Pages

Showing posts with label powerparenting. Show all posts
Showing posts with label powerparenting. Show all posts

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

January 13, 2016

kids thinking about toys / fikiran fadya dgn mainan /tips

Saya kenalkan gadget kepada Fadya masa umurnya nak masuk 3 tahun. Terpaksa bagi masa tu kerana dalam flight. Biasa saya tengok ibu yang bersama anak bagi susu untuk mengurangkan pressure di telinga. Ada yang bagi lolipop. Bila Fadya 3 tahun, nak bagi susu pun dia dah minum, terpaksa bagi tablet. Boleh la bertahan juga la,  dia tak berjalan sana sini.

Sekarang ni dia suka la tengok you tube, kalau game tu macam educative yang ada dog atau cat. Saya cakap dengan Fadya kalau tengok tab, kena tutup tv.
Tapi fadya cakap kuda-kudanya dan harimau singa yang teratur dalam gambar ni duk tengok tv. Budak-budak pun caring kat toys kesayangan mereka..

January 12, 2016

Faiq's school / sekolah Faiq

Pagi-pagi lagi Fadya dah nak pegi beri makan kepada kucing. Kami terangkan pagi pegi sekolah dulu. Ok fine fine..ni ikut abang dia ni. Kami hantar Faiq, hari ni saya ikut sebab en suami cakap tiap hari Fadya tido dalam keta. Saya ikut supaya saya bole tunggu fadya dlm keta dan en suami boleh hantar faiq ke pintu kelas. Rupa-rupa fikiran lelaki lain, imamku cuma hantar di pagar sekolah ja, tak pagar pun, turun buka pintu Faiq, ok you can go, go you know the class kan..ok Faiq, Assalamualaikum sambil lambai tangan.

Saya kat tingkap keta ni duk laaa... meh mama hantar, yg en suami masuk dalam kereta. Terus nak drive ja. Saya ni duk cakap risau semalam sejam ja Faiq suakenai dengan teacher. Dah la tak pakai uniform lagi. Takut guru-guru tak kenal faiq budak mana, sesi mana. Tak boleh jadi, risau ja..lepas hantar semua. Saya pegi ke sekolah balik, minta masuk dengan guard tu, guard cakap jangan risau lepas pagar sekolah kami jaga. Saya masuk tengok Faiq ada, lega Alhamdulillah. Syukurnya perancangan Allah itu lebih baik. Saya sempat terharu bila lalu jalan ke sekolah Faiq ni cantik sangat.
The best permandangan macam dalam calender. Kalau saya ada duit pun tak kan ada sekolah cantik macam ni ini baru jalan masuk. Allah bagi the best untuk Faiq. Alhamdulillah

January 10, 2016

kids story teller / amboi ada pencerita

Suka Faiq mendengar cerita dari storyteller papa siap bertangan macam haiwan liar tu hehe... ala puppet show pun ada. Aktiviti bercerita atau mendengar cerita ni hanya terjadi ja. Kalau saya alert dapat la ambik gambar. Kalau saya lega dah ada imamku tengokkan budak-budak saya ambil peluang buat kerja lain. Sekarang ni duk mengajar Faiq tulis tarikh, hari dan namanya yang panjang tu hehe..Faiq bole tulis tapi asyik tanya "is that right mama" jadi mama tak bole pegi jauh mmm.. itu pun baru ja beli papan hitam baru bersemangat nak jadi teacher ni. Selepas breakfast pagi tadi, keluar tengok2 luar, terkejut ada biawak, mungkin dah ada banyak ikan guppy dalam pot air tu.

ok yall duk masak apa untuk tengahari ni..:)

January 3, 2016

Fadya eats at the table / Fadya duduk diam sekejap

Macam-macam diminta Fadya waktu kami mula makan. Cakap elok-elok, sekejap ja dia duduk, bagi tablet, dia tengok berapa minit ja. Lepas tu tah fikirannya nak apa tah la. Macam Faiq pun sama masa 3 - 4 tahun. Sekarang dah memahami. Tapi hari ni saya marah Fadya, kenapa tak nak duduk tadi, dia cakap dia aiskrim  Ehhh saya dah tanya sebelum duduk lagi nak aiskrim ke tak, dia cakap tak mahu sebab nanti dia batuk dia cajao sambil berlakun batuk. Saya bising lagi esok tak boleh ikut lagi. Kalau nak ikut kena duduk, janji. Fadya cakap janji. Kadang tu saya cakap mainan kegemarannya pun ingin makan bersama. Sempatla kita org makan..

Feeding stuffed toy mmm

Caitan dari hati...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin