Pages

April 29, 2016

Aktiviti Mengira

Belum sempat beli lagi icecream stick yang disyorkan oleh rakan-rakan blogger. Saya buat dengan lukis jari dulu. Lepas sekolah, sampai rumah Faiq bersedia untuk bermain dulu. Tak tahu la apa yang di mainnya dengan ultraman. Nak ajar tido nap tengahari tahun depan kelas agama pukul 2:30pm takut terbiasa pulak. Bila diajak duduk buat latihan, memang ada kemahuannya. Ini ja yang saya bagi dia, soklan ala ala tahun 1.  Dah suap dengan jawapan untuk membiasakan mengira dengan jari, saja letak kosong.

Faiq buat latihan ni macam tak fikir apa pun sebab tersedia jari dalam kuantiti berjumlah nombor. Terus ja buat. Saya pun naik heran la jugak. Saya tanya kat sekolah dah belajar ke?. Faiq (6 tahun) cakap kat sekolah dah belajar tapi guna batang pensil warna. Untuk kosong tak payah tanya katanya, amboi kena la kira dari kosong.
No.2 tricky skit :)

Ni ada soklan belum di buat, kut la ada nak print.

Untuk Fadya saya buat yang bergambar. Saya dah agak dah bila ada gambar tu Fadya tertarik kepada gambar. Kurang fokus ke nombor. Yang banana in pyjamas ni boleh lipat jadi satu atau dua, boleh la tanya secara lisan pula hehe..
Sebab itu untuk Faiq buat jari, tak menarik tetapi faham kegunaannya. Yang Fadya pula cakap lain kali lukis harimau.. Ha dah jadi latihan zoo ni..
Arnab ni pun boleh lipat. Itu saja usaha mama, tapi dalam sharing whatsapp suruh bertawakkal  dulu baru usaha. Wallahu'alam.

PS ada buat jari belum berjumlah untuk Faiq tick/pangkah untuk mengira. Nanti share. InshaAllah.


16 comments:

  1. rajin sungguh BP mengajar faiq n fadya mengira..insyaAllah ada usaha ada hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Kakak dulu tak rajin macam BP. Biasa kakak beli aje buku. Macam-macam bentuk ada pilih ajelah. Dulu buku kira-kira mudah macam ini murah tak tahu sekarang..

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat, betul tu KA pun selalu cari jalan & cara terbaik utk memudahkan pembelajaran anak2, bg mereka mudah faham kan

    ReplyDelete
  4. smlm pergi taska Luth. cikgu suruh sign, mcm rekod belajar lah...
    tak sangka umur 3 tahun cikgu dah start ajar...ikut luth 3 tahun pun belum..pakai pampers, isap susu mak lagi tu.. boleh cikgu tu ajar mewarna semua.. nanti luth besar sikit harap mak dia ni rajinlah mengajar luth macam ni.. budak2 sekarng cepat betul perkembangan..

    ReplyDelete
  5. wow bagus xtvt mcm nie

    ReplyDelete
  6. Fair, you better bukak tadika lah, ai tgk you kreatif dan ada byk idea...ai seyes ni, bukaklah nnt ai keje ngn you, he he..

    ReplyDelete
  7. bagusnya idea ni BP, saya puntak buat macam ni setakat beli buku ja

    ReplyDelete
  8. Agak agak Faiq tertipu tak soklan no 2 tu....

    Cuba ajarkan si Fadya guna jari jer BP mcm soklan abg dia tu.....Advanced sikit kotnya dia pun ok...


    ReplyDelete
  9. Selalunya kalau ibu rajin mendidik anak2 dari rumah anak2 mesti pandai. Insyaa Allah Faiq dan Fadya boleh lakukan.

    ReplyDelete
  10. Bila nampk gmbrnya baru anak2 kita faham..baguslah macam ni

    ReplyDelete
  11. wah bagus juga buat latihan macam ni kat aira...

    ReplyDelete
  12. budak2 lg sng igt bila bljr cmni...mak pulak yg kena over creative cenggini..

    ReplyDelete
  13. usaha y bagus..
    kt mmg kna tahu cara nk pikat ank minat belajar n formula y sesuai utk ank kt..esp matematik ni.. fsya skarang tgh blajar darab.. kna ajar sambil nyanyi2 nk bg dia faham..hehe..

    ReplyDelete
  14. bagus buku tu, siap ada gambar sekali memudahkan anak2

    ReplyDelete
  15. Comelnya lukisan tgn tu.kreatif betul..sy tidaklah serajin ini.hehe..thumbs up

    ReplyDelete
  16. terbaik ni BP. tahniah kpd BP.
    aida sama mcm yg lain, beli buku ajer.
    lgpun lukisan aida x cantik :) ha ha ha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin