Pages

Showing posts with label Fadyadairy. Show all posts
Showing posts with label Fadyadairy. Show all posts

February 25, 2016

Pulau Pinang | ETS

Jika ingin ke penang, senang ja, saya ingin catatkan di sini sepasang warga emas yang mengembara dari Petaling Jaya ke Penang. Emak saya risau bila bapa bangun pagi nak pergi ke Penang. Emak tak gemar berjalan jauh. Tiba emak call dah on the way ke Penang. Saya biasa hujung minggu ingin bertandang ke rumah  parents tetapi mereka dah berangkat ke KL sentral kerana bapa hendak menaiki keretapi laju. Bapa memandu sekitar KL ja. Bapa tak sabar nak naik ETS tu, syukur ada tiket keretapi biasa boleh la teruskan perjalanan ke Penang.

pakai mask atas ferry turun dari bahagian penumpang duduk ke dek kereta
Dari Butterworth, emak bagitau yang mereka naik teksi atau jalan ke jetty untuk naik ferry. Tak pasti.

Duk spot check
Sampai di sana bapa mahukan bilik hotel di Penang Road. Kami belum berada di sana, hanya menelefon ok ke semua. Bapa cakap naik keretapi nyek nyek tak boleh tahan badan  sakit sebab lambat nak sampai.

ada lukisan dinding di bahagian hotel
Hari yang ke 2 tu kami sampai, Faiq dan saya la teringin nak lihat bilik mereka di hotel budget. Emak tak berapa nak bagi sebab 2 beradik ni suka lompat atas katil. Saya pun risau, pesan kat Faiq Fadya hanya tengok dan duduk ja bila masuk hotel maktok.

Sembang dengan pelancung asing
Bapa seperti biasa suka nyakat terus cakap "Jangan lompat sebab nak tilam bersih". Pandai pula Faiq jawab, bilik saya pun ada katil dan tilam.
Sempat la puppy Fadya makan angin

Kami keluar makan di Padang Kota. Bila masuk dalam kereta, bapa tanya "Faiq ada dalam?  Jawab "present" bapa ajar Faiq bagaimana memberi jawapan kalau dalam kelas jawab "datang" atau "present". Faiq dengan cepatnya menanya tok wan ada present untuk saya ke?. Maktok dengar, berkata pandai Faiq tahu present tu hadiah lah.

Lepas makan mereka berbincang lagi bila nak balik sebab nak juga balik dengan ETS yang sepatutnya kena booking awal. Boleh buat di website easybooking pernah terbaca, belum cuba.

February 23, 2016

Tenang dengan Pra-Tahfiz

Semalam saya ada google mengatasi anak tidak mahu duduk di meja makan. Ada menyatakan, setiap individu lain sifatnya ada yang dari dalam perut dah kicking ada yang meniru kelakuan ibu bapa. Jadi hal ini tidak boleh memaksa. Tetapi ibubapa kena lebih kretif dengan setting meja anak itu, dan beri makan secepat mungkin baru biar main pula.


fadya sendiri yang bawa teddy bagi minum, saya suruh la duduk
Saya cadangkan kepada en suami untuk hantar Fadya ke Pra Tahfiz di mana saya nampak perbezaan Faiq dahulu lebih tenang di sekolah pra tahfiz itu. Setahun di sana sudah membuat perubahan hingga rasa terharu dengan Faiq yang lebih bertanggungjawab, caring.

rupanya bawa teddy jalan-jalan pula
Disebabkan bayaran permulaan yuran sudah dibuat saya akan survey camp cuti sekolah berkonsep tahfiz ni. Yang sebenarnya sekolah sekarang yang Fadya pegi ni adalah sekolah satu-satunya yang mengambil budak umur 3 tahun. Ada buku ada exam semua. Fadya juga faham mahu dapat 3 star untuk latihan yang diberi guru, jika tidak dapat dia sedih. Dia nak belajar supaya dia dapat 3 star cuma tidak duduk lama di tempat makan. Sekarang dah ada pra tahfiz umur 4 tahun, rasa berminat la.

February 22, 2016

nota hari ini | mendidik anak-anak dan diri

Sedang menunggu Fadya abis sekolah, hati membara juga sebab Faiq terlena ke atau buat lena saya tak pasti. Saya cuba kejutkan dia bila sampai tempat mengaji tak bergerak pula dia. Mainan ditangannya terjatuh. Nampak macam memang tidur ja. Saya teruskan memandu ke sekolah Fadya. Matikan enjin, turun tingkap sikit, duduk ja dalam kereta. Ada 2 buah buku untuk di baca iaitu Tafsir Al-Quran dan 7 Habits of effective people. Suka ulang buku 2 ni walau tak abis lagi pun. Dalam 7 habits tu tulis, contoh yang diberi tu orang rajin pergi ke surau atau masjid tetapi tidak bergaul atau sampai ilmu kepada orang yang tak pergi tu tidak manfaat kata penulis. Bagi saya tetap efektiv walaup3un beliau tidak memberitahu kepada sesiapa pun yang beliau pergi ke surau kerana beliau sudah mengisi surau itu dan efektiv kerana beliau menuju ke syurga, bermanfaat pada dirinya.

Sekarang Faiq yang inshaAllah akan ke kelas mengaji esok terbangun dan mengadu kepanasan. (Saya dapat agak tutup aircond pasti bangun). | Saya cakap minyak mahal kena jimat,  aritu mama duduk dalam kereta papa, papa cakap kena perlahankan aircond (tak berkenaan) kerana keretanya "hirup" minyak. Sekarang mama pun rasa patut matikan enjin walaupun papa cakap kereta mama tak "hirup" (perkataan umah ni :) minyak tetapi demi orang yang berjalan diluar rasa kurang haba dari enjin kereta juga mengurangkan pencemaran udara, lebih elok matikan enjin.
menunggu sambil menikmati pokok berbunga
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Surah Taha, Ayat 28

"Supaya mereka faham perkataanku; Surah Taha, Ayat 29

Rancangan anak-anak | kids planning

Bangun dan tidur balik pada hari hujung minggu itu perkara biasa. Dikejut oleh Faiq hendak bersarapan itu sudah pasti sebab Faiq sememangnya "morning person".

Saya mengarah saja Faiq menyediakan sarapannya, bermula keluarkan piring, sudu dan sebagai letak di atas meja. Faiq ikut saja malah lebih tahu mengisi air minumannya, meyediakan roti semua.

Saya pun turun rasa simpati pula dengan Faiq, hari cuti lah dapat menikmati sarapan dengan tenang, tiada bergegas seperti hari sekolah. Sampai saya di bawah, ternampak, barang-barang lain pula tersiap di ruang tamu iaitu khemah, bakul untuk berkelah picnic basket, float, ada didalam gambar tu. Saya pun terkejut tak sempat nak ambil gambar, yang ada sudah diubah-ubah takut terkotor dengan makanan cheese pun diletaknya. Tetapi memang itulah penyediaan Fadya untuk bercuti rupanuya, Fadya want to go beach. cakapnya.. Fadya sambil keluarkan piring letak dalam bakul tu, sebenarnya semua di letaknya, saya keluarkan takut terlupa, bersemut pula nanti.

Sebelum hujung minggu tu, en hubby ada bertanya nak ke mana ke hujung minggu ni, saya cakap nak la tapi Faiq sekolah betul ni risau la dia letih hari isnin. Dulu masa dia kindy berbayar, memang tak kisah. Kurang displinnya, ni dah sekolah dan inilah sekolah harapan hingga 6 tahun lagi, nak seelok boleh untuk melaluinya.

Emak dan bapa pun biasa bertanya berjumpa ke tidak hujung minggu, sudah tak semudah tahun sebelum ini, kerana saya menjaga kebajikan amboi kebajikan pula si Faiq ni, Biar dia segar bugar hari Isnin inshaAllah kalau boleh. Tetapi saya mencari solusi juga untuk bersama dengan tokwan maktok mereka, kerana hari Ahad emak ada call untuk sembang walaupun beliau tiada mention apa-apa cuma bertanya "apa rancangan nanti"?. di atas tu mesej yang lama saya simpan kerana sejak beliau guna smartphone dah tak tahu nak sms pula. nanti nak ajarlah bila jumpa. mesej yang simpan ni sebab ada tag sehati sejiwa tu yang comel tu, macam emak ni orang Facebook atau twitter atau instagram pula :)) Abeang tu orang utara kan abeang kok (kakak) hehe..


Dan taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. 
-Surah Maryam  Ayat 14-


February 18, 2016

komunikasi anak | kids communication

Tak sangka tiba bulan feb lepas cuti cny dah mula sibuk sikit. Mungkin sekolah pun dah bagi homework, petang anak-anak ada kelas ngaji. Anak-anak mengeliat untuk buat sesuatu. Saya sedang mencari solusi juga untuk atasi kerenah semua ni. Saya bertanya ibu kawan Faiq, seorang SAHM, surirumah, suaminya seorang Doctor dan ketua klinik kerajaan di sini. Bincang dengan beliau, boleh kah bertegas dan memaksa anak-anak umur 4 tahun ni supaya lebih cepat urusan semua. Dalam buku child development dan psikoloji perangai (behavior) kena adakan sistem, budak-budak akan ikut. Tu la saya adjust keadaan untuk Faiq la yang penting kerana tahun depan Faiq akan masuk sekolah Agama sebelah petang, itu memang kena displin. ok akan diperbincangkan entri yang lain:)

1 year plus say no to the cake with a smile
Dari kecil lagi Fadya pandai menolak tawaran.
Bukan tak nak lagi tak suka terus
Sudah belajar untuk berkata tidak kepada apa yang tidak di sukainya melalui gerakkan badan.
Tok wan main main bagi ibu jari pula ofkos tak nak dan toleh 360'
Sekarang juga begitu tetapi dengan ayat pula. Saya terangkan kami kena cepat untuk ke kelas mengaji dan mama tinggal Faiq dan Fadya di situ, lepas itu papa akan ambil. Dia cakap tak boleh pegi sebab Fadya akan rindukan mama. Itu yang jadi lambat untuk Faiq yang sudah patut pegi awal ke kelas tapi ambik masa bernego dengan Fadya. Masa depan mungkin nak tinggal atau angkat ja dia masuk dalam kereta. Semua menerlukan tenaga, bila dia tak happy dalam kereta jadi susah sikit.

Ni 2 tahun masa dah letih, cabut macam tu
Itu lah cara Fadya, bila di pujuk, dia akan buat. Masa ambil dia, dia happy, nak peluk, lama kelamaan dia merungut dia ditingalkan. Dia cakap tak boleh pegi papa. Sekarang saya dah ingat Faiq pun cakap jangan pegi, jangan tinggalkan kami masa kami terpaksa pegi kerja dari subuh hingga 12 malam/pagi esoknya. Esok pagi panjang la percakapannya.

umur 1 tahun lebih tak nak wake up untuk hantar Faiq
Bila lihat gambar-gambar Fadya memang dia ada pendapat sendiri dan berkata tak nak dengan cara tersendiri. Walaupun saya sudah memahami, saya masih melakukan sesuatu supaya urusan kami berjalan dengan lancar InshaAllah.

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

January 26, 2016

Faiq Fadya main Fitting Room

Ni gambar lama menerai seluar besar  dibawah cerita menerai seluar kecik
Bila ada model kat supermarket pakai baju kecik ni, faiq fadya akan kata eee they dont feel shy. Saya cakap tengok lantai dan arah di tuju ja.  Begitu juga kalau di pantai atau di swimming pool, dua beradik ni akan cakap eee not nice the clothes. Pakaian mereka tak tutup maksudnya..

Tapi hari ni saya memang nak tido kan mereka awal sebab cuti panjang tu ada keluar dan jumpa mak tok dan tok wan mereka, sampai rumah pukul 10 malam.

Syukur bangun pergi sekolah mudah, moga esok pun sama. Petang ni saya keluarkan mereka supaya mereka tido awal. Rupanya masa saya nak solat, mereka dua beradik menerai seluar kecik saya, yang seluar kecik papa. Saya cakap relax ja, lipat balik dan letak balik bakul nanti. Faiq cakap now ke, terpulang la saya jawab...sebab memang letih hari ni nak marah pun. Bila sembang dengan hubby, kami nak tergelak la pula, saya pun catit dalam blog, sambil tonton tv.
ada pic fadya menerai baju mama tapi dalam laptop. Ni pun faiq ambil masa nak pakai baju lepas mandi, diubahsuainya baju tu jadi octopus
Post sebelumnya "faiq bersabar tengok air"

January 25, 2016

membakar | cake activity

 why u break the eggs, the hen will be very sad
Bila ada mood untuk buat cake ke, terus ja ke dapur, check telur ada ke tak. Rumah ni jarang ada telur sebab asyik nak buat telur ja untuk lauk untuk sandwich memang jadi malas ja sebab cepat kenyang dengan telur dan mudah penyediaannya. Tapi kalau tak da telur, pandai pula cari jalan buat salad, nasi goreng sayur, grilled ikan cepat-cepat, rebus sayur buat ala teppanyaki tu. Ok panjang pula tentang telur.  Sebenarnya, bila nak membuat kek, budak-budak ikut sekali. Faiq tu suka main dough sebab kami tak pernah beli playdoh lagi. Saya tengok Fadya suka masukkan apa-apa dalam mulut, itu masa toddler tapi jadi phobia pula.

Ok bila saya pecahkan telur ja, Faiq cakap "mama chicken will be very sad when you break the egg". Saya tak sempat la nak cerita apa pun, its long story about it, nanti mama story bila cake dah masak. Yela sebab statement tu , ayam sedih sebab mama pecahkan telur tu, susah nak respons.

Itulah cerita dua beradik bersama berborak tentang apa tah..sempat la ambil gambar untuk kenangan :)
Post sebelumnya "Jom bersenam / work out"

January 23, 2016

manfaat dari pokok | plant n reap

Fadya 4 years old 2016
Memberi tugasan kepada anak-anak juga salah satu cara membina sifat tanggungjawab dan mengambil endah sistem hidup. Menanam pokok, saya sangat menyukai sebab kehijauan menceriakan suasana dan ruang. Anak-anak pun ada pokok masing yang tanam sendiri. Faiq ada pokok aloe vera, bila nampahk anak pokok aloe vera dah tumbuh Faiq cakap "Oh so cute the baby plant". Memang terkejut juga dia ada perasaan mesmerising, teruja begitu sekali, mentang mentang mama sebut "anak" kut.

Tanaman dalam botol menjadi hiasan rumah termurah untuk saya. Botol minyak zaitun atau botol sparkling ribena ni, saya sayang sangat terutama olive oil bottle tu. Fikir punya fikir itu lah terjadi pokok dalam botol, dan digantung lebih menarik pendapat saya.

Faiq is assigned untuk siram pokok dalam botol manakala Fadya dalam pot. Memang tak perlu belajar pun, hanya siram dan pastikan tidak melimpah dan tempias atas cabinet. Fadya biasa akan kata "i cant reach" tak sampai, Faiq yang mula dulu sebenarnya. Menanam /menyiram pokok ni kira dah dapat manfaat at instant dengan segera , iaitu sihat memandang dan juga memperolehi oxigen :) Apa lagi yang dapat dari sesuatu yang bermanfaat serta merta selepas memberi ? :D
Faiq 5 year old - pic tahun 2015

January 22, 2016

Faiq di pagi hari | morning Time

2015 - 5 years old

Hari ni Faiq tanya kenapa kejutkan dia masa dia masih bermimpi, i want to see what happened dalam mimpi tu. Esok saturday, biar dia bermimpi katanya.  OK hari ni nak cerita lain tapi catit juga apa ya berlaku pagi tadi. Bersyukur dah abis seminggu, Faiq Fadya happy pergi sekolah. Semalam dapat playdoh dalam plastik tchr gave Faiq said sambil berlari dan peluk mama. Saya lambai kat tchr macam menegur ja thanks la tu hehe. Seperti biasa dia akan bercerita apa yang berlaku kat sekolah, sambil bertanys ants, grasshopper in bahasa is? Nak cakap dengan kawan esok. Bila fikir balik sepupu-sepupu Faiq semuanya sekolah swasta, baik anak sbsng baik anak kakak. Rezeki Faiq ni bersekolah cantik, kawasan nyaman, pencapaian kena tengok kat memo board kut. Yang penting Faiq happy di sini, suka tchr tchr muslimah biasa dia cakap tudung tchr cantik dan cita cita Faiq nak jadi khalifah, itu jawapan nya walaupun bersekolah kebangsaan. Pic di bawah tu saya check dia pakai seat belt tak.

2016
Dari tahun lepas lagi Faiq ni bangun awal , sampai kat sekolah dalam 7:20 tapi tahun ni 7:15 macam tu. Tahun ni Fadya pun pegi awal, sekali arung menghantar mereka ni.  kalau terlalu awal bersiap, papanya akan duduk duduk baca buku bersama, buku main main ja pun. Tak serius. Dalam  pic  atas ni masa tahun lepas. Tahun ni sempat juga duduk tunggu Fadya duk mengeliat-liat siap ke sekolah. Alhamdulillah Fadya pegi sekolah juga walau masih pejam mata sambil bersiap. Hari ni saya tak jemput Faiq, bila jumpa dia tanya mama pegi service kereta ke? Sebab Jumaat schedule lain la :)

January 21, 2016

banana split | pisang terpisah

Aiskrim adalah makanan kegemaran Fadya masa dulu, sekarang makan tak abis. Kami tidak perkenalkan pun. Faiq lah mulanya masa dia kecik suka panggil yogurt tu aiskrim. Tak pastilah sejarah yang sebenar, mungkin Tokwan pun suka aiskrim, cucu pun ikut kut. Yang jelas saya pun terjebak. Faiq ni pula suka suka ja nak perhatian cakap nak aiskrim juga. Bila sampai di baskin robbins, banana, penjual tu tanya "banana split".?  Yeah banana split not icecream. Penjual tu baik hati, bagi free je kat Faiq.
Mom and daughter had icecream, son had only the banana at icecream parlour
Saya rasa dah datang kedai aiskrim kenalah beli aiskrim walaupun pisang tu terpisah terus dari aiskrim. Terpaksa lah kami, mama doter makan aiskrim bersama, si Faiq terasing di atas kerusi dengan sebiji pisang sorang sorang.

susu kambing | Remedy

Sesedar saya tak pernah minum susu kambing, baru ada sekotak kat rumah ni. Bersyukur, setiap kali dapat meminum susu yang Nabi saw juga minum. Keep calm ok yang tak minum sebab kita makan dan minum yang didapati di negara kita dulu. Susu lembu juga dariNya. Susu fresh milk kami dapat percuma, rezeki dariNya juga  jadi saya tak beli lagi susu omega. Kebaikkan susu ni boleh hilangkan toxic rupanya, bila google termasuk la susu unta boleh menyembuh penyakit lagi. Baru dapat menikmat susu kambing , nak kena cari susu unta pula.

Ringankan minda dengan berdoa semasa menyediakan makanan untuk keluarga dan diri sendiri. Lebih baik amalkan ini kerana Faiq minum air kosong ja yang di selawatkan jugak bila ingat, Fadya la dah minum susu fresh tanpa perasa. Dalam gambar tu dia conquer la benda manis manis ni sweet tooth dia ni.  Ye baru ni saya pegi pasar malam ada penjual susu lembu segar, tak beli pulak sebab penyediaannya kena mendidih betul2. Dulu emak memang order susu segar ni. Tah la napa tak beli hari tu..

latihan menulis | faiq writes

Saya nak pastikan Faiq boleh menulis dengan saiz yang sama. Saya tak pernak check atau buat latihan dengannya. Saya rasa puas hati bila Faiq boleh hafal surah-surah untuk umurnya 5 tahun. Tetapi menulis sama penting. Ya Faiq sekolah pra-Tahfiz tahun lepas, tak da homework. Cuma homework menghafal ada video nanti saya share.
A Happy Fat Cat
Tahun ini saya panik bila lihat penulisan Faiq, umur nak masuk 6 tahun menulis kecik besar. Ni 3 minggu lepas. Belum buat latihan, saya ambil video Faiq menulis, hanya suruh begitu ja dengan suara perlahan ikut ja buku mana-mana. Saya bercakap perlahan sebab Fadya terasa saya terlalu fokus dekat Faiq. Dia pun nak baca buku, baca A for Apol, B for Bee, kuat kuat... dalam video ni sebab nak perhatian juga. Hasil tulisan Faiq tu 3 minggu lepas, en hubby suruh practice lagi.


January 19, 2016

berlakon semasa tonton | acted outta tv | tentang saya & emak

 Fadya watches and saves, Faiq prints out
Tonton tv salah satu medium anak-anak saya belajar perkataan, vocab atau expression. Cara ini tak berapa efektive. Ada cara lain, nanti saya cerita di tempat yang sama di waktu yang lain :) Sebab hari ni nak catat tentang Faiq ni bila tengok tv dia berlakun sama. Saya memang teringin nak ambil foto/video faiq sambil tengok tv sebab dia pun lari atas bumbung macam dalam cerita Tangled tu.

Ye dulu kami ambil peluang rehat ja tapi sempat juga ambil pic di atas tu. Fadya duduk memahami manakala Faiq melompat berlakun jadi kuat macam aktor dalam TV tu.

Masa saya karang post ni, cuaca sangat panas en suami dah nak balik, muka sangat berminyak. Tambahan pula saya baru lepas bercakap dengan emak saya, beliau minta saya tolong contact adik sayasebab dia cuba tak berjawab. Emak sangat merindui adik saya yang berada di luar negara. Emak cakap kakinya lenguh. Kakak suruh emak gi spa, tapi tak da masa, emak kesian bapa tinggal sorang. Emak beritahu kakak pegi spa kat mutiara damansara, (teringinnya saya hehe) bagi cantik, kakak pegi waktu suaminya kerja. Cakap spa bagi bersih Tu yang saya rasa selekeh ni sebab panas muka berminyak ni. Nak cuci muka dekat sinki. Ok sambung lagi ye. (Draft tadi)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin