Pages

July 6, 2020

berharmoni dengan alam


Mama berhenti memerhati, tengok2 tak leh gerak ke atas lagi kerana rindu untuk menikmati ruang tamu. Petik lampu snap pic, tak dapat labuhkan punggung pun.

Memperbesarkan kebanyakkan elemen digabung untuk dekorasi ruang tamu. Tak kira pokok hidup atau plastik, akan memberi ton warna dan kehidupan. Begitu jugak lukisan, menambahkan seri sudut yang berhias cermin kayu jati di sebelah kirinya. Terlalu coklat kayu berkerawang sudah ditemani lukisan berwarna-warni. Lampu tanglong dibeli dari ikea mencerahkan biasa ala suasana relaxing bukan untuk mentelaah.

Untuk info adik abang, lukisan kadang bole menggantikan tingkap, ala ala ada elemen menonjol di bucu malap ni.


By the way, dalam pemilihan pokok perlu dibuat dengan pertimbangan ke atas kecukupan cahaya di dalam bilik. Pokok dalam rumah ada berbagai jenis, mengeluarkan udara segar di waktu malam lebih elok dari waktu siang. Waktu malam, kita berada di dlm rumah lebih lama. Waktu tidur, pernafasan lebih mendalam, eloklah pilih pokok lidah mertua, pokok duit-duit.  Kerana pokok mengikut persekitaran, bila tanam dlm pasu kecil, pokok membesar setakat besar akarnya. Pasu kecil, pokok pun kecil. Jadi mengeluar karbon oksida tidak ketara.

Selamat malam ❤



strategi minat membaca


Menyediakan sudut membaca mini buat anak-anak, ruang terhad, budget dikira di minda, sampai juga hajat. Moga anak-anak menikmati dan mendapat manfaat.

Berkurun membayangkan rak buku seluruh dinding, sebegini pun sangat bersyukur.. Apa persediaan atau strategi kawan-kawan untuk anak-anak menambah dan meluaskan ilmu? Kongsilah ☺ Letak sebakul buku atas meja memadai, inshaAllah. Contoh macam gambar di bawah.

Ada buku mestilah baca dan tanam minat dengan penuh galakkan. Memberi sokongan kpd anak-anak untuk berfikir sendiri. Cuba masukkan anak-anak dalam perbincangan tentang semua perkara dari buku, hal-ehwal rumah, makan minum hingga berita dunia.

Berusaha membaca sekurangannya sejam sehari, lebih pada hujung minggu, tidak terhad kepada buku, tetapi surat khabar semasa menunggu  majalah bila ada. Ini memberi informasi lebih luas, terkini dan penting.

Pada permulaan anak-anak mama membaca buku / komik pilihan sendiri. Baru ni ja mula baca readers digest. Ok nanti buat book review na.

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

taman rahsia /secret garden


Rahsia ada taman atau taman rahsia, bagaimana rasanya jika ada taman, menanam juga berseni, hanya penjagaan rapi dapat kecapi. Apa matlamat bercucuk tanam, secara ringkas? asal hijau, kalau boleh cottage garden, terdengarlah di telinga di sahut dengan perkataan hebat! (macam terlalu berangan)..
.
Bila ada tanah, lebih ke ulam-ulaman, herba, tomato cili ada jangka hayatnya, patah tubuh berganti? Betul, jatuh biji cili, kering jadi biji benih. Yang induk, mengering terus hilang.

Pernah tak da tanah, tanam tepi tingkap pokok penapis udara, tetap menguntungkan, ilmu ditimba juga, penemuan spesis, cabut anak pokok, cucuk ja di dlm tanah, bercambah. Pokok lidah biawak atau mentua, pokok duit pun tanda kasih sayang terhadap alam.

Langkah pertama, pilih matlamat taman atau kehidupan sudut atau dalam pasu. Kedua pulih sudut mudah di lihat. Jenis2 pokok ialah langkah yang ketiga kerana penjagaan berbeza, terdedah kepada matahari berapa lama.

Cuba sepasu, pasti tertunggu. Separuh tahun sudah berlalu, bersedia dengan pengalaman, pengakas for another 2nd half beneficial year. Armed with doas and equipped with experiences. InshaAllah.

Itupun ada yang cakap tentang jebon # mongoose . kerana pernah masuk sini. Satu isu utk diuruskan jugak. phew!

Salam pagi yang ceria, nyaman dan tenang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin