Pages

Showing posts with label Pets Journal. Show all posts
Showing posts with label Pets Journal. Show all posts

December 27, 2021

Grilled Salmon Salad

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Salad with little bit of fish |

 Daun salad dengan ketulan kecil ikan



The night before, prepared night light for adik |

 Malam sebelumnya, pasang lampu malam untuk adik


Feeling good when I got to prepare for breakfast. Love having the green in the morning.


The night before I tried to place a  table lamp beside Adik's table. As before this, Adik didn't need night light because she had a fish bowl with light.


Since the fish aquarium is 'under contruction' due to not much time to care of it and also need to train adik to be really responsible to take care of her pet. So, I just decided to arranged the table lamp first.


Yes, about breakfast I loved having breakfast like this but it seemed to be so time consuming nowdays. I would try to make 'prep food' ahead for a few days. Let's just see...


Happy Monday ❤️


Rasa gembira bila dapat siapkan sarapan seperti ini. Suka dapat makanan yang hijau diwaktu pagi.


Malam sebelumnya, saya telah meletakkan satu lampu meja di meja bilik adik. Sebelum ini dia tak perlu lampu meja sebab ada lampu di akuarium ikannya.


Namun sekarang, akuarium ikan ni 'dalam pembinaan' semula, sebab tak banyak masa nak menyelenggarakannya. Dan juga kena latih adik untuk lebih bertanggung jawab menjaga ikan ikannya itu. Oleh itulah saya letak lampu meja dahulu.


Oh ya! Mengenai sarapan ini, saya memang suka nak buat sarapan sebegini. Tetapi kini agak susah disebabkan oleh kekangan masa. Saya nak cuba buat 'prep food' masa akan datang untuk beberapa hari. Tungguuu.....


Salam Isnin ❤️




October 10, 2021

Silvered leaf Monkey at Melawati Hill | Monyet Lutung di Bukit Melawati

Bahasa dan video seminit di bawah... 

English version and one minute video below.. 


At twillight, adik asked to call the police to rescue the monkey. 

 Di senja, adik minta panggil polis untuk menyelamat monyet lutung



As always, we were asked to go out or wanted to go out. Even the verses recitation said stay home, we forced ourself, yet sometime excited float to explore.


We headed to the north west of the Selangor state. At late we arrived, managed to capture few monkeys photos. 


We encountered the species by the roadside, not just saw, but even dared to go near. What kind of energy was that, in the darkness and also with kids.


Twillight is the time for many 'beings' start roaming around at this hour, some call it zombie, some call it Adams family :0


Not sure I realised that, but was there to observed another monkey 'walking' on the electric line. Adik concerned with safety, said the monkey wanted to go down, get help from the police. (used to call firefighter to help a cat). 


When we were in the car adik acted weird, she went to back chair from the middle seat and stood there for so long. and we prayed for protection because twillight time is not suitable for kids or anyone to be outdoors due to many factors eg  tiredness. Grateful everything was fine a few minutes. 


So from there I determined not bring young kids to the place like that and stay home before the sun went down but rise before the sun.


Happy Ahad ❤️


Seperti biasa, kami diajak keluar ataupun mahu keluar. Walaupun kalimah berkumandang supaya duduk dirumah, kami paksakan diri, malah kami tetap teruja untuk menjelajah. 


Kami menuju ke barat laut negeri Selangor dan tiba agak lewat, dan sempat mengambil gambar monyet berkeliaran. 


Kami terserempak dengan spesies tersebut ditepi jalan. Bukan saja perhati malah berani pergi dekat dekat lagi. Tenaga apakah ini berani walaupun didalam gelap dan dengan kanak-kanak bersama. 


Waktu senjakala ni banyak 'mahluk' keluar bertandang. Ada yang orang panggil zombie, ada pulak yang namanya Adams family :0


Perasan atau tak, lalu terserempak pulak dengan seekor monyet yang berjalan atas kabel eletrik di depan masjid. Adik yang prihatin keselamatan monyet tu suruh panggil polis untuk minta bantuan. (biasa panggil bomba selematkan kucing) 


Dalam perjalanan pulang dikereta, adik buat perangai pelik. Dari duduk di tengah, dia pindah kebelakang sorang sorang dia dan buat hal. Kami jenuh baca ayat ayat suci sepanjang perjalanan pulang. Memang tak berapa sesuailah bawa kanak kanak atau sesiapapun berjalan waktu senja ni. Alhamdulillah semua kembali baik. Berbagai faktor la juga, lapar atau letih.


Lepas dari kejadian hari tu, saya berazam untuk tak bawak kanak kanak ketempat macam ni waktu senja; Duduk rumah sebelum matahari jatuh dan bangun lebih cepat darinya. 


Salam Ahad ❤️


Throwback Tails


September 18, 2021

Panda Molly Fish gave birth | Ikan Panda Molly beranak

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)





Sepasang Ikan panda molly baru sampai | A pair of panda molly arrived and adapted well with the environment 




Sehari semalam menyesuaikan diri sudah berumahtangga, beranak pinak. | A day a night, felt home, already make a family



I love windows at the sink, somehow my kitchen's sink is not by the window. I dream of planting herbs by the window or look out for natural light, view of green, gray, blue that influence my mood. 


However, I visualized hard to have a sink by the window, it didn't change a thing (yet) hehe a thing I learnt from a book "The Secret". I only asked the contractors how much it'll cost to build a window, one guy quoted RM800, another quoted RM1000. 


I got over the dream but now created something similar. I put money plants for a start then changed to herbs plants like basil or laksa leaf (kesum). It worked because I hanged an LED light there. I came across the idea to make a shelf or rack to place a small aquarium there. 


Since I already have Guppies, I wanted a different fish species, so I got Panda Molly, kind of small not long like the Sword tail fish.  


I set it up the same way I did to the guppies the post here I doubt that they were as comfy though, as the small rocks seems a bit less.  The plants were also not fully developed yet. I knew the water circulation was not so good,  I didn't redo, I wanted to wait at least a day before I moved them to a proper aquarium, if the water has bubble and too much things moving in the water, I am afraid the fish wouldnt feel at peace to hatch, not sure.. Read a little, apply a little, use instinct the most. 


To my surprise, the pair had a few fry (kids) at dawn , first I was  thinking, could this be worms from the fish pond, coz I took the plant out from there. 


I looked closely, they're Panda Molly juniors. So cute aahh.. sounded like adik hehe.. Later on, we transferred them to a proper aquarium with electriic features. I replaced them back with guppies. 


Grateful always ❤️


Saya suka sinki yang berdepan dengan tingkap. Dapur yang ada ni, sinki berdepan dengan dinding. 


Impianlah juga ada pokok herba di tingkap tu, boleh memerhati cahaya di siang  hari makin memendung hingga ke petang, suasana, fenomena, menpengaruhi mood kan. 


Macamana pun bayangkan ada tingkap, tak ada perubahan langsung (lagi), hehe... terbawa-bawa dari buku "The Secret", magnet rezeki dan sebagainya. 


Saya cuma bertanya beberapa kontraktor untuk reno buat tingkap, ada yang sebut harga RM800, ada yang bagi RM1000. 


Saya lepaskan mimpi, teruskan kehidupan, buat sesuatu je la yang boleh memerhati. Saya letak pokok duit duit untuk permulaan, lepas itu saya tukar ke pokok herba. Memang menjadi sebab saya letak lampu LED di situ. Terbit buah fikiran untuk gantung rak dan letak akuarium pula di situ. 


Disebabkan sudah ada ikan Gapi, nak pula species ikan lain, jadi Panda Molly penyeri dinding sinki. Ikannya kecil tak sepanjang ikan berekor pedang.- Sword tail. 


Saya buat sebagaimana saya  telah lakukan pada ikan Gapi boleh baca di sini , tapi ragu ragu keselesaan ikan  sebab bekasnya kecil, saiz Panda Molly besar sedikit dari Gapi. 


Batu-batu tidak berapa mencukupi, risau juga, manakala pokok duit-duit tu pun tak begitu besar, dan nampak macam sistem udaranya tak begitu bagus.  Saya tak buat lain, saya tunggu sehari lagi, lepas tu baru lah pindah ke akuarium yang lengkap. Jika akuarium yang ada berbuih. Air bergerak sangat pun, ikan-ikan tak rasa tenang untuk bertelur dan menetas. 


Terbaca teori sikit, praktikla juga sikit, yang banyak adalah mengikut naluri hati. 


Terkejut di subuh hari, pasangan ikan panda molly sudah berjaya berkembang menjadi kepada 12 ekor anak ikan. 


Pada mulanya saya ingatkan ulat dari kolam ikan luar sebab saya ambil pokok dari sana. Perhati betul betul, memang keturunan panda molly, memang sah mereka satu keluarga. Comelnya aahh..berenang-renang, berbunyi macam adikla pula bila nampak kucing terus dia jadi mama kucing hehe..


Selepas tu sekeluarga ikan panda di pindahkan ke akuarium berperalatan lengkap.  Gapi pula diletak di depan sink.


Syukur selalu ❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin