Pages

February 11, 2015

Surah Nabi Ayub menyembuh penyakit diberi oleh Emak

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

(Al-Anbiyaa' 21:83) |

Perkongsian blogger Nor Azimah iaitu blog Asam Garam kehidupan semalam mengingatkan saya kepada emak biasa menziarah pesakit akan dia tulis atas kertas depan pesakit itu dalam tulisan jawi, jika pesakit macam ragu dia tulis pula dalam bahasa rumi, kertas kecil itu diberi kepada pesakit tak kira pesakit apa tetapi ada yang teruk nauzubilahiminzalik.

Saya rasa bersyukuri bila jumpa balik pesakit-pesakit itu ada yang sembuh terutama yang disangka boleh hilang terus dan berterima kasih kepada emak dan beritahu kertas yang ditulis doa oleh emak akan dibawa ke mana mana dalam bag tangannya.

Emak juga sms kepada saya surah apa-apa yang dia rasa perlu. Dan sms pads pagi sebelum subuh for Tahajud. Saya google Surah nabi Ayub diatas. Ye emak saya mengaji sekolah arab petang, pagi sekolah orang putih dan pernah menghadiri kelad tliawah di UIA. Oh I miss and love her dearly, nak call emak sekarang :)






13 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  2. surah nabi ayub ni memang bagus...terima kasih kak di atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Nice!..tx for sharing..;)

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing.boleh diamalkan ni.

    ReplyDelete
  5. PERKONGSIAN YG BAGUS NI..IZIN KAK COPY YER..TQ

    ReplyDelete
  6. Terpancar jelas mak seorang yg sangat prihatin.
    Tak rugi punya teman seperti mak ni.. syukur.

    ReplyDelete
  7. terima kasih perkongsiannya....

    salam singgah

    ReplyDelete
  8. Tetiba pun okje nak call mak huhu.... terima kasih doa tu BP

    ReplyDelete
  9. In shaa allah senang diamalkan, sebab pendek sahaja.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian doa itu..:)
    nak copy lah imej tuh.. senang sket nak hafal.. :)

    ReplyDelete
  11. ustaz sharhan pun selalu sebut doa nabi ayub ni bila sebut fasal penyakit..nampak pendek saja BP tapi nak istiqamah amal tu yg selalu buat saya tinggal..tq kerana mengingatkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin