Alhamdulillah boleh baring atas kerusi panjang tak lah comfy sofa sangat sebab PVC rasa panas tapi musim sejuk ni rasa nyaman saja. Budak-budak sedang menulis dengan magic ink, baru juga perkenalkan, atas sebab bau magic ink atau marker tu tak berapa elok untuk budak-budak.
Nak snap ja, Fadya lari sembunyi belakang khemah pulak
Baru nak angkat punggung nak mandikan Fadya, alhamdulillah ternampak dia berbaju tido, rambut basah dah mandi leganya hehe.. jerit jugak la dekat fadya dengan nada dah mandi? Fadya cakap dah mandi sendiri tapi eh sori sori papa mandikan. Alhamdulillah.
Belum kedengaran azan lagi ni, rasa dah nak masuk maghrib ni. Dah azan, ok jap nanti sambung :)
Lepas maghrib, tunggu isyak, budak-budak masuk tido. Kami sekeluarga makan malam sebelum lewat petang. Jadi dah tak da makan selepas solat maghrib atau isyak. Kira nak tengok movie ke apa lepas budak-budak masuk tido. Faiq tido awal sebab tak tido tengahari, Fadya lambat skit sebab tido tengahari, sebab lepas bangun buat homework jadi letih jugak Fadya kut, terlena awal jugakla.
Tula tentang movie ni kami ada koleksi filem Jim Carey, contoh cerita Ace Ventura tentang detektif haiwan. Kelakar cerita dumb and dumber pun. Bila ingat bab si dumb tu duk nangis teresak di depan tv ingatkan beliau tonton movie sedih apa, rupanya iklan tisu ja..haha.. satu lagi si dumber cuba ngorat seorang wanita, berkenalan secara cepat sempat la si dumber ni dapatlah info yang wanita tu dari Austria tetapi si dumber ni gi cakap slang australia haha goodaii mate!!! Memang salah la sebab orang austria cakap jerman.
Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)
Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)