Pages

Showing posts with label hugs. Show all posts
Showing posts with label hugs. Show all posts

January 26, 2016

belaian ibubapa | parents time

Papa dan Fadya (mini me)

Kadang sebagai ibu ni macam rasa nak biar ja anak berdikari. Atau ingin menaruh kepercayaan yang anak kita tidak akan buat sesuatu luar jangkaan. Masa Faiq umur 3 tahun tu saya suka biar dia sendiri, naik tangga sekolah pun sendiri tetapi saya perhatikannya dari belakang dan ikut sekali. Sekarang ni baru terhegeh nak pegang tangannya, nak ribakan Faiq. Dalam gambar bawah.
Fadya memang tido, Faiq senyum ja nak juga tido atas riba papanya  - tak da ruang dengan perut papa lagi :)
Bila terjadi begini, Faiq akan pandai bermain dengan kita balik, dia suka la duduk menjadi manja kadang tu tak mahu pun ada sebab panas atau tak comfortable dan dia dah besar katanya. Post ni saya nak cerita berkenaan apa tah,  maksud saya lepas budak berumur 2 tahun, lebih baik selalu membelai mereka. Ribakan mereka sambil membaca atau menyuap makanan. Anak-anak di belai begini akan lebih pandai bercakap. Lebih tenang. Kerana :

Semasa menyusu badan, mereka ini dikepit, jadi bila sudah tidak BF lagi, digalakkan membelai mereka semasa makan, minum susu botol atau bermain. Sudah tentu semasa membelai itu ibu akan bersembang dengan anaknya kan..semasa ini sangat berkesan pembelajaran pertama mereka. Kadang menangis walaupun dah bagi semua, mungkin teknik ni bole di amalkan (bila nak berenggang tu cakap la i'll be right back ke atau mama datang balik ke - ni style saya tu hehe)  Old fashion ja semua ni, cuma tak terbuat. Kadang tu rasa lebih nak cepat anak pegang botol susu. Tak payah dukung, letak dalam stroller tetapi masa umur terlalu awal. Jadi, baby wearing memang terbaik kerana dekat dengan ibu /bapa. Atau stroller yang nenghala ke tempat sorong tu. Ya yang baby boleh tengok ibu tu (buku psychology, child development, google). Bagaimanapun, keep supplications (doas), sebab ada hikmah juga jika tak buat, anak-anak lebih creative to live :) inshaAllah. Post sebelumnya sesi buat kek dengan faiq fadya





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin