Pages

April 25, 2016

hujung minggu | pelapik tandas pakai buang

Bersyukur anak-anak sangat toleransi hari ni walaupun sarapan dua kali. Faiq ikut saja kalau tidak mesti bertanya kenapa nak duduk makan lagi. Dapatla saya bersembang yang bermakna dengan keluarga saya.

Tak buka youtube pun,  tak perasan duduk begitu lama hingga jam dah 12 tengahari. Hari yang panas, faiq fadya pakai berlengan panjang nak tutup tangan. Fadya happy sebab abang pakai sama lengan panjang tetapi kecewa dengan papanya kerana tak nak berlengan panjang. 

Saja main dengan pakai buang lapik duduk tandas 

Ke tandas awam pun selesa, Fadya tak risau lagi nak duduk atas mangkuk tandas kerana saya bawa pelapik seat tu. Setengah restoran kurang pilihan jenis toilet. Faiq tak terlalu fussy sebab dia berdiri. Bila duduk sama kisahnya.

Bapa tersayang
Petang sabtu kami keluar beli ikan untuk masak makan malam. Cuba berganjak dari makan nasi ke ubi keledek. Salad epal, emak cakap tak berapa elok cuaca panas makan yang tak masak tak pasti pula buah pun tak sesuai waktu cuaca panas. Tapi sediakan juga.


Petang hujan, syukurnya bila hujan turun sempat mendoakan yang terbaik untuk semua. Hujung minggu yang Aman. Alhamdulillah.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin