Showing posts with label Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Surabaya. Show all posts
February 9, 2015
blocks vs lego
Masa di Surabaya, kami tak bawa strollers, jadi Faiq ada la buat letih berjalan ni, walaupun saya dah plan masa dalam kereta saya suruh dia tengok luar skit-skit ja pastu rehat, baring -baring, bila sampai ke destinasi dia segar.. Tapi budak endurance/ketahanan tak berapa panjang, sebab banyak berhenti hingga yang akhir masa turun dalam Mall Faiq buat liat liat. Saya dah risau tapi Faiq jadi cergas bila nampak kedai Lego yang besar yang jualan pun jenis timbang ni. Saya tak suka beli terus bila minta ni sebab kena la buat rancangan budget semua dulu tapi en hubby, beli ja sebab budak-budak dah tolerate/ bertolak ansur sangat dengan kami, penuh sabar singgah tempat kurang sesuai untuk budak pun Faiq Fadya ok.. Saya pun bersetuju sebab first time, first lego. Faiq main sungguh dengan lego nya tapi sampai ke Malaysia banyak pieces hilang, saya sedih, macammana la Faiq tak jaga sambil bagitau lego tu mahal, Faiq duk jawab tak pa mama, kita ada blocks yang besar dan biasa ni...
when we lose pieces of lego Faiq said its ok mama I have played the lego already, and we still have bigger and normal blocks...
February 5, 2015
Host Surabaya
Semasa kami di Surabaya, sepasang suami isteri yang baik hati yang melayan kami dengan baik sekali. Dari kami sampai di sana hingga hari akhir. Walaupun mereka akan ke Australia esoknya tetap memberi layanan kepada kami, bawa ke sana ke sini bersama super mereka. Semua pembelian dikeluarkan oleh mereka. Tak sempat sempat kami ingin membayar biasa sudah dibayar. Ada masa kami ingin membayar akan dipanggil cashier untuk mereka membayar.
Cerita emak tentang pasangan ini di Host oleh aunty dan uncle semasa di Malaysia.Ya Emak bapa juga ke Surabaya bersama kami. Ceritanya aunty dan uncle saya bawa mereka ke jeti kuala kedah kerana pasangan ini ingin ke langkawi. Aunty dan uncle cuma hantar di jeti dan mengharapkan mereka ada privasi berholiday sesama sendiri. dan berjanji akan menjemput mereka kembali di jeti yang sama nanti.
Lepas beberapa lama aunty dan uncle menyebut ingin ke Bali, pasangan cabtik Surabaya ini memberi tips dan info tentang Bali dan bertanya bila hendak ke sana, entah macammana terus mereka bawa aunty dan uncle ke Bali terus semua kos ditanggung mereka. Aunty dan uncle menyesal juga kerana hanya tinggal mereka di jeti saja. itu la cerita mereka melayan Faiq Fadya sama rata kerana mereka perasan Fadya lebih di beri pethatian kerana masih kecil tetapi yang lebih ingin perhatian adalah Faiq. Faiq memancing di kawasan rumah mereka. memang puas hati hubby cakap jarang dapat jumpa pasangan begini.

Subscribe to:
Posts (Atom)