Pages

April 3, 2015

Sejarah berulang / moment repeats

english version below
Sejarah Faiq ja, diulangi oleh Fadya, sama style pula budak-budak ni, nak ke sekolah, bila nak keluar, terus kata "nak jumpa papa pulak". saya ni pula jenis cakap positif, ok kita jumpa papa tengahari, sekarang ke sekolah dulu...naik kereta sampai simpang Fadya tau simpang ke ofis papa terus cakap "nak jumpa papa" tunjuk simpang belok kiri, ok later, saya cakap sekarang jumpa teacher dulu...bila sampai kena la pujuk, dah tengok luar tingkap pula terkenang papa ke...


Parenting sangat la saya dengan sabarnya, doa lama teringat balik, Ya Latiff semua keluar dari mulut ni sambil tukar uniform pula, ikat rambut semua.  Bila jumpa teacher, teacher cakap good la datang awal, kena macam ni tiap-tiap hari siap teacher pesan lagi. Bila saya keluar perkataan apa yang rasa melambatkan ja, teacher cakap saya kena angkat ja Fadya tu. Saya ni suka pujuk dulu, bila nangis nanti Fadya yang rasa biasa nangis depan orang kan..jadi saya control itu dulu, lagipun Fadya berumur 3 tahun.


english version
I maintain conversation to keep on Fadya going to school, lead her to get what she wants later but let her know the main purpose of waking up in the morning is going to school. Reach at school she acted like this, slowly i persuade this 3 years old to school. She was ok when seeing her teacher. 

April 1, 2015

senam di meja kerja / work out at work place



http://img2.timeinc.net/health/img/mag/2015/03/yoga-desk-scale-up-122x122.jpg
Saya baru selesai bersenam mengikut senaman dalam youtube. Rasa best sangat. Saya google senam yang boleh lakukan di meja kerja dari health.com . yang penting dengan seluruh tapak tangan bukan dengan penggelangan tangan atau jari jemari untuk mengangkat seluruh berat badan ni. dan stomach muscle /otot perut tu kena bekerja jugak :))

Ok selamat mencuba.

thanks to
http://www.health.com/health/gallery/thumbnails/0,,20899500,00.html

 *dan mula ada seminar, jom join :)

March 31, 2015

3 bulan menjelir lidah / majalah pama


Pic faiq ni tak sengaja kut tunjuk lidah, posisi yang sama kami duk ambik pic jadi terpaksa la dia buat sesuatu kat muka dia. pic di bawah tu dari iG pama. memang sirius baby 2 bulan tunjuk lidah tu.

rindu this moment kan..sekarang kena larang ler  :)



March 26, 2015

Schemas kanak-kanak mengenal sesuatu

Sorry masih duk baca child development.


piaget's theory mengatakan makanisme penyesuaian mengisi ruang permikiran -  dimana kanak-kanak mengubah suai skema yang sedia ada iaitu kali pertama melihat objek.
sebagai contoh : kanak-kanak 2 tahun diberi tahu haiwan berkaki empat lembu memakan rumput dan juga diberitahu haiwan itu mengeluarkan susu. mulanya akan keliru dengan anjing tidak mengeluarkan susu. kanak-kanak dua tahun itu akan mengubah suai dengan makanisme penyesuaian dengan tambahan diberi seperti bunyi-bunyian, moo untuk lembu dan woof.

Macam Fadya memang masa nak masuk 2 tahun tu asyik tunjuk anjing bukan sebut anjing, asyik woof, woof, saya cakap itu anjing, dia tak sebut dog, setiap kali jumpa anjing duk woof, woof, saya pun tukar la percakapan, anjing di tepi jalan, berapa ekor, dua ekor. dari situ baru la look mama, two dogs are running, kalau nampak anjing menjilat, Fadya pun akan menjilat pipi mama ni...hai lagi advance. Tapi memang saya neglect dari tunjuk menunjuk dekat Fadya ni sebab dah pernah tunjuk kat Faiq kut. Tapi Fadya yang tunjuk kat saya. Jadi Teori Piaget ni kira applicable juga, ikut skema, lihat pertama kali, bentuk, pergerakkan, bunyian.



macam Faiq akan mengubah suai posisi senam yang lebih senang :))





Accommodation
The other process is accommodation, which is when a person modifies
existing schemas to create new schemas. For example, the same 2-year-old
child is now taught that the animal with a tail and four legs that she saw
on the field eating grass is a cow. She is also told that a cow gives milk,
which a dog doesn’t. She is initially slightly confused but makes adjustment
to her existing schema of a dog with this additional information. This
modification is an example of accommodation.

March 23, 2015

cara balas salam lebih afdal / right greetings


Duk baca Al-Quran terjumpa ayat di bawah dari surah an nisa :86 dan teringat kakak saya
pun pesan balas salam biar lebih dari kita terima waalaikumusalam warahmatullaahiwabarakatuh


When a (courteous) greeting is offered you, meet it with a greeting still more courteous, or (at least) of equal courtesy. Allah takes careful account of all things.

Malay

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.


March 22, 2015

Faiq's 3rd birthday

english version below

Dua tahun lepas, kami adakan makan-makan untuk harijadi Faiq. Kami tiada niat pun tetapi ibu mertua saya ingin menyambutnya secara kecil-kecilan sambil mengajar Faiq memotong kek itu sendiri. Kami bersetuju kerana kek birthday tu bolehla sekali arung untuk minum petang, lagipun MIL saya suka minum petang, jika di rumahnya kami biasa akan di jamu minuman petang. Jadi,  saya sediakan minuman dalam teko yang cantik,  hubby menyalakan lilin, ibu mertau mengajar Faiq kemahiran hidup iatu memotong kek :) Doa dan lagu kami mulakan. Saya terkenang masa ini kerana keberatannya saya adakan kek-kek ni dah untuk anak-anak tahun ini. Birthday Fadya baru lepas, jamu aiskrim ja kat dia, baju baru ada, hadiah ada. Alhamdulillah.


It has been 2 years ago, we did a small birthday party for Faiq. We didn't want to do but my Mil had insisted to buy a cake for the cut the cake ceremony. We agreed to do it at tea time as my mil is a fan of tea break. So I fix tea in a nice tea pot. My hubby had lighted up the candle and my mil had taught Faiq to use the knife to cut his birthday cake. We sang we cite doas as well. Love the small gathering and wonder when can we have this again.


March 19, 2015

pokok bunga dan pasar malam / gst



baru kumpul empat pokok bunga, dua bunga batang kuat tu, satu bunga kertas dan satu bunga dalam pic tu. semalam pegi pasar malam tak da pula orang jual pokok. tapi ramai berniaga, kalau saya belum isi peti ais lagi, saya beli ikan kat situ, kerana kagum kerajinan mereka, nampak fresh pulak tu. saya beli buah, memang mahal skit sebab peniaga pun nak shopping kat tempat gst juga, kalau bukan mereka sendiri, anak'anak mereka so better derang letak harga buffer. saya beli lebih skit bagi dekat adik duduk meminta sedekah.
saya memang bole bersedekah bulan ni sebab yuran sekolah anak, saya yang bayar :))  Alhamdulillah dapat juga contribute.

March 18, 2015

first time guna chopstick

me n my sweet junior


Pertama kali saya guna chopstick ni masa di sekolah Assunta, PJ, tak reti guna, dahla kawan-kawan duk ber i and u dengan saya, nak minta sudu garpu pun segan.  Tapi seorang kawan ni duk tolong ajar la juga, beliau duk subang jaya, sambil ajar dia cakap dengan saya yang kami makan bawah pokok atas rumput lebih senang pegang mangkuk dengan chopstick.. Suka sekolah Assunta ni ramai retis hehe.. ramai la muka dalam iklan tu terutama dalam majalah remaja.


March 17, 2015

senam kaki dan lengan / stretches pose

#downward #legforward #breathe #sweatandfresh


Fadya mula bersenam sejurus tikar senam terbentang. sebenarnya ingin duduk menikmati pokok-pokok bunga yang baru tanam hehe dan sambil teman hubby sedang buat rak dan mengecat sekali rak dalam pic bawah... tapi fadya spontaneous je terjun terjunam bersenam :) saya baru ja selesai bersenam ni dengan tonton youtube memang detox and light ja rasa. sebab serius dan focus, semasa pose berhenti sambil tumpu pada pernafasan bole berpeluh sangat.


bangga dengan hubby bole berjaya buat platform rak ni.
proud of hubby self made rack platform by solid wood.


March 15, 2015

habit membeli terkawal / fall for a watch

Dalam flight magazine ada jual jam, berkenan sangat
tapi saya beritahu kakak dan adik saya suruh tolong belikan :)
segankan bila tengok sesuatu, nak! bayangkan anak-anak buat perangai macam ni mesti saya tak suka. Jadi diam-diam ja la. Biasa tak beli depan anak-anak pun.

Desire to buy something similar that already have is hid for a sake of kids, hope it will come naturally for practical stuffs only.

March 12, 2015

mengenal kanak-kanak dengan reaksi mereka/get to know a child by his reaction/

 a bit of english below.
 
Saya ingin tahu tentang perkembangan Faiq di sekolah sebenarnya, saya nak tanya teacher dah rasa segan memandangkan Faiq dah nak masuk 5 tahun, saya biasa menganggap Faiq seorang yang dewasa. Dalam tahun ini cuma minggu pertama sahaja saya bertanya kepada teacher Faiq kerana terlalu teruja, sejak saya tahu Faiq sudah besar, saya bertanya sendiri dengan empunya diri ja...dengan bantuan buku yang saya sedang baca, saya sendiri cari idea, untuk dapat reaksi yang saya mahukan.. sebagai contoh saya baca surah ikhlas depan Faiq dan tengok reaksinya. Alhamdulillah Faiq sambung dan baca sama...kalau suruh macam kena soal siasat ni Faiq terasa dia di interogate macam kita ni polis hehe.. Bila pasang tv oasis pun ada doa dhuha...Faiq tahu...ini kebetulan tetapi saya terharu sangat rasa bersyukur sangat bila dia ikut baca doa dhuha di tv tu. memang syukur.  Faiq lipat baju sebelum letak dalam bag pun saya terpegun. Cara bersantai ja dengan Faiq ni. nanti ada parent teacher meeting bole dapat info lagi, inshaAllah :)

 
Perkembang kanak-kanak - satu study telah di lakukan ke atas kanak-kanak berumur 2 tahun, dengan memberi patung yang sengaja di putuskan tangannya, apabila kanak-kanak yang diuji itu angkat saja patung itu, tangan patung itu terjatuh, jadi penyelidik memerhati reaksi mereka sedih dengan mengatakan "Ow" Ohh, expressi menunjuk mereka berperasaan concern, risau atau peduli dengan belas kasihan dan ada daripada mereka ingin patung itu diperbaiki. - technique (Farver & Bransttter, 1994)




Fadya bangun melindungi abangnya, tak bagi saya marah kat Faiq, siap protect sambil cakap no, no, no macam dalam pic ni. saya marah Faiq sebab biar mata terbuka bila syampu rambut, jadi mata merah. reaksi Fadya menunjukkan ambil berat atau tak suka bising-bising kerana sedang tonton tv. sebab dari mereka baby, saya la suka berexcuse me dengan mereka sebab nak ajar hormat ni, tarik botol dari mulut pun berexcuse me, mama ambil botol k, sebab susu dah abis.. mmm  tengok  kali ni,  mama tak bole tahan bila tengok mata Faiq merah ...laju ja popet popet popet ...duk putih elok mata tu..jadi merah pulak.





In one study, 2 years olds' emotional reactions to harm that they thought they had caused were observed by asking them to take care of a rag doll that had been modified so its leg would fall off when the child picked it up. To make the child feel at fault, once the leg detached, an  adult, "talking for" the doll, said, "OW!"

Researchers recorded children's facial expressons of sadness and concern for the injured doll, efforts to help the doll, and body tension - responses that indicated remorse and a desire to make amends. - Child development book.


fadya n friends

tonton tv dengan kawan sederet dari kanan barbie, baby doll, toy cat, botol susu, ni tengok movie frozen
watching frozen with one stretch of toy friends

March 10, 2015

kids home alone with sitter / bila Faiq Fadya ditinggal.



they are good at sitting n make small talk with tok wan


saya tulis simple dulu tentang Faiq, bila kami nak makan luar, Faiq cakap, duduk kat rumah ja, makan kat rumah. saya terdiam tapi saya cakap Faiq kena makan bersama kami dekat ruang makan bukan didepan TV, sejak tu dia makan bersana kami, kalau tidak dia duduk sekejap lepas tu hilang naik atas.

Baru ni saya dan hubby terpaksa pergi business trip, kami keluar awal pagi, balik lewat malam, kami sampai, Faiq dekat pintu. cakap nak ikut, tak mahu duduk, kenapa mama papa pergi, duduk dirumah bersama saya. Sayu hati ni, Malam sebelumnya saya dah hint dengan dia yang saya akan pergi kerja esok. saya minta dia off aircond, buat roti choc, minta tolong bibik buat susu, jaga Fadya. Memang semua Faiq ingat, dia ajar bibik buat semua, minta air kosong tapi Fadya tunjuk jus tu jus ni, nasi nak kurang kari, nak ayam goreng, bibik bagitau. yang kelakarnya Fadya ajak teman minum susu minta bibik mengurut kakinya pulak. Sambil saya cerita kat suami, Fadya senyum sambil sua kaki pula.  maknanya dia pun dengar tu  Amboi mam madam sangat ni. :)

March 9, 2015

cincin pemberian boyfriend / ring from a boyfriend

love of the ring :) its about whether to take gift from a boyfriend unless you are ready to marry him.

sejak ternampak #dearme iaitu nasihat kepada hati muda diri sendiri atau advise to your younger heart tak sure pulak macam mana tah nanti google ye. Tapi berkenan nasihat kepada diri sendiri. (saya belum tengok youtube #dearme pun lagi)

Saya terkenang masa berkawan dengan boyfriend, emak saya tak bagi ambik hadiah apa pun dari boyfriend kalau tak kahwin lagi. Serba salahnya saya, suka ngan dengan dapat hadiah. kalau ambik bila break kena bagi balik rasanya. Eee susah jugak tu. Tapi ada hamba Allah cakap, dah hadiah, tak perlu bagi balik pun. Jadi pendapat saya, kalau betul suka dan niat nak kahwin, ambik dan nampak future tu tak jauh macam dua-dua dah ready tapi kalau nampak boyfriend tu tak ready, diri sendiri pun kelam kabut nak further study la apa la, better tak yah. kalau peminat jauh tak kenal beri, nak buat macammana kan hehe tu kira exceptional...eh tapi pemberi cincin ni, saya pun sangat meminatinya tau hingga sekarang, terima kasih Allah swt ♥

March 8, 2015

kapal terbang malaysia/malaysia airline

my love of mas airline,  first ecperience of toilet lining, and clean the sink before leave for the next user.


Dari tingkap kapalterbang AirAsia, saya ambil gambar kapal Malaysian Airline. Saya suka kapal MAS sebab cosy,  dilayan welcome drink macam tetamu datang rumah dijamu air dulu rasa kedatangan kita dialu-alukan kan. Tuala panas diberi. Pengalaman pertama saya mengguna pelapik toilet bowl ni dari kapal terbang MAS lah. Lepas guna bersihkan sinkinya biar kering untuk orang sekepas kita gunakan dengan selesa. Suka sangat caranya. Anyway, harga tiket lebih mahal jika terdesak, peranncangan awall boleh dapat murah. manakala airasia tak perlu fikir panjang harga bole la jika terpaksa. Sekarang managing director MAS ialah orang barat. Tun Mahathir berkata hak malaysia dah dambil alih jangan pulak negara, moga kita belajar bagaimana orang asing kendalikan operasinya yang diharap memajukan lah. InshaAllah.

March 3, 2015

Fadya's old mcdonald song :)

syukur tergerak hati nak ambik video fadya tengah menyanyi, bagi susu dekat kuda dan animals imaginary nya. sambil menari-nari.

grateful that i grab phone and filming Fadya in video while shes singing dancing and feeding her imaginary animals in old mcdonald song :) but there is a horse in her farm. :)

March 1, 2015

coffea coffee choc cake

tempat ni memang saya suka ajak hubby pergi sebab chocolate cake disitu menepati rasa. kesedapannya sangat memberi kenangan masa sekolah dulu. bila makan tu tinggal skit kat mulut supaya masih terasa kelazatanya esok :) eeeee :)(

purposely left the crumbs at lips for the taste of tomorrow, eeeeuuuw :)

February 27, 2015

Telling the World - Taio Cruz (HD)


our forest home's song stays on our mind became his song to me :)

Every part in my heart I'm giving out
Every song on my lips I'm singing out
Any fear in my soul I'm letting go
And anyone who ask I'll let them know
She's the one, she's the one
I say it loud
She's the one, she's the one
I say it proud
Ring a bell, Ring a bell
For the whole crowd
Ring a bell, Ring a bell
I'm telling the world
That I've found a girl
The one I can live for
The one who deserves
To give all my heart
A reason to fly
The one I can live for
A reason for life
Every part in my heart I'm giving out
Every song on my lips I'm singing out
Any fear in my soul I'm letting go
And anyone who ask I'll let them know
She's the one, she's the one
I say it loud
She's the one, she's the one
I say it proud

Ring a bell, Ring a bell
For the whole crowd
Ring a bell, Ring a bell
I'm telling the world
That I've found a girl
The one I can live for
The one who deserves
To give all my heart
A reason to fly
The one I can live for
A reason for life
Oe oh oe oh
Yeah yeah
Oe oh oe oh
Yeah yeah
Oe oh oe oh
Yeah yeah
Oe oh oe oh
I'm telling the world
That I've found a girl
The one I can live for
The one who deserves
I'm telling the world
That I've found a girl
The one I can live for
 The one who deserves

To give all my heart
A reason to fly
The one I can live for
A reason for life
Oe oh oe oh
Yeah yeah
Oe oh oe oh
Yeah yeah

Read more: Taio Cruz - Telling The World Lyrics | MetroLyrics

Read more: Taio Cruz - Telling The World Lyrics | MetroLyrics

February 18, 2015

fahami perkembangan kanak-kanak/ understanding child development

Fadya pandai memberi selingan keadaan
kepada kami. Bila dapat duduk dan untuk nkmati apa-apa yang kami inginkan ada selingan yang dilakukan oleh Fadya ni. di meja makan dia akan meminta aiskrim walaupun aiskrim tak ada., kalau buka laptop dia akan padamkan dan meminta tablet dipasangkanya apps mewarna. saya nakkan dia bermain seorang tetapi dia mahukan saya bersama. Fadya tak pernah minta handphone hinggalah tahun lepas  sejak saya kenalkan handphone dalam flight kepadanya apps buku cerita dan juga kids glow. dari situ fadya ingin buka storybook. jadi bila saya pegang handphone  saya akan cakap dgn fadya yang saya akan buat panggilan baru dia tak minta main. sekarang saya cuba atasi permintaan aiskrim tu dengan tanya beberapa kali tentang aiskrim pada fadya, baru mula ja ni,  fadya minta vege mungkin bosan dgn pertanyaan itu kerana saya ingin memberi bukan melarang. pic ini belum masuk 3 tahun, nasib ada tv dlm flight.


Teori Erikson mengatakan tentang perkembangan kanak-kanak seperti berikut

Stage 3: Early childhood  Age 2 to 6
Crisis: Initiative vs. Guilt

Description: Children have new-found power at this stage as they have more
developed motor skills and become more engaged in social interaction with
people around them. They begin to learn how to achieve a balance between
eagerness for more adventure and more responsibility, and learning to control
impulses and childish fantasies.

Positive outcome: If parents are encouraging, but consistent in discipline,
children will learn to accept without guilt, that certain things are not allowed,
but at the same time will not feel shame when using their imagination and
engaging in make-believe role plays.

Negative outcome: If not, children may develop a sense of guilt and may come to believe it is wrong to be independent.



my daughter fadya is a demanding toddler. We hardly sit down and emjoy whatever we do. she might have some idea for herself like asking for icecream where we dont have that. if i open a laptop she turns it off and bring the tab along and ask to swtch on the coloring apps. i rather let her play on her own but she would ask me to play along. she never ask for a handphone until last year. Dince i introduced it to her the interesting storytelling book and also kids glow in the flight while take off.. From there she wants to do with the handphone  when i hold it. and i would have tp tell her i want to make a phone call then she understands.


February 11, 2015

Surah Nabi Ayub menyembuh penyakit diberi oleh Emak

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

(Al-Anbiyaa' 21:83) |

Perkongsian blogger Nor Azimah iaitu blog Asam Garam kehidupan semalam mengingatkan saya kepada emak biasa menziarah pesakit akan dia tulis atas kertas depan pesakit itu dalam tulisan jawi, jika pesakit macam ragu dia tulis pula dalam bahasa rumi, kertas kecil itu diberi kepada pesakit tak kira pesakit apa tetapi ada yang teruk nauzubilahiminzalik.

Saya rasa bersyukuri bila jumpa balik pesakit-pesakit itu ada yang sembuh terutama yang disangka boleh hilang terus dan berterima kasih kepada emak dan beritahu kertas yang ditulis doa oleh emak akan dibawa ke mana mana dalam bag tangannya.

Emak juga sms kepada saya surah apa-apa yang dia rasa perlu. Dan sms pads pagi sebelum subuh for Tahajud. Saya google Surah nabi Ayub diatas. Ye emak saya mengaji sekolah arab petang, pagi sekolah orang putih dan pernah menghadiri kelad tliawah di UIA. Oh I miss and love her dearly, nak call emak sekarang :)






February 10, 2015

Suamiku / Hubby

hari ni highlight en hubby, seorang yang caring, saya sayang en hubby ni... he is God sent to me and for us. Biasa nak travel, atau ke mana pun saya suka menyenangkan beliau, terutama tentang budak nak suruh dukung sambil jalan tu yang saya suka elakkan. saya pun tak mahu. jadi kami selalu bawa strolller, sejak Faiq dah nak masuk 5 tahun rasa dah tak sesuai, Fadya menjadi mangsa tanpa stroller umur 2 tahun lebih. Jadi terpaksa la lepak atas lantai bila tunggu maktok wan pergi mana-mana seperti dalam airport ni


dah besar minum susu dalam botol sebab usaha untuk jaga gigi InshaAllah, kalau nampak gigi rosak risau pula dalam badan macamana la,  kalau jenis macam cousins derang ni breakfast cereal dengan susu tu ok la. ni minum dalam cup skit ja.

Ni kira stop kejap, pastu kena jalan ke shuttle, kalau ikut saya, nak ronda ke butik tepi tu, budak2 mesti ikut, rasa buang tenaga, better rehat.

Rupanya lepas masuk dalam flight, suamiku tak dapat rehat lagi, duduk kena bancuh susu..
fatherhood macam ni la, mama usaha tak mau ganggu pun terpaksa juga. Syukur. Thanks dear :)
papa deary dah bole rehat


semasa permandangan biru ni dan la rehat sat :)
opportunity to relax after tagged along with kids and fixed milk and all :)
.

February 9, 2015

blocks vs lego



Masa di Surabaya, kami tak bawa strollers, jadi Faiq  ada la buat letih berjalan ni, walaupun saya dah plan masa dalam kereta saya suruh dia tengok luar skit-skit ja pastu rehat, baring -baring, bila sampai ke destinasi dia segar.. Tapi budak endurance/ketahanan tak berapa panjang, sebab banyak berhenti hingga yang akhir masa turun dalam Mall Faiq buat liat liat. Saya dah risau tapi Faiq jadi cergas bila nampak  kedai Lego yang besar yang jualan pun jenis timbang ni. Saya tak suka beli terus bila minta ni sebab kena la buat rancangan budget semua dulu tapi en hubby, beli ja sebab budak-budak dah tolerate/ bertolak ansur sangat dengan kami, penuh sabar singgah tempat kurang sesuai untuk budak pun Faiq Fadya ok.. Saya pun bersetuju sebab first time, first lego. Faiq main sungguh dengan lego nya tapi sampai ke Malaysia banyak pieces hilang, saya sedih, macammana la Faiq tak jaga sambil bagitau lego tu mahal, Faiq duk jawab tak pa mama, kita ada blocks yang besar dan biasa ni...

when we lose pieces of lego Faiq said its ok mama I have played the lego already, and we still have bigger and normal blocks...

February 8, 2015

solution to selfie head to toe :)

this what Fadya did.
 Asyik nak phone jauh jauh tiba angkat kaki, terkejut mama.

February 6, 2015

Tanjung Bunga, Penang

View from Flamingo Hotel, Penang 2014.
Peaceful when woke up early as a bird, no traffic as yet.



Di pagi hari, jalanraya masih sepi. Permandangan dari hotel Flamingo Tanjung Bunga, Penang May2014.

February 5, 2015

Host Surabaya

Semasa kami di Surabaya, sepasang suami isteri yang baik hati yang melayan kami dengan baik sekali. Dari kami sampai di sana hingga hari akhir. Walaupun mereka akan ke Australia esoknya tetap memberi layanan kepada kami, bawa ke sana ke sini bersama super mereka. Semua pembelian dikeluarkan oleh mereka. Tak sempat sempat kami ingin membayar biasa sudah dibayar. Ada masa kami ingin membayar akan dipanggil cashier untuk mereka membayar.

Cerita emak tentang pasangan ini di Host oleh aunty dan uncle semasa di Malaysia.Ya Emak bapa juga ke Surabaya bersama kami. Ceritanya aunty dan uncle saya bawa mereka ke jeti kuala kedah kerana pasangan ini ingin ke langkawi. Aunty dan uncle cuma hantar di jeti dan mengharapkan mereka ada privasi berholiday sesama sendiri. dan berjanji akan menjemput mereka kembali di jeti yang sama nanti.

Lepas beberapa lama aunty dan uncle menyebut ingin ke Bali, pasangan cabtik Surabaya ini memberi tips dan info tentang Bali dan bertanya bila hendak ke sana, entah macammana terus mereka bawa aunty dan uncle  ke Bali terus semua kos ditanggung mereka. Aunty dan uncle menyesal juga kerana hanya tinggal mereka di jeti saja. itu la cerita mereka melayan Faiq Fadya sama rata kerana mereka perasan Fadya lebih di beri pethatian kerana masih kecil tetapi yang lebih ingin perhatian adalah Faiq. Faiq memancing di kawasan rumah mereka. memang puas hati  hubby cakap jarang dapat jumpa pasangan begini.

February 4, 2015

Teknik sapuan Sunblock/ foundation / Sunblock/Foundation application


Rasa puas hati pulak cara sapu sunblock yang di ajar oleh Beautician Aster Spring produk
Dermalogica, beautician yang comel dan sweet beranak satu..nak tulis nama tak ni...nanti tanya permission dulu :)

Beliau beritahu caranya dengan dap  tak sure pekataannya atau bukan sapu tapi di tekan tekan ja di muka..memang puas hati saya sendiri, memang rasa muka tak tertarik tarik, jadi saya apply untuk moisturiser pun macam ni.

Letak cream di bahagian jari-jari yang empat jari didekatkan,  sapu di jari jari tangan satu lagi, then tekan-tekan di kulit pipi  kiri kanan serentak hingga penuh. taraaaa jadi putih hehe...tu yang nak kan...ok tekan dari dagu ke atas...cream spf yang digemari saya sebelum ini ialah Neutrogena tapi sekarang dah guna produk dari syarikat saya sendiri :)) konsep shopping dari rumah sambil generate income ...hehe siap letak pic tahun lepas dengan pagi ni ...tapi tak smooth pula sebab nak cepat..



February 2, 2015

Ubah kuasa fikiiran / paradigm shift

Saya masih membaca 7 habits of highly effective people....

Saya fikir balik keluarga saya memang ada "survival attitude" kerana emak saya sebagai "Ketua  Kementerian... Negeri selangor" dan pernah dipromoted untuk ketua Negara pernah buat real estate. Saya sendiri menemannya ke Malay Mail untuk buat pembayaran iklan rumah di pesan melalui telefon dahulu.

Adik juga pernah bekerja di parkson grand dan butik jam terletak di hotel di KL sebelum menjadi graduan kejuruteraan dan sekarang tinggal di California.

Bila saya buat business" konsep shopping dari rumah", saya suka jika ramai ikut saya tetapi saya tak berani nak suruh orang ramai jaga kedai saya, tunggu orang datang kerana saya sendiri tak mahu. Itu la paradigm shift yang perlu buat. untuk ubah situasi mesti ada solusi pasti lebih menarik, kalau saya sendiri suka bekerja dengan syarat ada sijil. Dan sijil itu boleh jadi exemption for further studies ke macam tu..sebab orang Melayu advance skit.


January 29, 2015

Lion on the road / Terserempak dengan singa :)

english version below

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini mula dengan mudah dan teratur...penting bagi saya kerana biasa kelam
kabut sebab saya sendiri bukan jenis yang cekap buat kerja :) Semua dipermudahkan olehNya.

Hari ni ada sedikit masa, duk belek photo pulak, sempat jugak sembang dengan en hubby, tapi tak tau la dia focus ke tak sebab dia memang busy as bee kat work tahun ni walaupun hubby yang call...saja ajak dia pegi kelas senam...makin kurang masa kan petang2 sekarang ni...mmm

Belek harimau ni... kalau terjumpa la tak tau nak panjat pokok mana hehe...

Percutian paling menarik tahun lepas, sambil bercuti sambil buat business dengan orang Surabaya, yang penting kena buat, lambat cepat..nanti ditentukan olehNya. InshaAllah

english version here
Grateful to Him as the day started so smoothly and easy.. it is important to remember Allah has straighten the way for me, as I am only human not as expert in any matter :)

Today, has given more time to stare and search photos, get a chance to chit chat with mr hubby, but not sure whether he focused on me or not as he is busy as a bee this time around though he called...thought would like him to go for exercise...seems the time is limited in the evening..mmm

I looked at the lion on the road, if ever met up with this creature like this, which tree should I climb up first haha...

It was a great holiday with great mission, we did business with the local people in Surabaya, main thing to do, slow or fast, will see the outcome from Him. InshaAllah

January 28, 2015

Family photo umtuk art and craft

 english version below

Kami dapat email dari pengetua sekolah Faiq tentang hari seni dan kraft. Ibubapa perlu
sediakan gambar keluarga bersaiz yang di beritahu untuk hari ini iaitu hari seni. Dengan kesuntukkan masa, saya pilih gambar yang sedia ada di dalam Tablet. Kami tiada fotos lagi sebab telah dimasukkan dalam hard disk external. Saya terjumpa gambar diambil 2 tahun lepas bersama ibu mertua tersayang semasa pagi raya. Printer kat rumah, cartridge dah kosong, saya email gambar-gambar kepada en hubby dengan tiada pesanan apa pun, tapi dah pastikan en hubby juga sudah baca email sekolah Faiq. Saya email dua gambar, satu Faiq belum bersedia, dimana yang lagi satu sudah bersedia. Sedihnya, papa terpilih yang belum bersedia, mungkin tak perasan. Maaf saya buat versi inggeris, untuk mengingatkan saya juga tentang vocab dan etc, sebab tadi pun dah tak sure nak tulis ink ke atau cartridge :) kena practise balik.





We got email from Faiq's school principal regarding art and craft day. Parents need to prepare a given size of a family photo of a pupil for their art class. As so, i chose the one that already have in tablet. We don't have many photos now as we had transferred in the external hard disk. I found the photo taken two years ago with my dearest MIL during raya morning. Our home printer run out of cartridge. I have email them to my hubby without saying anything but made sure he is aware about the teacher needs it. I have email two photos, one is Faiq was ready for the camera, another one Faiq was not ready. Unfortunately, papa chose the one that not ready.


January 27, 2015

mahu pembersih udara / Air treatment system

english version below


Saya risau dengan kerja renovation rumah jiran, kerana habuk makin menebal di atas lantai
porch dan atas kereta kami. Saya bersyukur kerana ada pembantu menyuci dan memop lantai setiap hari. Walaupun itu sudah kami lakukan, saya masih rasa terdesak untuk membeli Sistem Pembersih Udara. Saya bincang dengan suami saya tentangnya. Keputusan belum hampir pun untuk membeli atau sangat memerlukannya kerana ia terlalu mahal, Saya bagitau en suami saya sanggup mengguna kad kredit saya untuk membuat pembelian sebab psikoloji tak boleh bernafas, lagipun Faiq sudah tak batuk jadi risau ia akan kembali.

Saya buat solusi sendiri, saya mop lantai bilik-bilik tidur, dan lap semua perabut serta tingkap setiap hari. Saya keluarkan carpet atau rug lantai. Saya bersihkan juga kipas dan penghawa dingin...makin rasa udara lebih segar. Sebenarnya kain langsir rumah jenis licin tidak memerangkap habuk, itu satu kelegaan juga.

english version


I have worried with my neighbour's house renovation, the dust piled up on our cars, on the floor of the front porch. I am grateful that I have helper to clean and mop out the dust away everyday. Though we have done that, I figure I desprately need Air Treatment System. I discuss with my hubby over it. The result just didn't came up to finally purchase it as it is expensive. I told hubby I would used my credit card to buy it as I could breathe and realise as Faiq just got better with coughing but still I would it might come back.

I made my own solution, I have mop the floor of bedrooms, and wipe the furniture cleaned everyday. I took out the mat or any carpet out. I clean the fan and the aircon as well...it seems it gets better. In fact the curtain material is the satin or organza type, that won't collect dust.

January 24, 2015

berbisik will miss you

Sebelum saya buka pintu kereta untuk Faiq pagi semalam, Faiq berbisik I will miss you mama kat telinga ni,
terharunya, saya cakap kuat bagitau en hubby, pastu saya relax balik, saya cakap, I'll miss you too, solat ok nanti, and pray for mama when you miss me. Faiq kata ok...

Jumaat lepas, saya jemput Faiq, saya tanya, berapa kali solat hari ni, sambil lewa ja Faiq jawab, saya tanya lagi, solat kan hari ini?, sebab sebelum ni Teacher cakap belum mula....

Faiq bisik kat saya, solat mama, Aaaameeeennnn.. Faiq buat macam lagu skit...imam
stand first infromt, the boys infront, girls at the back...adoi rindunya kat Faiq...sunyi juga, Fadya ke sekolah..macam nak Fadya jadi best friend mama huhuhu...no no...kena pegi sekolah semua ,Alhamdulilah.

gendong baby macam dalam pic tu yang sebenarnya kesian, sebab kepala tu pusing sebelah ja..biasa saya bawa stroller tapi kalau holiday terpaksa begini...

January 23, 2015

Jemputan Kelas Memasak



Kelas Memasak & Home Meeting
Anda dijemput hadir – Brunch/Hidangan sarapan disediakan / Meja kerusi, pensil dan kertas untuk keselesaan mencatat juga sedia ada. Masuk Percuma. Terima kasih. 
ClipArt

Tarikh :   Jan. 2015
Jam :       10:30am to 12:30pm
Tempat :  Business Hotel

Featuring Chef Normawati, menu : Nasi Hujan Panas, Rendang, Laksa Johor, Moist Chocolate Cake dan cara membuat roti Benggali. *Cara mudah dan sihat*


Kedatangan rakan blogger sangat dialukan..email

babypose@ymail.com untuk detail jemputan ini. yang ada 

whatsapp 

atau phone no tu sms je :) Tee Q.


 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin