Night Chic Puff|Acuan Karipap Baru Mr Diy
Bahasa dan video seminit di bawah :)
English version and one minute video below :)
melalui tingkap, terlalu gelap
malam-malam mencanai, tenaga menguli kurang, terfikir juga karipap jadi ke tak jadi..
Sometimes the craving just hit at unknown moment. After dinner and maghrib, Alhamdulillah moods and energy was at high level that night.
The dining table was clear and the sink was empty, nothing was on it.
Went down, took out karipap ingredients on the table, that time I wanted to do it while sitting. Mixed well the dough, rolled on, used new mould that we bought it from MR Diy. Turned out very nice and delicious. The fillings had been talked about in the previous post whilst the crust had been written as well.
The night ended with full tummy, the balance of karipap was kept for two three days for next meal. Heat up and eat together again.
Happy Weekend❤️
Kadang-kadang teringin nak makan karipap tak kira siang atau malam. Selepas makan malam dan maghrib, syukur masih bertenaga dan mood memasak masih tahap tinggi.
Lagi, lagi bersemangat bila, meja makan sudah kemas, tiada sebarang pun di atasnya. Lihat sinki tiada apa atau cawan di situ, juga tempat pengering pinggan mangkuk pun kosong.
Turun, keluarkan bahan-bahan untuk buat karipap. Letak di atad meja makan, kali ni mama mahu duduk sambil menghasilkan kerja tangan ini. Doh dicampur elok. Canai dan isi karipap dalam acuan baru yang dibeli dari Mr Diy. Memang cantik kejadiannya, tak mudah terkoyak dibandingkan dengan acuan dari kedai RM2.
Hasil malam tu memang sedap, isi karipap pernah dicerita dalam post lepas, juga kulit karipap juga sudah dikongsi dalam post lepas.
Malam itu diakhiri dengan perut yang kenyang, selebih didinginkan untuk dua tiga hari bolehlah dipanaskan dan hidang lagi kemudian.
Selamat berhujung minggu❤️