagus tu sebab tangan kiri tak tahu tangan kanan memberi lebih afdal.

Saya ni sentiasa berniat ingin membahagiakan seorang anak yatim yang cantik ni. tapi sampai sekarang belum berpeluang...untuk memberi pun bukan mudah tapi hanya izinNya.walaupun dah cuba, masa si cantik kematian bapa, saya keluar duit nak bagi kat dia, gurunya kata lebih baik bagi kat penjaganya. Bila jumpa ibunya, saya korek duit tak da pulak cuma ada skit ja sesuai untuk duit raya saja. Jadi saya cakap ni duit raya, ibunya pun bagi duit raya untuk faiq dan fadya pulak. itu la akhir saya jumpa sebelum Diana berpindah sekolah.Tapi niat untuk beri lebih niat sedekah. Hari ni saya nak call ibunya, jika saya ditakdirkan untuk memberi itulah rezeki memberi.

english version
Last Monday, I asked my cousin to break the fast together this Saturday, but she couldnt make it coz she had scheduled for break fast feast with yhe orphands. My sister also invited me to join her for feast with the orphans that arranged by her.

Yesterday i had spoken to my friend that she had given breakfast feast for orphans on the first day of ramadan. She told that she just arranged with the caterer, she did not even turn up for the event. I said it is so good that the left hand didnt know at all about the right hand had did good deeds.

Actually i myself had intention to please a beautiful orphan. But never i had the chance to do so. It is lucky to those who able to do so by His will. because i tried to give to a beautiful girl who lost her father but there is obstacle..i took out money but the teacher said better give to the mother. when i met the mother, i tried to find money i only have little money enuffor raya money. Then the mother gave also for Faiq Fadya in return. thats the last i daw her before she moved to other school. but i wanted to give it to her for charity. Today i want to contact her mother for account no. if it happens it meant to be.

July 18, 2014

Ubah / change

Salam takziah untuk MH17. Bila diduga lagi,  masanya untuk dibuat tindakkan berhijrah keatas uniform dan servis makan minum etc. Saya pun pernah lalui dugaan, apa ya tindakkan saya tak la pakai tudung pun. tapi pakai yang panjang panjang, rambut pun tak berani nak lepas mengurai..mengajar senam pun tak senang dengan pakaian senam. Bila ada dugaan memang bersyukur Tuhan masih ingatkan saya untuk berubah.  Walaupun pernah lalui demikian, saya mendoakan hidup yang bermakna ini senang dan berjalan lancar diredhaiNya.

Buat keluarga MH17, moga tenang dan redha serta mendapat hikmah dari kejadian.
Doa dan ingatan untuk mereka.

My sincere condolence for MH17. When given trials again,  its time to restructure the way of servicing perhaps on uniforms and F&B etc. I too had the trials, what had i changed? not straight wearing head covers but i dared not let my hair down. I wore more to cover than exposed even to instruct exercise was uncomfortable. I am grateful when given test coz I know that Allah remembers me to change. Though i had gone through that, I pray easy and smooth meaningful life as I deserve.

For families of MH17, may you get calmness n earn blessings behind the incident. Thoughts and prayers are with them.

July 17, 2014

Bincang suami isteri / Couple discussion

meja kerja kerusi dari nilai RM400,
 lukisan dari the strand RM80,
 lampu jualan lelong hotel tak ingat,
carpet dari umah emak:)
Semalam saya bersembang dengan en hubby tentang decor rumah
terutama lampu meja di tepi katil kami, saya inginkan sebelah saya warna kegemaran dan sebelah en hubby warna kesukaan dia atau hiasan pilihannya.. kalau en hubby tak mahukan lampu meja pun tak pa tapi dia cakap dia mahu dan bagaimana rupanya dah ada dalam fiirannya..Saya cakap meja kerja kita kongsi je kan.. en hubby cakap dia tak buat kerja sangat dah. Saya tahu dia kurang buat kerja sebab saya pun kurang tengok gadget sekarang ni ;) lebih fokus buat homework Faiq.

english version
I had a chat with mr hubby about home decor. I told him that I think it'll be interesting if i have my type of table lamp on my bed side. And, he can have his type on his bedside. or if he prefered none i think it is fine but he said he has his own on his mind. Thats intetesting, ilook forward how and what comes out of his mind. I told him that work desk we could share but he said he prefer not to do work so much now. I realised that since I dont stare at gadget he tends to do the same. As i am more focus on Faiq's homework.

July 16, 2014

Ingin tahu / Wanna know #Gaza

Berborak dengan en hubby, saya cakap saya ingin tahu...apakah doa mereka, adakah mereka mendoakan keamanan atau mati syahid? En hubby berkata mati syahid itu sangat ditunggu-tnnggu oleh mereka, saya sambung jika itu doa mereka maka itu yang akan diberi... Terfikir-fikir, adakah itu doa mereka tanya saya lagi...En hubby jadi serious dan berkata  doa hidup aman oleh kerana jerap berlaku mereka merasakan ini jalan hidup mereka  dari hidup ketakutan menyerah sahaja tapi elok tanya ustaz tentang macam ni...saya sambung lagi..kerana saya ingin tahu juga tentang bantuan bagaimana mereka lakukan selain memberi bekalan ubat ( yang itu penting) adakah solat hajat dan cara berdoa juga di tunjuk ajarkan. (suatu ketika dulu isteri presiden muslim masih kristian)

Saya cuba mencari doa melembutk, n hati musuh supaya tak jadi menyerang kerana sebelum ini saya pernah berkongsi di FB semasa Aflin Shauki berada di sana, saya komen doa itu..tetapi dah tak ingat langsung tapi terjumpa Surah 14 - Ibrahim


34: Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
   

35."Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. 


chit chating with mr hubby, i said i really wanna know, what are their doas? Has it been doa for peaceful living or matyr ? Mr hubby said matyr is what they are waiting for. Then I continue if that they wish for thats what they are given. Deep thinking, has it been that for awhile asked me again. Mr hubby said it was a peaceful.living but its always been like this then they think they are meant that way.but its bwtter discuss this with ustaz. i continue asking whar kind of helps that yhey need beside medicine (most important) will it be intention prayers and way of doas to demo and teach. (as one time the wife of a presiden was different religion).

I tried to find the verses to soften the hearts of enemy to pull back from attacks which i shared in FB while our artist Aflin Shauki was there. but i found diferent but releven from Surah 14:Ibrahim.


And He giveth you of all that ye ask for. But if ye count the favours of Allah, never will ye be able to number them. Verily, man is given up to injustice and ingratitude.

O my Lord! make this city one of peace and security: and preserve me and my sons from worshipping idols.


pic masjid albukhary


 






July 15, 2014

mengenangkan aktiviti yang dipilih / flashack chosen activities.

lebih kurang 10 tahun sejak saya mula bersenam. saya daftar di jalan stonor, pilihan senam yoga kerana lebih mudah, dengan berkaki ayam berpakaian kerja sudah memadai untuk bersenam. tak sama pergi ke gym, perlu berkasut dan berpakaian sukan. Pada masa tu syarikat yang saya bekerja tu membenarkan saya pulang awal untuk aktiviti ini.

Pergerakkan perlahan memanaskan tubuh baru mengeluarkan peluh melembapkan kulit tanpa memaksa jantung berdengup cepat. cuma ada option berlompat. senam ini bergantung pada ketahananan badan serta kesedaran pergerakan semasa bergerak macam berdiri tegak denhan minda bersedia untuk membongkok ke depan dari  bawah pinggang tangan terus ke lantai. renggangan melancar lagi peredaran darah sambil mengangkat otot melawan graviti.

Fadya suka dapat hadiah baju dari aunty tersayang* terbang sana terbang sini :)




english version

more or less 10 years since i started yoga. First i registerd at Stonor Street. my choice was

yoga because it was easy preparation with the work attire already can move and barefooted not like gym need shoes and gym attire. The company i work with even let me go out a bit early for the activity.

The moves of the exrcises slowly warm up the whole body then only sweat moist the skin. Not much body shake to effect on  force heart to beat fast, just an optional jump. this exercise depends on our body endurance and seriousness or awareness while moving the poses like standing upright with mind and body bend forward to touch the floor. stretch to let the blood flow to warm the body and moist the skin while sweating. its a slow process and lift  limbs against gravity.

July 14, 2014

German the champion 2014


One minute you are just substitute, the next you are a world cup Hero








Bangkit sahur pasang TV, tertengok German score.

July 13, 2014

Beautify / Mencantikkan


english version below

Saya masa kecil adalah seorang budak yang hisab jari dan memiliki kain selimut security.. Saya membesar dengan gigi tak sama rata dan malu mengukir senyuman. Saya tak risau kerana emak saya ada kemahiran tentang gigi, dan boleh berjumpa pakar orthodontik untuk memperbetulkan gigi yang herot dan degil.

selepas buang besi di gigi memang tak sangka gigi bole jadi sama rata. teruk juga proess pakai gigi besi ni (braces). kena cabut 4 batang gigi yang kuat-kuat akarnya. lepas cabut ada pendarahan tak berhenti pula..pergi hospital bahagian kecemasan. Doctor jahit dengan jarum macam mata kail ikan yang berbentuk j , sakit teramat tapi ada ubat kebas untuk rasa kurang sakit la skit..tak sangka gigi menjadi teratur dan cantik. Semalam dapat hadiah jeans,  cantik lebih kurang cantiknya seperti jeans dalam pic ni. cara cepat untuk mencantik.

english version
I was a little girl who sucked the thumbs with the security blanket in hand. I grew with crooked teeth who shamed to fake a smile. I did not worry about that as I knew when time comes I will be scheduled to see the Orthodontist, not a normal Dentist but the specialists to straighten the stubborn teeth.

the experience that i had to go through was crooked too as to go that process i had to pull 4 teeth which were strong at the root. i had non stopped bleeding that i had to go to emergency department to sew or plaster the bleeding gum with the j shape needle. it was nighmare though they gave the medicine to feel numb at the area. But could not believe that the teethe became straighten and beautiful. yesterday i got a present jeans, its as pretty as in the pic's one. quick fix to beauty.

July 12, 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Doa termakbul / Granted Wish

Lepas baca entri tentang doa termakbul di blog blogger Happy Ichigo http://ichigofieldsforever.blogspot.com/2014/07/hajat-untuk-anak-yang-sedang-potty-train.html?m=1 saya berazam nak berdoa dalam solat dhuha hari ini dengan berhajat nak kan Faiq bole pee berdiri di tub urine di sekolahnya. Di rumah biasa Faiq prefer duduk di toilet bowl.

Saya sedih sebab saya rasa Faiq pun sedih nak cuba buat adjustment seperti kawan-
kawan lelakinya. Berdiri tapi bukan atas lantai, saya tahu bila Faiq terpee di atas lantai bilik air, Faiq akan cakap no good no good mama. InshaAllah Faiq boleh pee berdiri di tub tu. Lagipun Faiq dah berdikari, dari ambil towel sampai habis pakai baju balik lepas mandi dah boleh buat sendiri. Cuma saya check sabun kat badan dan rambut Faiq ja.


July 11, 2014

langsir / curtain dari MK Curtain house


Bila tempah lagi puas hati, boleh pilih material  dan  pemsangannya pun ngam-ngam. Terjumpa curtain di MK Collection, bila imagin ok jugak, material chiffon dua lapis,
berbunga di bahagian luar, plain didalam.


Bila malam boleh buka bahagian plain tu. Bahagian yang berbunga-bunga tu biar ikat pun dapat menutup tingkap. Kurang jelas dalam gambar. Harga tahun lepas RM29 atau RM39 ada potongan lagi. Klip curtain dijual di kedai DIY.

cawangan2 kedai curtain -  http://store.mk.net.my/site/index.php?cat=11www.store.mk.net.

July 10, 2014

Nak berjaya seperti pasangan dibawah

Saya bagitau emak nak buat business weekend ni, emak cakap rehat dulu kesian kat budak-budak, saya cakap Faiq cuti isnin, emak kata Faiq cuti sendiri pun boleh, bagi cikgu dia cuti pun tak pa, kesian kat cik abang tu,  biar dia rehat weekend ni, saya cakap tu yang nak buat business ni....emak sambung...lepas raya baru tungkus lumus...Semangat saya datang selepas baca artikel dibawah.


Abdullah Nafiah & Mariam Omar

Kami mula menyertai perniagaan Amway pada tahun 1985 tetapi hanya aktif selama 3
bulan sahaja kerana kami tidak begitu memahaminya. Pada tahun 1989, saya mula menggunakan produk Artistry™. Saya juga bertemu mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Minat saya terhadap Amway kembali berputik. Namun begitu, niat saya itu ditentang hebat oleh Abdullah. Tetapi saya bersabar, tabah dan berpegang pada prinsip hidup saya bahawa saya tidak akan menjawab apabila dimarahi beliau, membuat mimik muka apabila ditegur dan tidak akan sesekali meninggikan suara apabila berbincang walaupun dalam keadaan yang tegang. Akhirnya, beliau faham dan menerima perniagaan Amway. Inilah rahsia untuk memenangi hati suami yang berfikiran negatif.

Latarbelakang

Saya seorang guru lepasan SPM sementara Abdullah seorang posmen. Kami menghadapi masalah kewangan sewaktu hendak memulakan perniagaan Amway kami. Saya terpaksa menggadaikan barang kemas untuk dijadikan modal. Dengan modal yang terhad itulah kami berjaya membina perniagaan ini sedikit demi sedikit. Walaupun adakalanya kami tertekan, kami tidak pernah mengalah kerana pepatah ada mengatakan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kami juga terpaksa meninggalkan anak-anak kami yang seramai empat orang tanpa dijaga oleh sesiapa setiap kali kami melakukan aktiviti perniagaan. Anak kami yang sulung berusia 10 tahun dan yang bongsu baru berusia 4 tahun pada masa itu. Kami sentiasa dihambat rasa bimbang, namun kami hanya mampu bertawakal kepada Allah S.A.W. Ternyata pengorbanan kami itu tidak sia-sia. Akhirnya, pada Mac 1992, kami mencapai Penyandang Perak, diikuti dengan Pengedar Terus Platinum pada Disember 1992, Pengedar Terus Delima pada Julai 1993 dan pada tahun yang sama juga kami layak ke Seminar Kepimpinan Amway di Gold Cost, Brisbane, Australia buat kali pertama.

Cabaran

Langit tidak selalu cerah. Pada bulan Mei 1993, kami kehilangan mentor yang amat kami sayangi Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Kami meratapi pemergian beliau buat selama-lamanya. Selama 5 tahun kami terumbang-ambing. Kami hilang arah dan segala yang dilakukan serba tidak menjadi. Namun, mungkin sudah suratan Ilahi bahawa kami akan berjaya dalam perniagaan Amway. Pada bulan Januari 1998, kami mengumpulkan semula kekuatan diri. Kami kembali bekerja keras bagi mencapai matlamat kami dan pada tahun 1999, kami layak semula ke Seminar Kepimpinan Amway di Korea. Semenjak itu kami tidak pernah ketinggalan dijemput menghadiri Seminar Kepimpinan sehinggalah sekarang.

Pencapaian

Kami terus meniti tangga kejayaan. Pada Mac 2000, kami mencapai tahap Pengedar Terus Nilam dan Zamrud dan pada Ogos 2009 kami layak sebagai Pengedar Terus Zamrud Pengasas dan Pengedar Terus Intan sekali gus! Pada tahun ini kami akan ke Dubai dan ini merupakan jemputan yang ke-14!

Penghargaan

Kesempatan kami ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada permata hati kami atas pengorbanan mereka dan memahami segala apa yang kami lakukan. Ucapan tahniah kepada anak kami yang kedua serta menantu Pengedar Terus Platinum Shahrul Fahmee Abdullah & Mazliatul Mokhtar dan anak kami yang ketiga serta menantu, Shafyeenaz Nadia Abdullah & Zulkarnain Redzuan yang mencapai tahap 15%. Terima kasih juga kepada penaja kami Fadzil Mahamud & Kalsom Din dan sudah pastinya mentor kami mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke dan keluarga. Ribuan terima kasih kepada penaja atasan Pengedar Terus Duta Mahkota Chan Lee Sean yang tidak jemu-jemu memberi motivasi dan membantu kami, Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho yang sanggup turun padang membantu kami mencapai matlamat kami dan semua pemimpin Amway yang sentiasa menyokong terutamanya Pengedar Terus Zamrud Azizah & Mohd Ariffin. Tanpa anda semua, kami tidak akan berada di sini.

Tahniah kepada semua pemimpin dalam organisasi kami yang memberi kerjasama dan sokongan padu kepada kami. Kepada yang belum mengenali Amway, lihatlah Amway sedalam-dalamnya supaya anda dapat menemui keistimewaan dan kehebatannya. Jika anda ingin berjaya dalam Amway, ada ramai yang akan membantu anda. Ia selaras dengan falsafah Amway bahawa sebelum anda berjaya, anda hendaklah membantu orang lain berjaya dahulu. Kepada rakan pengedar Amway, teruskanlah perjuangan anda. Kami pasti gemilang Intan menanti anda. Amway adalah jaminan masa depan kita. Jumpa anda di puncak kejayaan!

(Dipetik dari Amagram Amway Malaysia, November 2010


July 9, 2014

Apa yang disyukuri hari ini..

Kadang terleka semoga selalu tersedar yang Tuhan lebih melindungi dan lebih memberi dari orang yang saya kenali..
Tuhan jua yang menyaluti tulang dengan isi rezeki yang diberi..
Tuhan jua yang menghantar kakak saya untuk memberitahu bahawa solat maghrib selepas berbuka puasa boleh dibuat di belakang kerusi restoran kerana dunia ini masjid kita.


skyline mountain and ocean
Bersyukur mempunyai anak yang menonton cerita kartun hero kampung (Higglytown Heroes) iaitu mengisahkan doktor gigi adalah hero, plumber, jurueletrik pun hero, siapa yang menolong kita adalah hero kerana mereka di hantar olehNya..  
bersyukur juga saya mempercayai doa termakbul bukan "magnet diri"dan bila berlaku sebaliknya adalah balasan kerana kurang syukur..

July 8, 2014

cerita-cerita yang releven / perkahwinan/ ajar anak

Emak bercerita yang bapa mahu "tupperware" biskut yang air tight, emak kata memang ada tapi biar dalam bekas yang dari kedai tu pun ok boleh tahan jugak. Bapa duk takut biskut masuk angin, emak kata "nanti i makan, u makan habih la" lagipun u enjoy makan biskut tu lagi bagus sebab ramai yang dah masuk dalam "tupperware", yang kita duk sibuk cari tupperware untuk biskut.

Emak saya berpesan masa Faiq baru lahir, kita ni ibu ajar anak bukan anak ajar kita..jadi menyusu,,4 jam lagi baru bagi pulak, elok untuk ibu elok untuk perut anak jugak, rehat.. saya pun cari jalan,  bila Faiq nangis saya bagi air, Faiq masa baby dah pandai komunikasi, bila bagi air, dia batuk, bagi susu dia ok..

Kakak saya cakap jaga anak-anak dia masa dulu senang ja, bila jalan anak dia yang 5 tahun dan 3 tahun mahu jalan betul betul tepi mummy mereka, tak lari mana sebab dah bagi amaran, mereka  strict juga..jadi saya pun cakap tolong la bagi tips macam mana nak Faiq tak lari...anak buah saya iaitu anak kakak saya yang dah besar cakap "kami dapat message (pesanan amaran tu sebab tu kami faham tak boleh lari. oh kena bagi isyarat kat Faiq bahawa lari ada denda ka..mereka dah terlambat..

Semalam Faiq cakap dia tak mau honework, saya tanya kenapa, sebab menulus
menyakitkan jarinya kerana pensil keras,,tu daya cakap jangan tekan sangat...
Faiq lukis muka dia pun dia cakap mama tak payah beli lagi topeng spiderman sebab dia lukis terus atas muka..

July 7, 2014

Iftar beramai 2014 di Restoran Serai, Empire.

Ada hari letih sangat, emak saya selalu berpesan, bila letih, rehat dulu nanti sambung bukan berhenti terus. Sebab tu  emak kerja sampai pencen tapi ada jugak dia ambik cuti tanpa gaji. Matlamatnya untuk menikmati gaji pencem. Kalau dia berhenti mungkin ada rezeki lain...katanya..

Fadya dengan bag telekung dijadikan beg tangan  
Hari sabtu kami di jemput ke majlis buka puasa di Serai, Empire, Subang Jaya. Saya dan hubby menjemput emak bapa untuk pergi sekali. Masuk mereka dalam kereta,  emak cakap, nak rehat saja nanti. Bapa tanya pula hari ni you buat apa, letih fsangat..Emak kata takpa la kalau you tak nampak, kena puasa cakap jugak...Saya pun  sambung, memang nak relax relax hari ni dan buka puasa. Saya bawa buah tangan untuk host, sebagai tanda terima kasih kami dijemput.

Seperti biasa saya kalut skit dengan budak-budak mana ada boleh relax menunggu masa pun. Faiq nak mainan,  Faiq cuma cuba nasib saja kali ni sebab papa dia dah terangkan mainan ni kena bole pasang, tukar2 macam transformer tu baru seronok main. Faiq ni pengumpul mainan. Saya pesan robot dengan raksasa berkawan bukan bergaduh. Jadi biasa dia beritahu robot selamatkan raksasa dari jerat apa tah.

so kami dapat duduk dengan aman jugak la, walaupun asyik bagitau Faiq kawasan awam tak boleh bising semua,  dia jumpa seorang budak perempuan cantik macam artis Siti zaleha umur sama Faiq 4 tahun. Faiq diam dan malu-malu..tenang la seketika..lepas makan cerita lain pulak bising balik. Alhamdulillah enjoy sangat betiftar bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, cuma tak da bubur lambok ja hehe eeee tengokkk patut bersyukur :)

July 4, 2014

Kenanga Wholesale City

 Baju peplum RM10, baju kurung 6 pasang 50% potongan. Bole buat berniaga online, download gambar dengan model pun ada. Pergi awal balik awal, dah gelap, sunyi sikit kawasan Pudu tu.

View dari level Surau KWC 

July 3, 2014

Sedih, cuba empati / Sad, try emphaty

Memang sedih bila Pemilik Tadika/principal Faiq tegur yang Faiq tak mau buat itu ini...dalam kata pendek Faiq tak dengar kata.Tambah-tambah depan Faiq..kalau boleh bagitau la masa Faiq tak da. Saya dengar ja..
Beberapa isu jugakla..

Hari ini saya bangkitkan satu isu dan yang  berhubung kait isu yang sama saja dulu.
Principal cakap Faiq makan nak bersuap ambik masa sampai 45 minit...
Faiq tak sama dengan budak lain..

Yang ni terpaksa saya suarakan..Saya cakap pasti dia lain tapi dari segi apa, Principal cakap budak lain makan apa saja, tak memilih..

Saya call en hubby, dia kata sekolah ada "slack" kat mana-mana tu...en hubby kata nanti tukar sekolah kut...

tak mungkin sebab saya terbaca surah Al-Ahzaab :16

Katakanlah "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.


Saya pun cakap tak pa la nanti saya call Principal dulu...sebab saya tangkap komen en hubby slack sekolah tu mungkin ada salah pengurusan mungkin betul jugak saya rasa..saya pun masuk diri (empati) saya bahagian Principal dan sekolah ...

Jadi saya call Principal.

Saya mula dengan soalan bagaimana hendak kendali Faiq untuk memudahkan guru-guru...belum principal jawab, saya sambung lagi..

Faiq dah makan lambat dan kena suap lagi...jadi saya cadangkan skip je sesi tu..nanti Faiq balik makan kat rumah lagipun cuma 2 jam je lambat, saya sedia snack dulu ( ya saya letak Faiq lebih masa yang disarankan oleh Principal sebab nak buat homework bersama murid lain)

Principal cepat ja suka hati cakap nanti dia cakap dengan Teacher kelas tak perlu suap Faiq lagi..

Principal cakap dia hormat keputusan saya untuk tak beri makan dulu tu atau sedia bekal... nanti dia bagi tau progress Faiq..

Dalam hati saya tak pasti kenapa Teacher suap nasi kat Faiq. Faiq bole makan dengan camca ataupun tangan. Faiq memilih tu saya faham, rasa budak lain pun ada citarasa masing2.

Kesimpulan Teacher suap Faiq tu membuang masa duduk di kerusi makan, jadi Principal tak suka..saya pernah dengar aircond pun tak boleh tinggal seminit pun kalau murid tak da, kadang tu join class lagi sebab nak save current. satu ketika tingkap tanpa grilĺ terbuka sebab guna kipas.

Insiden ini menyedarkan saya bahawa Principal tak dapat tegur Teacher, Faiq tàk ditegur makan sendiri. Komunikasi memang penting. Nanti sambungla :) Walaupun senyum saya soĺat hajat jugak nak tenang..












July 2, 2014

baju raya anak 2013 / kid eid dress 2013

1 8 bulan - kurung moden dari Aeon Jusco


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).



surah Al-Araf:26



O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember.




















July 1, 2014

kulit lembu sebagai permaidani / cow hide

cow hide as carpet

Saya peminat kulit, kadang saya rasa kesian tentang pengambilan kulit binatang tetapi bukan sebarang haiwan ye, cuma haiwan ternakkan sebab diwajib berkorban dan dimakan isinya dan kulitnya atau atau bulu dibuat pakaian. Saya cuba cari dalam Al-Quran tentang kulit kegunaan manusia untuk melindungi dari sejuk ataupun panas tapi tak jumpa. Yang jumpa surah Al-Fatir:12. 


Malay

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.




Yusuf Ali

Nor are the two bodies of flowing water alike,- the one palatable, sweet, and pleasant to drink, and the other, salt and bitter. Yet from each (kind of water) do ye eat flesh fresh and tender, and ye extract ornaments to wear; and thou seest the ships therein that plough the waves, that ye may seek (thus) of the Bounty of Allah that ye may be grateful.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin