Pages

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

June 14, 2016

Petang Ramadan...


Bawa Fadya pegi shopping, Faiq tak nak ikut. Sampai mall fadya nak main inflatable playground. Kami pula menghabiskan masa bersantai, makan aiskrim, berjalan berlenggang sambil tengok kedai baju PDI dan berberapa lagi. Berhenti makan Auntie Anne... duduk kat tepi makan sekejap lepas tu sambung jalan lagi.. jumpa baju Fadya, beli dulu.. naik atas jumpa baju kurung moden untuk Fadya beli juga walau tak pasti warna tema tahun ni. Rasa nak pakai baju lama ja kut. Kami nak singgah makan tengahari dekat Nandos ke atau Chicken Rice ke tapi Fadya nak balik. Fadya cakap dia rindu Faiq, nak balik umah. Kami ingat nak hantar ja Fadya keluar balik. Hala ke parking, sempatla beli barang dapur.
Ingat nak makan kat restorante, rupanya rezeki kat umah 

Sampai rumah, saya turunkan Fadya, teringat barang dapur ada juga yang sejuk kenala bawak keluar dulu. Dah masuk dapur, buka tudung, masak nasi, potong avocado, potong apple buat salad, masak udang sebab ini ja yang rasa cepat , masak herbs lemon mentega.. ha dah siap. Dating kat rumah la...dan rehat petang tu, dapatla berterawih malamnya, ramadan eve.

Ni baru add pudding roti/bengkang sebagai dessert petang tu, rasa petang ni pun nak buat lah :)

July 25, 2014

Takbir Pertama / First Glorify

Baju raya pertama dan mendengar Takbir.



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (Takbir)  kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you and perchance ye shall be grateful.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
kepada Rakan- rakan Blogger yang dikasihi.
loves, thoughts & prayers

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin