Pages

July 12, 2020

Ikan untuk kawan


Memang jelas, penambahan dalam pemerhatian dan pangalaman yang pasti, kita ada rezeki yang ditetapkan untuk menyediakan persekitaran yang baik dan menarik untuk keluarga.

Diantara, semangat memberi bila ada yang meminta, biasa adik terdedah kpd pemberian hari raya buat jiran2, selain duit sedekah adhoc,  kali ini menyediakan sepasang ikan guppy utk diserahkan kepada seorang sahabat yang dikasihi, si adik memerhati dan sukahati serta menanya tentang kawan di tempat mrngaji atau yang lain. Mama memberi ikan2 ini kepada kawan sekolah mama.

Dari memberi, dapat berjumpa sekian lama beragak ingin bertemu, sudah ditadir bersemuka waktu tengahari, tak sampai petang kawan lain pula membuat temujanji. Rezeki sillaturahim.

Sedikit usaha, masa, memesrakan tali persahabatan dari seorang kepada seorang lagi... Alhamdulillahirabbil alameen.

Rindu pula kepada slippery creature ni. Catch em if ya can :) bekas transit je. .

Salam ceria semua..

Durian di tepi pantai


Teruja juga serta memahami, bersama mata celik dengan benda tanpa terjangka sebelum ini, makan durian  di atas pantai lebih enak, berdepan dengan laut yang luas, ramai mengambil usaha, bangun dari sofa, katil, membawa keluarga menikmati alam ciptaanNya yang semua berkongsi.

Nak duduk atas pasir dilapik kanvas pun bukan senang, sebab itu, orang barat buat senam regangan, dari berdiri, berbongkok kedepan, bertelentang ke belakang, regang kaki berdiri, posisi duduk hanya untuk duduk bersila (lotus pose) kerana terlalu bergantung kepada perabot, hingga duduk di bawah, susah. 
Jika makan di restoran arab, bahagian duduk di bawah tetap ada, kenduri kendara kita pun dah kurang duduk di tepi dinding bersimpuh. .

Bila rasa kesukaran, berbaliklah ke asal usul dulu, bertikar. Syukur kita pengguna sejadah (prayer mat), sikit sebanyak rasa mudah. Bukan apa bangga hanya dekat dengan bumi :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin