Pages

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

April 21, 2016

umur 6 tahun guna kalkulator?

Mamanya yang buat lawak tau tajuk tu, Faiq nak kata suka dengan matematik tak pasti, bibir tak semanis gula masa buat latihan tambah ni. Yang mengajar pun baru belajar mengajar, cuma tahu kira duit ja heee..

Cuba sedaya upaya juga untuk tarik minat Faiq duduk buat latih kerja ni. Sebelum tu ajar ada 9 toys tambah lagi 5, suka la mengiranya. Makin lama dah tak cukup jari. Kalau rakan blogger ada teknik lebih mudah boleh sedekah caranya..saya tak galakkan kira dikertas lain, sebab nanti banyak menulis. Saya buat jari kertas yang di salut plastik seperti gambar di bawah, inilah calculator hehe... Faiq teruja sampai abis satu muka surat juga.

Sebelum tidur, semasa nak ucap selamat malam, Faiq bagitau nak bagitau sesuatu.  Faiq bagitau matematik ni panjang/lama mengira mama, tersentuhnya hati ni, saya memaksa ke, asas je kan..

Saya cakap nanti kita buat perlahan-lahan. Tetapi darab Faiq cakap dia suka sebab hafal, lagi satu cepat sebut sama jugak / equals tu cepat. Buku latihannya bernombor besar juga, jadi asyik ulang mengira nombor nombor tu.......semasa saya draft entri ni, saya tanya Faiq nak baca buku cerita atau nak menulis, tak berani sebut matematik tau. Faiq jawab nak buat matematik. Terkejutnya, minat jugakkan, patutla nak tido pun teringat.  Alhamdulillah

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin