Pages

Showing posts with label gratitude. Show all posts
Showing posts with label gratitude. Show all posts

April 1, 2016

Syukur....adalah Solusi

Ni dari buku "The Magic" menyatakan bila bersyukur atau berterima kasih sahaja akan bertambah apa yang kita mahukan..

Di dalam buku ni pun ada petikkan Surah Al-Quran

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, Surah Ibrahim14:7"

Saya ada tiga buah buku dari penulis yang sama, cuma magic belum abiskan lagi sebab saya bagi emak baca dulu supaya dia explain kat saya hahaha...

Tula bila tak da duit bagaimana la nak bersyukur... kena besyukur juga duit seduit dekat mesin basuh tu ke terima kasih kerana dengan duit  seduit boleh jadi satu juta, tak cukup seduit dah baru RM999999...atau syukur duit atas meja duit sen-sen tu ke atau duit kemarin seratus tu ke...ingat balik yang ada saja, yang tak da tak boleh ingat ..adoi...

Ok  (ok pulak, saya tak bagi anak sebut ok sekarang ni saya suruh mereka biasakan InshaAllah, Alhamdulilah) InshaAllah sedang bersyukur duit dalam purse saya tu...yang kawan saya cakap purse tu dah berkulat, tukar la.. purse tu dah isi beribu-ribu keping duit..ada duit tu..bersyukur :)

Bersyukur itu penting sampai buku tu berjudul " Magik"...InshaAllah..Bersyukur kepada Allah yang memberi. Hanya meminta dari Allah, Hanya Allah saja yang boleh memberi.

Contoh rumah tak banyak tingkap, bila bersyukur Tuhan bagi idea...letak pokok hidup kat tepi tu,, letak kotak-kotak rak hiasan di isi dengan bekas janjan..seperti keropok, sebelahnya bekas lada hitam garam, sebelah lagi tisu macam kat kopitiam, cermin ala tingkap :)) Selamat bersyukur.

Decor berfungsi, keropok, garam lada, tisu, capai ja menambah rasa, kunyah sambil gebang, tarik tisu lap mulut :))
Alhamdulillah

November 12, 2014

Berjemaah / gathered

Alhamdulillah Fadya memang menunjuk prihatin time papa atau mama nak solat, dia akan keluarkan sejadah yang disimpannya sendiri dalam laci dan letak sebelah sejadah kami, dan tolong ambil jugak sejadah untuk Faiq. Fadya dah sedekah kebajikan kepada hamba Allah yang mula menjaga baby, Fadya sedekah baby carrier cum carseat dan playpan. Bila jumpa aunty tu, aunty tu cerita kat Fadya senangnya kerja dia ada carrier tu boleh la dia bawa ke surau mengaji walaupun mengasuh baby. Teringat saya surah Al-Hajj simple yet very meaningful  

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 22:77
O ye who believe! bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord and do good that ye may prosper.
  


O ye apostles! enjoy (all) things good and pure, and work righteousness: for I am well acquainted with (all) that ye do.
surah 23:51

September 10, 2014

beautiful inside out / cantik dalaman dan luaran

Bila ingat balik, rasa bersyukur juga dengan pembantu terdahulu kerana dia, saya dapat tahu tentang minuman jamu yang sedap dan membersih dan memberi kesihatann yang baik.Bukan itu saja, lihat kuku pun suka sebabnya pink dan bahagian panjang skit tu warna putih pekat dan kuat (macam french menicure). Rambut pun lebat dan paling ketara gigi terasa kuat dan sihat yang lain-lain dari dalam dan luar. keliling mata lebih bersih, warna sama tone (kira eyebag / dark circle hilang pernah dengar sebab dalaman bersih keliling mata sihat wallahualam) badan ringan tu memang rasa lagipun sebab ada halia kan..

kalau nak cuba, saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat minuman jamu ini dibawah tetapi tentang elok ke untuk masa panjang tak pasti, untuk dapat baby sesuai ke tak pasti, yang pasti rasa sihat dan kerana membersih dalaman bole terhamil lepas minum air jamu ini, jadi berhati-hati :) memang ada kisah benar berlaku..selepas menikmati home made jamu

kunyit 1-2 inci
halia 1-2 inci
sirih 3 helai
gula batu skit
asam jawa 1.5 camca besar
250ml - air agak2 separuh periuk sederhana besar

bahan di atas direbus 10 -15 minit. bila suam boleh ditapis dan diminum, jika di sejukkan lebih segar. Tips ini jatuh kategori bersyukur kerana terlalu lega dengan keberkesanannya.


spirited with gratefulness / bersemangat dengan kesyukuran.
pic hiasan faiq in the sky

August 15, 2014

Masa bersama yang dihargai / Moment we treasured

Fadya memerhati DYMM Tuanku dengan penuh minat
Fadya looked at DYMM Tuanku with full of admiration.
Ampun Tuanku, Junjung kasih Tuanku with Love.

July 9, 2014

Apa yang disyukuri hari ini..

Kadang terleka semoga selalu tersedar yang Tuhan lebih melindungi dan lebih memberi dari orang yang saya kenali..
Tuhan jua yang menyaluti tulang dengan isi rezeki yang diberi..
Tuhan jua yang menghantar kakak saya untuk memberitahu bahawa solat maghrib selepas berbuka puasa boleh dibuat di belakang kerusi restoran kerana dunia ini masjid kita.


skyline mountain and ocean
Bersyukur mempunyai anak yang menonton cerita kartun hero kampung (Higglytown Heroes) iaitu mengisahkan doktor gigi adalah hero, plumber, jurueletrik pun hero, siapa yang menolong kita adalah hero kerana mereka di hantar olehNya..  
bersyukur juga saya mempercayai doa termakbul bukan "magnet diri"dan bila berlaku sebaliknya adalah balasan kerana kurang syukur..

July 1, 2014

kulit lembu sebagai permaidani / cow hide

cow hide as carpet

Saya peminat kulit, kadang saya rasa kesian tentang pengambilan kulit binatang tetapi bukan sebarang haiwan ye, cuma haiwan ternakkan sebab diwajib berkorban dan dimakan isinya dan kulitnya atau atau bulu dibuat pakaian. Saya cuba cari dalam Al-Quran tentang kulit kegunaan manusia untuk melindungi dari sejuk ataupun panas tapi tak jumpa. Yang jumpa surah Al-Fatir:12. 


Malay

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.




Yusuf Ali

Nor are the two bodies of flowing water alike,- the one palatable, sweet, and pleasant to drink, and the other, salt and bitter. Yet from each (kind of water) do ye eat flesh fresh and tender, and ye extract ornaments to wear; and thou seest the ships therein that plough the waves, that ye may seek (thus) of the Bounty of Allah that ye may be grateful.






May 16, 2014

Happy Teacher's Day / Analisa ttg Faiq

Faiq pandai menulis dengan cermatnya. Tulis atas dot dot betul-betul dia ikut, kadang minta pemadam sebab katanya tak elok.

Sebelum ni Faiq tak mahu tulis langsung tapi Teacher dia cakap dengan saya, Ambik tangan Faiq keluarkan ibu jari dan telunjuk dan letak pensil, kepit dengan dua-dua jari tu, sambil pegang tangannya dan tulis sama-sama. Ok dia buat tapi mulut duk cakap apa-apa ja sebab nak tunjuk dia tak fokus pun.

Lepas kami paksa dia. Berkat doa, sekarang letak buku ja dia tulis sendiri dan habiskan homework. Alhamdulillah.

Jadi sekarang saya nak ingat balik masa Faiq belum satu tahun lagi dia dah pandai pegang pensil, tapi dengan Teacher winie, dia tahu gunakan. Thanks Teacher.

ada potensi 

suka pen
ada pic dia lagi dia asyik pegang pensil dan kertas






Faiq had shown progress that he writes well. He even follow the dots without any flaw, sometime he asked for eraser to correct it and he said it was not good.

Before this Faiq didn't want to write at all but the teacher asked me to take his hand and take out the index finger and thumb and put the pencil in between while hold his hand write along. It was Ok but he talked much to tell me that he didn't focus on the movements of the hand.

After prayers and force him, Now I put the book on the table and he finished the homework on his own,


Now it reminds me of Faiq was almost 1 year old, was skilled enough to hold pencil but with Teacher Winnie, he can make use of it.




May 13, 2014

permandangan yang indah / view

beautiful sight


Ia terdiri dari buatanNya dan manusia yang dikurniakanNya minda dan kemahiran membina tempat duduk di pinggir pokok kelapa untuk dinikmati lebih dari hanya melihat tetapi merasakan udara, terik atau jatuhnya matahari dan angin di tiup sekali sekala.

It is made by Him, and man with skills and intelectual gifted by Him to produce seats beside the coconut trees to enjoy and not only that but to feel air, bright and heat or the sunset with wind that blows rarely.




May 9, 2014

Terima kasih blogger Farah dan blogger Anum dan Google / Thankful

Saya bersyukur dapat kenal blogger yang muda dan ceria www.bubbynotes.com dan ,http://www.bubblynotes.com/?m=1 dan anumzakie.blogspot.com kerana memberi semangat pada hari pertama saya mula berblog kembali sekian lama iaitu dari julai 2013.

Dengan kesyukuran kepadaNya saya ingin memberi hadiah yang saya ada dulu ini kira saham saya menyimpan dan ingin kongsi dengan adik-adik ni. Hadiah baju kurung mungkin tiada "surprise lagi kan blogger Farah dan Anum yang menyambut kedatangan entri yang pertama pada hari pertama juga dengan tinggal komen. Dari situ saya bersemangat untuk berkongsi walaupun berjaga-jaga juga untuk tidak terdetik riak kerana apa yang saya ada hari ni pernah tiada suatu hari dulu (tapi sudah berblog) jadi risau sebab itu stop lama.  Tapi niat ingin menyambung kembali blog ni dan ingat kembali kenapa mula berblog saya rasa semuanya berpunca dari blog juga. Maaf gambar hadiah cuma hiasan tapi saya akan beri bergantung pada saiz masing masing. Harap sudi menerimanya. Cuma penghataran mungkin lambat skit sebab cuti long weekend. Alhamdulilah Berterima kasih pada google adsense kerana saya dapat " monetary gift" dari mereka dalam bulan Feb.

gambar hiasan baju kurung sebab tak sempat nak ambil gambar.

Thank you Google Adsense.
Alhamdulillah.






April 21, 2014

Training / latihan

seronoknya, berlatih bersyukur ni, nampak yang elok ja. sampai rasa diri bertuah sangat tinggal di negara yang murah rezeki bukan murah ja tapi percuma iaitu sebiji buah kelapa yang jatuh tu ada makanan dan minuman di dalam, satu pakej combo dariNya.

F1 expert :)


i am glad and intrigue when i train myself to be more thankful and grateful, i only see nice things. proud that i live in a country of pay less for rizki not even pay but free like a coconut. with one , i can get meal and water. combo package from Him.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin