Pages

February 5, 2016

keselesaan anak-anak | children comfort

Assalamualaikum wbt,

Bila hal mengejut untuk diselesaikan di badan kerajaan, saya memikirkan tentang hal menjemput anak-anak. Jika pergi sebelum budak-budak keluar sekolah, pasti terlalu tergesa dan risau setiap minit memikirkan Faiq dia keseorangan nanti bila lambat diambil. Tentang Fadya ada solusinya kerana sekolahnya ada servis transit dan pembayaran ikut jam, cuma telefon untuk beritahu ada hal atau kecemasan sahaja.

Kami mengambil keputusan mengambil anak-anak dahulu, sebelum itu kami singgah untuk mengalas perut. Bekalan untuk budak-budak juga di sediakan. Selepas ambil Faiq , en hubby singgah kedai minyak, tertanya juga sebab awal sudah singgah isi minyak. Kata suami hendak beli minuman Fadya, beli masa ambilnya baru sejuk. Dua beranak suka sejuk patutla, saya baru amalkan air tak sejuk bila di luar, di rumah memang air suam.

Pukul 1:30 tengahari begitu sampai di pejabat kerajaan, bekalan minuman sudah habis didalam perjalan. Pukul 2:00 pm baru buka counter. Kami menunggu. Faiq duduk sambil mahukan handphone.

masih aktiv bertarian balet
Lantai di bangunannya sangat berkilat hingga Fadya jadi ice skating, Fadya nampak ok. Faiq pun join sekali. Makin makin lama ke sana ke sini. Dalam hati dan bersuara juga dekat en suami yang budak-budak boleh tahan 1 jam 45 minit sebab saya catit masa di taman tema kanak-kanak Times Square.  Belum puas main pun dah minta susu walaupun dah beri minuman sejuk sejuk ni, dah liat nak berjalan, itu kira anak-anak tidor dalam kereta malam sebelum itu kerana dari destinasi ke destinasi lain. Kalau budak dari rumah ke tempat membeli belah /lain lain boleh tahan lama skit.
theatre di taman tema time square belum mengantuk lagi


fadya jadi driver

Betul tepat 2 jam Fadya sudah mula berjalan melutut minta didukung kerana parkir jauh bertangga ke tinkat 5 dari tingkat 2. Pada mula nak selesaikan satu hal lagi ditingkat 1, tapi saya minta ke kereta dulu, sampainya kereta terus lelap. Bila buat analisa begini, budak bawah 4 tahun akan menangis dan masa ni tak perlu marah, kerana keperluan lain dulu perlu diberi, rehat,minuman. Memandangkan Faiq Fadya sudah besar ketahanan mereka makin menambah, permahaman juga makin tinggi, masih perlu berjaga-jaga untuk keselesaan dan keamanan. Ini satu solusi kepada mereka tak mahu ke mana kerana anak kecik atau biasa di tinggal kerana kerimasan budak2 . Perancangan yang betul, InshaAllah.


8 comments:

  1. bawah 5 tahun memang akan cepat letih dan minta didukung. alam kanak2 sekejap je sebenarnya

    ReplyDelete
  2. salam jumaat BP...bawa anak2 sekali tika selesaikan urusan penting kdg ambil masa n perlu pastikan keselesaan mrk.

    ReplyDelete
  3. Faiq/Fadya beruntung punya mummy/daddy yg alert. Kakak puji hal ini. Sebab tak semua parents sedar akan perkembangan yg diperlukan oleh anak-anak mereka. Contoh yg baik.

    ReplyDelete
  4. Yelah kan BP....kita kacau masa tido dia tu yg jadi mereka letih nak berdukung tu ...Tak perlah abg Sado kan ada...hihi...selesai semua masalah

    ReplyDelete
  5. ragam anak-anak...angah belum melaluinya...

    ReplyDelete
  6. Budak2 mrmg cpt letihkan...

    ReplyDelete
  7. Fadya kat lantai pun jadi main ice skating ye, hi hi.
    Tadika Smart reader ye? Nampak uniformnya.

    ReplyDelete
  8. Bila bawa budak2 kala buat urusan, kita memang kena alert & tengok keadaan mereka. Cepat penat, cepat lapar, cepat ngantuk :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin