Pages

Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

March 17, 2016

5 THINGS I HATE MOST


Syaratnya banner diatas perlu ada dalam entri kekawan..
Lepas tu kena buat yg kat bawa tu pulak..
Saya ditag oleh blogger CH, terima kasih 
Blogger Norhayati Cahaya Hidupku

1. Jerebu.
2. Asap rokok 
3. Asap ekzos kawasan menunggu
4. Kalau terhidu asap di waktu malam rasa macam ada kilang lepaskan asap waktu malam. Jadi orang awam tak perasan la asap yang hitam tu. 
5. Harga Penapis Udara Air treatment system mahal :(

Tak pa ada pokok dalam rumah boleh menapis udara, inshaAllah bertambah oxigen dan udara yang bersih.

Terima kasih blogger CH kerana tag saya, jadi saya tag rakan blogger dibawah.

1. Blogger NA dari Asam Garam Kehidupan
2. Blogger Linda Nota dan Kopi ,
3. Blogger Lynn Damya Kawasan Lynn Damya
4. Blogger RASP Celoteh RASP 
5. Blogger Norzakiah Hanum Two Souls Become One

Sudi-sudikan ye rakan-rakan blogger yang dihormati untuk memeriahkan segmen ini. Terima kasih.

March 15, 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016

Assalamualaikum
Saya ditag oleh blogger PI Paridah Ishak dan saya nak tag semua rakan blogger. Jom memeriahkan segmen ini :) Terima kasih sis PI.http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016.html?m=1

January 15, 2015

My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.

My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.



http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html?m=1

Saya ditag untuk join segmen Dr. Shikin ni. Blogger Nor Azimah - srikandiofficalblog.blogspot.com. Pastu saya pun disyaratkan untuk tag sorang lagi rakan blogger, jadi saya nak tag...Blogger Paridah Ishak - karyaku-paridahishak.blogspot.com. Terima kasih :)


December 26, 2014

JOM JOIN SEGMEN Blogger NA: Ambillah iktibarnya.

Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.


google imej
*********************************************************************************
Ulasan Iktibar dari saya - babYpose

Percaya rezeki itu hanya dari Allah swt, jika tergerak untuk mengambil permata itu kerana Allah yang gerakkan hati ni maka ia rezeki. jika tidak bukan rezeki.  Jika tidak bersyukur sudah perolehi permata yang berharga maka akan terasa  buntu kerana tiada sesiapa Allah menghantar untuk membelinya juga tiada harganya, jika bersyukur hanya menyimpan permata itu menjadi berharga suatu hari nanti itupun jika Tuhan yang tentukan. Contoh hamba Allah itu ada rumah yang besar di lokasi yang mewah, tetapi tiada siapa mahu membeli pun rumah itu maka rumah itu tiada harga, semua bergantung kepada Tuhan yang menentukan (cerita benar : dimana penduduk disitu terdiri dari orang yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin, jadi rumah itu tak dapat dijual kecuali ada orang kaya lain yang mahu membelinya tetapi sukar kerana orang kaya lain sudah ada rumah). manakala ada yang bersyukur rumah tepi jalan dan ingin menurunkan rumah itu kepada anak-anak, tak mahu jual tapi kerajaan nak ambil perbesar jalan, dapat rezeki duit pula ..semua pinjaman dariNya yang penting berdoa, dari tiada apa pun boleh ada sesuatu bila bersyukur kerana kita nampak yang ada. Seperti masuk terowong itu, pengalaman usaha masuk terowong itu lebih bermakna dari pengetahuan - knowledge is good experience is better. Tentang tolak rezeki atau buang permata itu kerana terlalu berat tanggungannya, ambil hikmah dari situ kerana tiada rezeki wang  tapi ada rezeki kesihatan diberi atau rezeki masa seperti kerja siang malam, terpaksa tak kerja malam demi rezeki kesihatan. walaupun gaji malam lebihkan ...ini contohla :)

Malay
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. 
- Surah Ash-Shuraa :27

If Allah were to enlarge the provision for His Servants, they would indeed transgress beyond all bounds through the earth; but he sends (it) down in due measure as He pleases. For He is with His Servants Well-acquainted, Watchful.


Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung kali saya  (blogger Nor Azimah) buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar  yang paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan yea.
Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan baru yang sudi join di sini.

Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.

July 12, 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

May 22, 2014

Khas untuk Blogger Petak Bunga

jom join blogger Petak Bunga - http://petakbunga-diari.blogspot.com

Terima kasih kepada blogger Petak Bunga  menganjurkan segmen jatuh cinta. Mengingatkan kembali masa jatuh cinta ni rasa dunia ini ana yang punya hehe.  Jadi sekarang ni bila nak rasa puas hati, ingat balik masa jatuh cinta :)


dibawah ni entri lama, masa jatuh cinta ni duk harap si dia jatuh cinta balik walaupun dia duk luah yang dia jatuh cinta tapi tak sedarq sedarq lagi hehe..



sangat suka dapat pesanan dari sayang tak kira emails atau sms. Lebih dari seronok dapat bersembang dengan sayang sampai pagi. Tido pun lena macam seorang bayi... bangun dengan tersenyum sambil mengingati perbualan semalam, perbualan ringan tapi bermain di minda dimana saya mahu lebih, sukar untuk terangkan. Bersyukur Alhamdulillah saya berperasaan ini, ada ramai masih mencari perasaan ini, ada yang belum rasai.


Sekurangnya sebahagian kecil mengenalimu mencairkanku.


Di pagi hari, merinduimu, tiada bayanganmu atau tanda-tanda darimu. Rasa ingin menghantar  nota pendek  yang penuh makna, tapi perasaan malu membiarkan ia terpendam. 


Ingatan dan doa adalah terbaik untuk berhubung denganmu dengan harapan sayang akan menghantar sesuatu....


Saya bersyukur dipertemukan dengan sayang walaupun yang pasti hanyalah masa kini. yang penting teruja masa ini. Tak banyak yang boleh gahkan tentangmu sepastinya saya akan keluarkan apa yang kita bualkan Bachelor Sc holder, Tanah hati Amerika, mesti senyuman mu dariNya. Dan sayang mempunyai itu



February 4, 2014

 Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html
Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org... 

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin