Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

July 21, 2021

Strawberry Chocolate / Coklat Stroberi

Bahasa dan video semint di bawah :) English version and one minute video below :) 



Diluar tupai bermain ke bergaduh, Alhamdulillah sempat videokan



The sour strawberies could be fixed with in many ways. If ever seen strawberries sold at the hut or in the grocers, just stop and buy. Depends on your instinct, feel like eating or let it past by. I never had to worry whether its sweet or sour as it is easy to make it yummy to indulge. One of the way is to cut them in sizes as desired, pour about  1 or 2 teaspoon of icing sugar and mix. Ready to eat. But this time around i was eager to go out and get fresh air, threw the edible for all to eat like some snacks in a tray, hersey chocolate sauce for  strawberry dipping. Pick it up and we are out yes out but still inside the fence. Yeah still in lockdown ma.. Saw squirrels were playing or fighting, lucky to film it in video. 


Deep Breathe outside.. Inhale.. 


Stroberi yang masam boleh dimaniskan dengan berbagai cara. Kalau ternampak stroberi dijual di pondok atau pasaraya, jangan khuatir tentang manis atau masam sebab senang ja nak bagi sedap. Salah satu cara, potong stroberi sesuka besar mana, letak gula icing sebanyak 1 atau 2 sudu, gaul rata. Sedap di makan setelah siap. Tapi kali, tak sabar nak cepat sebelum hari gelap, saya masukkan makanan ringan yang rasa semua makan, letak dalam talam, termasuklah sos coklat hershey untuk dimakan dengan stroberi terutama untuk adik 

Angkat talam, langkah keluar, masih dalam pagar na.. Lockdown la sangat.. 


Bernafas mendalam...bila di luar.. 

May 20, 2016

catitan dairy | anak dan susu serta pertuturan

Alhamdulillah hari ini Faiq diperkenalkan susu segar. Sambil disua susu tu, mama membebel la jugak sebab Faiq dah besar, takkan nak minum susu botol kut. Kalau boleh nak cuba susu bancuh dalam cawan tetapi biasa la tak sempat. Keluar dua kotak susu putih, satu lagi susu bercoklat. Pilihan Faiq yang susu asli. 

Semalam ada baca  entri di blog www.bubblynotes.com tentang kanak-kanak pelat. Saya tinggal komen yang saya pernah bagi anak-anak saya nyanyi alif baa taa, Alhamdulillah kerana saya rasa semua pergerakkan lidah ada di alif ba taa hingga ya.. saya kurang pasti jadi saya masukkan disini supaya rakan blogger memberi pendapat. Dengan baca blog Farah bubblynotes juga, saya buka youtube alif baa taa ternampak senam soleh dan solehah, Fadya sangat suka hingga terlompat dan lakukan hingga abis hehe.. 

Terima kasih blogger Sis PI tinggal komen di sini, Maaf saya hanya dapat singgah di blog Sis PI http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/?m=1 saja tapi tak dapat tinggal komen. :(

April 5, 2016

Syukur ada tempat menumpang

Alhamdulillah saya dapat mesej dari kakak tersayang yang beliau boleh menjaga anak-anak kalau kami hendak ke umrah. Beliau minta bagitau awal kerana beliau pun perlu bincang dengan anak-anaknya dan abang ipar jika tarikh berselisih dengan rancangan mereka.

Beliau cakap pergi umrah dan suruh saya pasang niat, itulah, pegi umrah tu ambik masa 2 minggu juga. Ustazah pun pesan pegi sendiri suami isteri dulu. Macam tak bagi bawak budak-budak tu :)

Seperti biasa saya ingin juga hendak ke tempat tidak jauh yang ambik masa satu hari satu malam ni, saya main main bertanya emak saya la untuk letak budak-budak ni, emak cakap boleh cuma  risau tentang tangga di rumah beliau ja. Dalam foto Faiq fokus tonton tv, kalau..

Fadya ni budak yang tegas jugak, kalau nak main tu memang ajak betul-betul. Tarik seluar Faiq pun muka relek ja. Kalau Faiq tak nak ke apa, merajuk..kalau siapa tak faham, susah jugak nak pujuk.

Pernah jugak saya tinggal budak-budak ni, saya sediakan stamp pad barang stationery yang baru untuk Faiq, magic ink yang baru highlighter...saya cakap kalau budak-budak buat hal, keluarkan barang ni satu-satu,..siap ada strategi tu :)

March 11, 2016

Bertukar Tips semasa sarapan

Assalamualaikum wbt,

Catatan hari ni ialah nak crita hari ni keluar breakfast dengan kawan saya. Mulanya nak breakfast ja tetapi singgah beli daging, ayam dan pulut durian berlainan tempat. Baru dapat Breakfast nasi dengan paru goreng, berdesert lempeng kelapa. Minum nescafe tarik nipis. Bersembang, kawan saya hendak kan tips dapat anak perempuan. Saya segan nak bagi tips dah lupa, dah lama dapat Fadya, lagi pun kawan saya ni ahli sains tanya saya hal saintifik macam tak sesuai.saya share juga jika ada salah tolong tunjukkan

Tips saya
Sebelum subur adalah untuk dapat anak perempuan
kerana sperma lelaki jangka hayatnya pendek tetapi laju.. jadi keluarnya sperma lelaki berenang laju, tetapi tak kan jumpa telur.. kerana belum subur lagi

Sperma perempuan jangka hayat panjang, tetapi perlahan...jadi akan berenang dengan perlahan hingga bertemu telur pada hari subur. 2 hari sebelum subur itu adalah untuk cuba baby girl

Baby boy kena betul-betul hari subur.

Saya catat di sini kalau-kalau ada rakan blogger boleh perbetulkan teori/sainstific diatas kalau salah.

Tips 2
dengar atau baca Surah Maryam untuk anak perempua
manakala untuk lelaki Surah Luqman
Surah Yusuf anak hensem atau cantik.

saya juga dapat tips dari kawan tak sabar juga nak discuss dengan en hubby

tips dari kawan.
Sejak anaknya bersekolah, beliau keluarkan astro, cuma ada njoi, beliau bagitau sangat lega.. rumahtangganya amboi rumahtangga,  lebih aman kerana lebih mudah uruskan anak-anaknya. berjadual lebih teratur, anak-anak juga lebih fokus dengan aktiviti mereka. Anaknya juga top 5 seluruh kelas di sekolah faiq, tapi anaknya dah sekolah rendah.

InshaAllah
gambar hiasan -fadya

January 21, 2016

susu kambing | Remedy

Sesedar saya tak pernah minum susu kambing, baru ada sekotak kat rumah ni. Bersyukur, setiap kali dapat meminum susu yang Nabi saw juga minum. Keep calm ok yang tak minum sebab kita makan dan minum yang didapati di negara kita dulu. Susu lembu juga dariNya. Susu fresh milk kami dapat percuma, rezeki dariNya juga  jadi saya tak beli lagi susu omega. Kebaikkan susu ni boleh hilangkan toxic rupanya, bila google termasuk la susu unta boleh menyembuh penyakit lagi. Baru dapat menikmat susu kambing , nak kena cari susu unta pula.

Ringankan minda dengan berdoa semasa menyediakan makanan untuk keluarga dan diri sendiri. Lebih baik amalkan ini kerana Faiq minum air kosong ja yang di selawatkan jugak bila ingat, Fadya la dah minum susu fresh tanpa perasa. Dalam gambar tu dia conquer la benda manis manis ni sweet tooth dia ni.  Ye baru ni saya pegi pasar malam ada penjual susu lembu segar, tak beli pulak sebab penyediaannya kena mendidih betul2. Dulu emak memang order susu segar ni. Tah la napa tak beli hari tu..

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

January 16, 2016

Fadya's milk / kuku, rambut, gigi

English version below


Fadya minum susu anmum, bukan favorite atau pilihannya. Kami memilih anmum sejak Faiq lahir lagi diberi sample susu. Lepas bf, kami pilih anmum kerana murah dan senang didapati kedai biasa.

Alhamdulillah Fadya sesuai minum susu ini. Kadang saya berfikir dua kali nak beli apa-apa untuk saya kerana anak-anak masih minum susu ni. Jadi saya juga beli susu untuk anak-anak yatim. Saya beli yang jenis tepung supaya tak senang rosak. Tempat sedakah tu ambil beras dan tempat letak barang sedekah tu diluar, panas, risau susu fresh milk dalam kotak rosak.

Kadang tu ada yang tanya saya, susu apa yang bagus. Saya berpendapat dengan pemerhatian ibu terhadap anak seperti rambut, kuku, gigi tubuh sihat, inshaAllah susu dan permakanannya baik. Jika anak dah toddler tetapi tidur berpanjangan tu kerana tak cukup tenaga kerana kurang makanan.

Untuk gigi, jika tak sempat berus tu, saya srntal dengan kain lampin sebab kain kasar ni dapat cuci gigi dengan jari.

Untuk rambut ada toddler rambut kurang tu jangan risau kerana dengan sikat seperti biasa dapat keruk kulit mati yang memberi ruang untuk rambut baru naik subur. InshaAllah. Post yang lepas meringankan fikir dan menjimatkan tenaga



fadya's favorite is anmum #milk  til i think twice to buy anything for myself other than milk but i buy milk to the orphans
some asked me what milk that is good for kids. my answer check on the babies nails and hairs and skin, fast growing, healthier is a good sign

as for teeth depends on individuality, but to maintain is a need to brush n food intake too. for my kids i used napkin with harsh thread to clean their teeth.

some  said their babies not much hair, i think its good to still comb the scalp to remove the old cell and give space for hair to grow.

January 12, 2016

Heran gemuk /wonder why fat

Saya dengan suami ni duk sembangla tentang nak kurus. Saya cakap tak percaya la bole kurus kalau asyik makan ja. Bila diet mungkin boleh. Yang sebenarnya dalam hati rasa heran knapa saya gemuk. Makan skit ja, mungkin kerap kut. Gemuk tu memang kat perut, lengan semua.
Dalam pic ni nampak saya berisi. Tudung tu saya tiru audrey hepburn, hehe..

Saya cuba exercise headstand pun susah ja. Dengan pertolongan pun susah ja. Satu hari tu saya ternampak website tentang program diet ni. Rupanya salah satunya tak boleh minuman dalam kotak ni sebab banyak perservatives. Perservativ atau ubat tahan tu tak boleh dihadamkan, jadi akan pegi ke perut peha atau lengan. Saya minum jus oren ni sejak fadya suka minum air warna. Sebab tu yang duk abiskan kami dua la. Faiq minum air kosong. Sejak baca website tu saya terus tak beli jus oren dalam botol atau kotak. Bila stop seminggu. Boleh rasa isi tu lain la, gemuk isi la bukan flabby. Lama skit saya cuba buat headstand baru boleh. Sejak itu saya bagi fadya minum air kosong atau minum mlm tu yang ada vitamin tapi tak selalu la, atau blend oren segar.

January 11, 2016

sand castle / istana pasir /perkembangan budak2.

Beriadah untuk mengasah motorskil Fadya, kerana caranya memegang pensil tu salah. Faiq Fadya pun suka main pasir. Lebih lebih lagi Fadya pandai cakap dengan papa yang dia suka istana pasir, Adya like san casel..sebutnya macam berloghat skit. Saya risau juga Fadya cakap sof sangat ada yang terbalik, contoh "mouse" dia sebut "sious"  ni tahun lepas. baru ni baru cakap mouse. Saya suruh sebut Bismilah. Kalau panjang saya risau dia malu tak tahu sebut. Jadi saya suruh cakap Allah, Bismillah, Auzubillah. Harap ada improvement, InshaAllah. Saya buat teori sendiri sebab Faiq kan aktif tapi bila sekolah hafazan dia lebih tenang.

Saya tak pasti nak hantar Fadya ke sekolah hafazan sebab jauh skit. Hari pertama sekolah saya tanya Faiq, teacher tanya apa. Faiq cakap tanya my name. Saya tanya lagi "tinggal di mana, tinggal di rumah". Baru teringat belum ajar lagi tinggal di mana ni. Kalau english dia cakap tinggal di malaysia. Aaii..terus negara pulak.
Baru seketul istana

November 1, 2014

Olive oil / minyak zaitun


botol kosong minyak zaitun dijadikan vase bunga yang dipetik oleh anak-anak / empty olive oil bottle recycle as vase for flowers picked by kids

Sejak Faiq batuk malam adalah mulanya minyak zaitun ni menjadi bahan keperluan di rumah. Dari umur 2 tahun lebih lagi, ada rakan en hubby jual olive oil ni cakap boleh menghilangkan batuk, syukur.Jadi saya cuba la letak dalam masakkan terutama untuk Faiq, lama kelamaan untuk sekeluarga. Kalau nak lebih elok letak selepas masak. Sebetul ambil satu sudu teh lagi bagus tapi Faiq ni tak suka makan macam ubat.. Lagipun masa Faiq baby, dia tak suka minum air masak, bila diberi air kosong lagi batuknya dibuat-buat. Jadi cara diatas la sesuai buat masa ni. Tapi Faiq dah besar ni baru minum air kosong air manis tak minum langsung, walaupun begitu, minyak zaitun tetap diamalkan. Alhamdulillah♡♥

english version
not sure how it started olive oil became our main household. i could guess when Faiq cough at night. luckily, mr hubby's friend who recommended it as he said proven coughs cured.since Faiq 2 years old we family take olive oil in our food preparation. It is better to put it after cooked meal or best take it solely per yea spoon but Faiq do not take this as medicine. Faiq exagerated coughs when given plain water when he was a baby, as he grows he takes only plain water, not at all sweet colored drink. Thus, olive oil remain as daily intake.

September 4, 2014

in heart to remember/tips dapat anak

Terima kasih blogger NA mengingatkan saya untuk update blog, kebetulan mulai hari ini saya lebih lapang untuk buka PC, baru semalam cakap dengan en hubby, boleh la berblog selepas beberapa isu sudah selesai, lega :)

Saya mengingati seseorang sebenarnya, dan bersyukur dapat mengenali beliau, Masa saya masih belum ada anak, saya pasang ja telinga bila beliau menceritakan pengalamannya inginkan cahaya mata.

Simple je, sebenarnya, saya rasa Dr Gyneanya dari  Medical Centre terkenal juga, sangat ikhlas memberi solusi, hanya berikan kit Kesuburan / Ovulation Kit boleh di dapati di kedai farmasi, kit ini seperti check pregnant tapi check hari subur. Untuk menambahkan kesuburan, beliau mengambil Iron Folic dari saya, atau sebelum itu dari dealer Amway lain.

Dalam kit itu mempunyai cara dari A-Z untuk concieve/ untuk hamil. Termasuklah bilangan hari ke berapa hari subur itu dalam bahasa pun ada.
google pic

Bermakna Dr Gynea beliau sangat pemurah dengannya dan tidak perlu charge check up lain walaupun beliau sudah mencecah umur 40 an. Saya bersyukur  mendengar ceritanya dan teringat akan kit ini semasa sudah bersedia mengandung dengan itu wujudlah En Faiq...:) Alhamdulillah. Tetapi iron folic kena diganti dengan asid folic bila sudah hamil.

I miss her <3


March 22, 2014

Speghetti laksa johor/focus

English version below
Alhamdulillah Faiq 2 tahun 4 bulan masa raya, makan sendiri. Faiq ni memang fokus, kalau makan, dia makan dulu lepas tu baru main. Mungkin sebab masa baby kami letak kertas putih yang di lukis dot dot berbagai design untuk dia tengok. (nasihat seorang rakyat america sebab tengok anak dia focus sangat).

English version
Thank Allah that Faiq 2 years old 4 months during raya, he ate by himself. He is a focused boy, if he eats, he eats first. After he finished he starts to play.
Maybe because while he was a baby we put paper which drawn dots with many designs on it for him to look at. (advice from an american because we see his kids)



March 19, 2014

Untuk anak dapat 8A

English version follows later
Untuk yang terlewat menelaah sebagai contoh dapat nombor akhir dalam kelas masa tingkatan 2 dalam peperiksaan akhir dan gagal hampir semua matapelajaran.
Boleh bermula seperti di bawah

1. Hanya berbahan media bertulis seperti surat khabar, jika ingin sedikit hiburan sekali sekala bole baca majalah atau buku cerita. (tiada TV, handphone, computer)
- disarankan berbual dengan anak dan minta anak cerita balik apa berita yang dibaca. (Kecuali ada subjek computer)

2. Buat kerjasekolah, jika tiada, buat latihan matematik di dalam buku latihan bergaris supaya senang ibubapa semak, jika ibubapa ada masa bole check di buku latihan. Pasti buku latihan dipenuhi dan pastikan beri buku baru bila habis.

3. Jika letih kerana ada latihan sukan, beri motivasi bahawa sukan untuk mencergaskan lagi cerdas minda bukan meletihkan.

4. Untuk yang memberi alasan tak faham, tak reti buat, suruh buat darab bertulis dalam buku latihan, disarankan parents check sambil main teka teki, kalau anak lambat jawab, bermotivasi dengan hafal darab, mempercepatkan lagi menyelesaikan matematik.
Jika banyak yang rak faham, tanya yang mana faham, buat yang tu dan suruh ajar kawan yang pandai matematik. Minta tukar pendapat dari situ.

5. Pembelanjaan harian ditulis dalam buku nota kecil.

6. Sentiasa ingat sebab sentiasa ditulis apa patut buat mengenai sekolah di dalam buku note.

7. Kerja rumah kurang tapi latihan sekolah lebih, bacaan dengan cerita balik apa yang dipelajari.

8. Bila banyak alasan, suruh buat karangan atau essay, baca Al-Quran dan Tafsir.

9. Jika ingin sesuatu, suruh buat budget/ belanjawan. Budget masa juga, ada berapa hari lagi nak exam, nak cover apa lagi.

10. Puji selalu, minta pendapat anak untuk membuat sesuatu contoh nak jalan makan angin ke mana. Beri beg yang diisi dengan buku untuk dibawa jemana pun seperti dah ramai berhenti mesti buka fon, tapi biar anak buka buku.
Balik  - minta anak buat karangan lagi.

* seeloknya meja baca disediakan, air masak disediakan. Kamus; dan tafsir Quran juga diletakkan di atas meja.

Alhamdulillah yang dah berjaya menggunakan tips ni. Dan inshaAllah.

March 27, 2013

Komunikasi dgn bakal suami/communicatio wt grooms to be

...english version below. Tnanks :)

Situasi pertama yang sudah ada bakal jodoh.
Kawan saya selalu bertanya mcm mana la dengan bakal suaminya ini, bila di tanya tentang kahwin, jawapannya tanya Tuhan, asyik2 sama ja jawapannya.

Jadi saya cerita tentang kawan saya yang lama berkawan dengan bakal suaminya yang sangat mengambil berat tentangnya, weekend keluar bersama-sama membeli barang keperluan rumah masing-masing. Kawan saya kematian ibu, memang rasa beruntung ada bakal suami menemaninya kemana sahaja. Tapi bakal suami ini tidak pernah ajak kawin atau bercakap tentang kahwin, bila ditanya jawapannya Tanya tuhan ada sebut pasal kos tinggi lagi bila kahwin) Kawan saya pula menasihati si bakal suami tu macam makcik2 untuk masa depan si bakal suami dimana ini salah. (Sila jadi bakal isteri yang manja..bekelakuan baik supaya diikuti tanpa berhujah untuk memberi peluang si bakal suami menjadi lelaki yang gentleman)

Jadi nasihat saya padanya...bila bakal suami call, cakap "nak keluar tapi ahli keluarga datang atau ada hal, roomate minta tolong...
Bila bakal suami pelawa nak jemput dari pejabat dan hantar ke rumah singgah minum makan (bestkan?;) tapi cakap bestnya tapi ada hal keluarga...(hal diri sendiri pun hal keluarga atau hal personal pun) mesti bagi sebab nak keluar tapi tak boleh dengan "sebab" diberi bersama...biar dia nampak message yang kita sampaikan "mahu tapi tak boleh" "suka keluar dengan dia tapi ada hal keluarga" penting beritahu yang kita mahu dekat bakal suami (direct), seronok dengan bakal suami beritahu dalam telefon saja :) mesti bagi sebab nanti dia ingat kita elakkan dia.

Saya juga suggest pada kawan supaya biasakan bersama keluarga. Telefon biar "on" untuk bakal suami call. Sebab kawan tinggal bujang...jadi biar bakal suami tahu walaupun tinggal bujang tapi masih ambil peluang untuk bersama keluarga. Dan sekali-sekala cakap "mahu kahwin bukan jom kahwin atau bila nak kahwin)

Jadi kawan saya buat aktiviti dengan keluarga, bawa bapanya yang kematian isteri bersiar-siar di hujung minggu tapi bagitau bakal suami seronok lagi keluar dengan dia tapi tak boleh. Dari situ, bakal suaminya ajak kawin sebab kawan saya sememangnya mahu ...sebab berkawan dengan berhasrat hendak kahwin tapi susah jumpa...Alhamdulillah...dah ada anak satu dah ...

moral cerita - bakal suaminya tinggal dengan family, bila groceries ada orang teman rasa tak sunyikan...balik rumah ada keluarga adik semua...tak terasa perlu kahwin tapi bila tiada kawan lepas kerja, tiada kawan makan kat luar..balik seorang diri dalam kereta ( barulah dia fikir perlu kahwin)

Desire, direct, destiny.
with love,
Baby

.

First situation of a friend who already has the future husband

My friend told me that her future husband refused to speak about marriage, when she asked him about marriage, he would answer "ask God". as if he didnt want her to get frustrated.

Im going to share more about a friend of mine who has a future husband who is caring, company her wherever and even doing groceries together for each of their homes. Her mom died and her dad lives alone outskirt of the city. For having a future husband to company her is more than grateful. Obviously the future husband has no intention to get married as when asked the same answer came out "ask God" sometime mention marriage is costly'. This makes my friend to advice him like elderly aunties which is not right (Please be a romantic future wife, act nicely to be followed without words).

My advice to her, when the future husband call and ask out, excitedly answer, I want but I can't because family matter or personal matter, mention reason is good.

When the future husband offers to pick-up and send you home, and stop for dining sounds nice right but say, wow i want but I can't my relatives something.. it is important to convey the message that you want but you can not because you have something came up. Tell him that you enjoy going out with him but you can't go out with him because your relatives come or you need to work for family, please tell the reason so that he didnt think he is avoided. (once in the while mention that you want to get married not say lets get married or when are we getting married but I want to get married).

So my friend made activities with her dad in the weekends, but tell the future husband it is more fun to go out with him but she cant...so now they have a kid already..Alhamdulillah.

moral of the story - the future husband lives with family, so at home he will never feel lonely but to do groceries alone is not nice, going back home alone and no one to have dinner out with, makes  hime feel the need to get married with the one who cares for him.


mahu, mohon, makbul,
salam sayang,
babY


Harap kawan2 yang disayangi, boleh berkongsi bagaimana hendak berkenalan dengan bakal suami :) Saya rasa saya boleh kongsi untuk post akan datang :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin