Pages

January 26, 2016

Faiq Fadya main Fitting Room

Ni gambar lama menerai seluar besar  dibawah cerita menerai seluar kecik
Bila ada model kat supermarket pakai baju kecik ni, faiq fadya akan kata eee they dont feel shy. Saya cakap tengok lantai dan arah di tuju ja.  Begitu juga kalau di pantai atau di swimming pool, dua beradik ni akan cakap eee not nice the clothes. Pakaian mereka tak tutup maksudnya..

Tapi hari ni saya memang nak tido kan mereka awal sebab cuti panjang tu ada keluar dan jumpa mak tok dan tok wan mereka, sampai rumah pukul 10 malam.

Syukur bangun pergi sekolah mudah, moga esok pun sama. Petang ni saya keluarkan mereka supaya mereka tido awal. Rupanya masa saya nak solat, mereka dua beradik menerai seluar kecik saya, yang seluar kecik papa. Saya cakap relax ja, lipat balik dan letak balik bakul nanti. Faiq cakap now ke, terpulang la saya jawab...sebab memang letih hari ni nak marah pun. Bila sembang dengan hubby, kami nak tergelak la pula, saya pun catit dalam blog, sambil tonton tv.
ada pic fadya menerai baju mama tapi dalam laptop. Ni pun faiq ambil masa nak pakai baju lepas mandi, diubahsuainya baju tu jadi octopus
Post sebelumnya "faiq bersabar tengok air"

Faiq suka air | test the water

Minat anak-anak dengan air memang tak dapat dinafikan. Faiq Fadya suka sangat dengan air. Bila pesan cuma tengok ja air, mengaku dengan penuh memahami. Tetapi sebaliknya tak bole tahan pun.

Fadya masukkan kaki dalam air sikit demi sedikit. Basahkan jari jari lepas hingga ke lengan. Kalau ada makan-makan saya akan tapau ja, sebab dah tahu nak kena kejar nanti. Kami pula jenis malas la nak basah kalau plan nak pergi sekejap. Tak da la nak berenang.

Saya dah trust Faiq ni sebenarnya tetapi bila tengok dia dari atas dah seram sejuk. Duk buat gaya nak terjun ja. Bukan basahkan hujung kaki, atau jari jemari lagi, dah mula basah dari hujung rambut. Gelabah juga, nak jerit kuat ganggu ketenteraman orang, terpaksa la lari turun, walaupun nampak dia tertoleh macam dengan suara larangan. Post sebelumnya belaian ibubapa itu penting


belaian ibubapa | parents time

Papa dan Fadya (mini me)

Kadang sebagai ibu ni macam rasa nak biar ja anak berdikari. Atau ingin menaruh kepercayaan yang anak kita tidak akan buat sesuatu luar jangkaan. Masa Faiq umur 3 tahun tu saya suka biar dia sendiri, naik tangga sekolah pun sendiri tetapi saya perhatikannya dari belakang dan ikut sekali. Sekarang ni baru terhegeh nak pegang tangannya, nak ribakan Faiq. Dalam gambar bawah.
Fadya memang tido, Faiq senyum ja nak juga tido atas riba papanya  - tak da ruang dengan perut papa lagi :)
Bila terjadi begini, Faiq akan pandai bermain dengan kita balik, dia suka la duduk menjadi manja kadang tu tak mahu pun ada sebab panas atau tak comfortable dan dia dah besar katanya. Post ni saya nak cerita berkenaan apa tah,  maksud saya lepas budak berumur 2 tahun, lebih baik selalu membelai mereka. Ribakan mereka sambil membaca atau menyuap makanan. Anak-anak di belai begini akan lebih pandai bercakap. Lebih tenang. Kerana :

Semasa menyusu badan, mereka ini dikepit, jadi bila sudah tidak BF lagi, digalakkan membelai mereka semasa makan, minum susu botol atau bermain. Sudah tentu semasa membelai itu ibu akan bersembang dengan anaknya kan..semasa ini sangat berkesan pembelajaran pertama mereka. Kadang menangis walaupun dah bagi semua, mungkin teknik ni bole di amalkan (bila nak berenggang tu cakap la i'll be right back ke atau mama datang balik ke - ni style saya tu hehe)  Old fashion ja semua ni, cuma tak terbuat. Kadang tu rasa lebih nak cepat anak pegang botol susu. Tak payah dukung, letak dalam stroller tetapi masa umur terlalu awal. Jadi, baby wearing memang terbaik kerana dekat dengan ibu /bapa. Atau stroller yang nenghala ke tempat sorong tu. Ya yang baby boleh tengok ibu tu (buku psychology, child development, google). Bagaimanapun, keep supplications (doas), sebab ada hikmah juga jika tak buat, anak-anak lebih creative to live :) inshaAllah. Post sebelumnya sesi buat kek dengan faiq fadya





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin