Bila hal mengejut untuk diselesaikan di badan kerajaan, saya memikirkan tentang hal menjemput anak-anak. Jika pergi sebelum budak-budak keluar sekolah, pasti terlalu tergesa dan risau setiap minit memikirkan Faiq dia keseorangan nanti bila lambat diambil. Tentang Fadya ada solusinya kerana sekolahnya ada servis transit dan pembayaran ikut jam, cuma telefon untuk beritahu ada hal atau kecemasan sahaja.
Kami mengambil keputusan mengambil anak-anak dahulu, sebelum itu kami singgah untuk mengalas perut. Bekalan untuk budak-budak juga di sediakan. Selepas ambil Faiq , en hubby singgah kedai minyak, tertanya juga sebab awal sudah singgah isi minyak. Kata suami hendak beli minuman Fadya, beli masa ambilnya baru sejuk. Dua beranak suka sejuk patutla, saya baru amalkan air tak sejuk bila di luar, di rumah memang air suam.
Pukul 1:30 tengahari begitu sampai di pejabat kerajaan, bekalan minuman sudah habis didalam perjalan. Pukul 2:00 pm baru buka counter. Kami menunggu. Faiq duduk sambil mahukan handphone.
masih aktiv bertarian balet |
theatre di taman tema time square belum mengantuk lagi |
fadya jadi driver |
Betul tepat 2 jam Fadya sudah mula berjalan melutut minta didukung kerana parkir jauh bertangga ke tinkat 5 dari tingkat 2. Pada mula nak selesaikan satu hal lagi ditingkat 1, tapi saya minta ke kereta dulu, sampainya kereta terus lelap. Bila buat analisa begini, budak bawah 4 tahun akan menangis dan masa ni tak perlu marah, kerana keperluan lain dulu perlu diberi, rehat,minuman. Memandangkan Faiq Fadya sudah besar ketahanan mereka makin menambah, permahaman juga makin tinggi, masih perlu berjaga-jaga untuk keselesaan dan keamanan. Ini satu solusi kepada mereka tak mahu ke mana kerana anak kecik atau biasa di tinggal kerana kerimasan budak2 . Perancangan yang betul, InshaAllah.