Pages

Showing posts with label eat clean. Show all posts
Showing posts with label eat clean. Show all posts

July 21, 2021

Stir Fry Sawi with Tamban Fish

Bahasa dan video seminit di bawah:) English version and one minute video below:)




-video tanggal sisik dan kelicap mandi air air con-


Find its funny when i have to translate the name of the fish. If i choose it in english i myself wont recognise it later haha.. I like to practice writing in english as  to improve it as well. Kind of tedious actually.  Ok we had stir fried sawi on 18 July 2021. The process took so long coz i took out the fish scales and bones as in the video. Manageable and had a good meal for break the fast, more green that night. Alhamdulillah. We still have  dried tamban fish. How should we cook it? Any idea? 


May we are loved and love others ❤️ 


Sawi goreng dengan ikan tamban. Bila nak menterjemah nama ikan tu pun nak tergelak sebab nanti tak kenal ikan apa pulak masa depan nanti haha. Berbalik kepada menterjemah nama ikan.. Saja latih menulis dalam inggeris untuk memahirkan juga. Terlalu meneliti, tak mudah sebenarnya,. Ok kami makan sawi goreng ikan tamban  pada 18 julai 2021. Memakan masa memproses tanggalkan sisik ikan, tulang dan kikis isi tepi2 sebab sayang hehe.. Terselesai dan Alhamdulillah dapat berbuka  lebih hijau malam tu. Ikan tamban kering masih ada lagi beberapa ekor, masakan apa patut buat? Ada idea ke? 


Moga kita disayangi dan menyayangi❤️

July 6, 2020

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin