Pages

April 29, 2016

Aktiviti Mengira

Belum sempat beli lagi icecream stick yang disyorkan oleh rakan-rakan blogger. Saya buat dengan lukis jari dulu. Lepas sekolah, sampai rumah Faiq bersedia untuk bermain dulu. Tak tahu la apa yang di mainnya dengan ultraman. Nak ajar tido nap tengahari tahun depan kelas agama pukul 2:30pm takut terbiasa pulak. Bila diajak duduk buat latihan, memang ada kemahuannya. Ini ja yang saya bagi dia, soklan ala ala tahun 1.  Dah suap dengan jawapan untuk membiasakan mengira dengan jari, saja letak kosong.

Faiq buat latihan ni macam tak fikir apa pun sebab tersedia jari dalam kuantiti berjumlah nombor. Terus ja buat. Saya pun naik heran la jugak. Saya tanya kat sekolah dah belajar ke?. Faiq (6 tahun) cakap kat sekolah dah belajar tapi guna batang pensil warna. Untuk kosong tak payah tanya katanya, amboi kena la kira dari kosong.
No.2 tricky skit :)

Ni ada soklan belum di buat, kut la ada nak print.

Untuk Fadya saya buat yang bergambar. Saya dah agak dah bila ada gambar tu Fadya tertarik kepada gambar. Kurang fokus ke nombor. Yang banana in pyjamas ni boleh lipat jadi satu atau dua, boleh la tanya secara lisan pula hehe..
Sebab itu untuk Faiq buat jari, tak menarik tetapi faham kegunaannya. Yang Fadya pula cakap lain kali lukis harimau.. Ha dah jadi latihan zoo ni..
Arnab ni pun boleh lipat. Itu saja usaha mama, tapi dalam sharing whatsapp suruh bertawakkal  dulu baru usaha. Wallahu'alam.

PS ada buat jari belum berjumlah untuk Faiq tick/pangkah untuk mengira. Nanti share. InshaAllah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin