Pages

February 19, 2016

senam ringan | light work out

Sedang terbaring di atas lantai depan TV,  baru lepas buat senaman ringan bersama Fadya. Lepak dekat bawah tadi sebab nak makan pie blueberry, pie nutella dan pie oreo. Pie-pie itu saya beli untuk beri kepada jiran tetapi Fadya kawal nak makan jugak. Tak teringat nak belikan untuk Fadya. Masa nak beli pun gagau dalam beg keluar RM20 ja. Semasa menaip ni Fadya cakap mama nak milk...
Ok Fadya dah masuk bilik. Saya click remote cari movie ok skit asyik love story semperna valentine kut. Susah nak tonton dengan budak-budak. Eh macam mengantuk pula. Nak tido. Ok cuba la buat senam dalam pic tu :)

Duduk di atas lantai, bengkok kaki, lutut di dada, jari tangan capai jari kaki, perlahan, regang atau luruskan kaki menghala keatas , imbang badan ke belakang skit, jongkang jongket rasanya tetapi balance berat badan atas dan bahagian bawah. Relaks di posisi ini, perut kuat untuk mengimbang, nafas, Selamat malam lots of love to you 😊😴

Night hand and leg stretch ~
balance on on your tail bone, -  
bend knees,
grab toes, exhale,
stretch out,
stay a moment.
breathe in the workout position,
feel how you feel.

Faiq Pemenang membaca poem |Winner Poem Recitation Kindy

Hari ibu tahun lepas saya dapat panggilan dari Teacher Faiq, terkejut juga terima panggilan pada hari cuti hari Ahad rasanya. Teacher kelas Faiq mengucap selamat hari ibu dan tahniah kerana Faiq terpilih dalam pertandingan membaca poem semperna hari ibu. Saya masa tu macam blur blur je kan sebab saya mendoakan Faiq ni senang pergi sekolah macam tu ja dan mengharapkan dia menimba ilmu agama dan balik membaca surah-surah sudah rasa bersyukur. Kira bulan hari ibu tu Faiq baru masuk 5 tahun. Penghafalan Faiq dengan surah-surah Alhandulillah tetapi saya ni asyik bagitau teacher hasrat saya untuk Faiq masuk sekolah Agama walaupun agak jauh dari rumah. 

Saya berterima kasih kepada teacher Faiq atas ucapan beliau kepada saya dan membawa berita baik Faiq terpilih. Saya teruja memberitahu en hubby tentang hal itu. Saya tidak terfikir apa pun, en hubby cakap hendak beli baju untuk Faiq kerana seluar kebanyakkan sudah senteng.

Selepas hari pertandingan itu, Teacher bagitau la pemenang iaitu Faiq mendapat tempat ke 3 dari 7 peserta. Teacher cakap juri serba salah hendak membuat keputusan kerana pertuturan Faiq bagus dan berbahasa inggeris  penuh yakin tetapi tiada langsung gaya atau body language. Jadi pemenang number 1 dan 2 jatuh kepada peserta perempuan kerana permakaian mereka dan gerak badan mereka. Betul juga saya pun tak terfikir begitu pun. Tak mengajar pula Faiq untuk lakukan apa pun. Biasa saja hari pertandingan tu cuma berdoa dan ucapan selamat berjaya.


Tentang entri ni pun saya tak terasa nak post, tetapi jika bersyukur  patut tunjuk penghargaan buat catatan kerana hampir lupa tentang hasil berdoa ni. dan kadang tu bila kegembiraan yang dikecapi tu ingin di simpan dalam hati ja. Oleh kerana ingin ingatkan Faiq dan diri tentang ini yang kami hargai kebolehannya. Hadiahnya juga tak tahu di mana sebab Fadya mahu simpan biasanya.nak juga post nanti. Dan video pertandingan itu di whatsapp.

Faiq juga menang tempat ke 2 untuk solat camp yang saya hantar musim cuti. InshaAllah nak post juga dan akan mendoakan Faiq menjadi Faiq seperti namanya dunia akhirat. Ahamdulillah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin