Pages

February 14, 2016

Alasan anak-anak | coklat pintar

Lepas Isyak, kami semua masuk tidur. Faiq tak boleh tidur, takkan sebab makan coklat pintar minda terlajak laris kut.. (D'Herbs)

Saya suruh dia masuk tidur, dia tergelak-gelak sambil tonton spongebob, saya nak abiskan menaip entri hari ni. Baru singgah website penyanyi Nourul, best jugak.

Hari ini saya banyak menghabiskan masa di luar, tengok lihat pokok yang ada. Risau, dah buat jadual pun duk perhati apa entah lah. Tak sesuai la kan hari cuti lagipun selepas makan tengahari kami sekeluarga dah duduk di luar. Lepas tu mereka masuk, saya belum masuk, suami menegur dari pintu, tegur sebab beliau turun bukan ajak saya masuk ke. Bila naik atas, saya cakap pagi tadi dah cakap kat diri  dan en suami, nak abiskan homework Fadya, empat subjek core yang di beri sekolah, hingga Fadya cakap "sekolah nakal atau naughty school". (Maafkan bahasa Fadya tu)

Esok esok nak cerita hal Fadya semasa menghabiskan homeworknya. Cerita terus la kan..saya terkejut sangat Fadya mewarna gambar kudanya hingga tak da rupa kuda langsung, terkeluar dari garisan lukisan kuda itu. Saya yang lihat ni terkejut, Ya Allah Ya Tuhanku, Fadya!, kata suka kuda, kenapa warna kuda ni sampai macam ni???. Fadya berhenti menulis homework yang lain dan jawab sambil jenguk buku warna itu dengan suara yakin ja, "Fadya suka cepat" , " I like faster, I like faster. Oh suka buat cepat-cepat ya (ni berlaku pada awal cuti)... Umur 4 tahun ada homework empat matapelajaran, ada  berberapa muka surat untuk diabiskan tadi. Ok terpaksa tidur, photo buku warna Fadya, hari lain kut download. Moga bangun awal anak-anak ke sekolah dengan mudahnya. InshaAllah.



Menjelajah | Homeschooling

Sebelum berblog, saya menonton TV Al-Hijrah, rancangan  "Dengan basikal saya menjelajah", maaf tajuk kurang pasti tapi rasanya begitulah bunyinya. Melalui siaran itu, saya juga menaruh minat ingin menjelajah. Saya terus menyuara dengan penuh yakin kepada en suami. "Nak travel jugak, sekarang nak check bagaimana hendak train homeschooling untuk anak-anak terpaksa menjelajah bersama, bahan bacaan akan dapat selepas buat pendaftaran dan peperiksaan akan ditumpangkan di pusat pengajian di mana kita berada. Sekarang lebih mudah kerana pengurusan melalui online mungkin sudah ada kelas online juga. Saya tak check pun, ini pengalaman anak kawan kakak yang belayar. Tentang peperikssan tu saya google.

stop and stare at the lizard - pemerhatian yang dihayati menjadi satu explor
Tadi juga saya baca interview seorang bapa menjelajah dunia bersama isteri dan dua orang anak. Bila buka websitenya, posting terakhir tahun 2014. Membaca interviewnya pun rasa penat:) Dah rindu pokok bunga saya. En suami baru ja nak ubah pokok pokok saya nak buat kolam ikan tetapi ubah skit ja dia rancang.  Kena lah menaruh minat membela ikan pula, tetapi saya sekarang dilamun cinta dengan taman kecil (home garden) yang saya usahakan tu :)  Dah lewat sekarang ni, en suami macam ok masih tonton tv sundance. InshaAllah saya berblog pula nanti, semalam dah miss :)
life is a journey - setiap aktiviti adalah perjalanan hidup

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin