Pages

April 18, 2016

mewarna bermanfaat

Bila ada mood ja,  Fadya suka bukak buku buat sesuatu, menulis ke membaca ke, yang paling di minati tu mewarna dalam pic di atas tu dalam kereta tu.

Sampai rumah ja mula la duduk atas lantai atau carpet untuk mewarna. Bila dia minta buku princess untuk mewarna rasa macam apa ilmu yang diperolehi dari situ.

Fadya suka rama-rama jadi saya cakap kena lukis dulu baru mewarna. Sebelum mula tu ada la sesi tanya menanya, apa nama baby rama-rama, Fadya jawab caterpillar (ulat bulu), selepas tu ulat bulu jadi apa, Faiq yang jawab coccoon/pupa  (kepompong).

Boleh lah ilmu yang dapat, Fadya berminat jugalah melukis dan mewarna kitaran hidup rama-rama ni

Saya ada jugak beli gambar mewarna dengan water color. Ok jugak Fadya warnakan. Cuma kena jugakla tanya mana nombor satu bahagian untuk mewarna dengan warna dalam bekas nombor 1..tunjuk hampir semua begitu la seterusnya, saya tinggal ja Fadya sendiri, sambil mewarna tu Fadya cakap.warna kuningla  bukan warna no.1.

Semasa menaip ni, Fadya gelak dan bercakap kuat dengan Faiq, kami marahlah sambil tanya kenapa. Fadya jawab coz... cannot hear if not loud (sebab... tak bole dengar kalau tak cakap kuat) Saya pun tanya lagi sapa yang tak dengar, Faiq la dijawabnya.. Faiq bertegas dengar, itu pun bole jadi pembahasan kan budak-budak ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin