Pages

Showing posts with label kidsactivity. Show all posts
Showing posts with label kidsactivity. Show all posts

April 14, 2016

bangku membantu


Bangku yang dibeli dari Ikea ni hanya untuk budak-budak duduk main atau menulis. Dari perspektif anak-anak bangku ini ada berbagai kegunaannya.

Bangku ini boleh di jadi meja, seperti Fadya masak roti (virtual) dalam tablet tu. Pun di letaknya atas kerusi.

Kaki bangku di jadi pedang star was tak da pic pula tetapi pedang mainan ada tetapi sebab beli satu je jadi Fadya pegang kaki bangku jadi pedang.

Sejak Faiq berdikari ni pun, bangku ini di jadikan tangga untuk petik lampu bilik air dan juga bukak shower di dalam bilik mandi, yang ni memang bersyukur Faiq buat sendiri, tetapi terdetik juga sayu, dulu meminta mama tolong itu ini. Macam fadya pun ambil baju pilihan sendiri cuma naik atas bangku ja.

Bila tengok bangku ini di jadikan monopod tu lagi terkedu tak mungkin anak sendiri saja yang pandai pasti anak-anak lain juga.

Ia dijadi tempat main tu biasa la seperti Faiq buat tingkat platform bermain superheronya. Gambar yang dijadi robot pun ada. Rasa cute jugak kan.

Kekretifan mereka tak di sangka kadang tu. Mama ni nampak pun tak perasan kadang tu, fikir 2 kali juga nak ambil gambar ke tak,  cuba ambil kalau sempat inshaAllah.

January 25, 2016

membakar | cake activity

 why u break the eggs, the hen will be very sad
Bila ada mood untuk buat cake ke, terus ja ke dapur, check telur ada ke tak. Rumah ni jarang ada telur sebab asyik nak buat telur ja untuk lauk untuk sandwich memang jadi malas ja sebab cepat kenyang dengan telur dan mudah penyediaannya. Tapi kalau tak da telur, pandai pula cari jalan buat salad, nasi goreng sayur, grilled ikan cepat-cepat, rebus sayur buat ala teppanyaki tu. Ok panjang pula tentang telur.  Sebenarnya, bila nak membuat kek, budak-budak ikut sekali. Faiq tu suka main dough sebab kami tak pernah beli playdoh lagi. Saya tengok Fadya suka masukkan apa-apa dalam mulut, itu masa toddler tapi jadi phobia pula.

Ok bila saya pecahkan telur ja, Faiq cakap "mama chicken will be very sad when you break the egg". Saya tak sempat la nak cerita apa pun, its long story about it, nanti mama story bila cake dah masak. Yela sebab statement tu , ayam sedih sebab mama pecahkan telur tu, susah nak respons.

Itulah cerita dua beradik bersama berborak tentang apa tah..sempat la ambil gambar untuk kenangan :)
Post sebelumnya "Jom bersenam / work out"

January 24, 2016

Faiq DIY mainan

Menghiasi rumah terlalu padat menjadi rumah gelap. Tidak begitu air atau berangin suasananya. Pasti ramai yang menyukai cahaya luar masuk ke dalam rumah. Cahaya luar tu lah asset yang termahal tau hehe... Saya akan cuba tungkus lumus ubah perabut untuk dapatkan cahaya ini. Tak kira la rumah macammana pun ye, pasti ada tingkap, usaha yang pertama ialah langsir yang cerah tak perlu jarang untuk menjaga privacy sesebuah keluarga tetapi cahaya dapat menerusi untuk mencerahkan kediaman.

Saya lebih gemar membuka pintu bila nak bersarapan. Bila pintu terbuka ada saja agenda masing-masing oleh penghuni rumah ni. Kami duduk di meja makan untuk menjamah apa yang ada tetapi budak-budak terus keluar menikmati alam di bawah awan. Bukan setakat mengambil angin luar saja, tetapi mengutip kayu api untuk di buat unggun api , bon fire sambil merayu please please to keep us warm. 

Belum makan lagi dah terpaksa menggunakan tenaga untuk mengajak makan dulu, basuh tangan sebelumnya, menjemput masuk dan sebagainya..itulah dikatakan family first kan. Berada di bawah awan ni sangat nyaman. Rasakan samasa menyidai baju diampaian pagi-pagi. Kalau tengahari Faiq kata panas macam kat padang pasir masa kat parkir semalam, saya catit ja la di sini, he said its very hot like in the desert. Saya tanya macammana dia tau, dia cakap dia tau la..:D. Post menarik sebelumnya terikat vs freedom

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin