Pages

October 13, 2021

Lunch - grounded carrots looked like rice | Lobak merah dikisar menyerupai nasi

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Was intrigued to have proper asian fried meal with chilli paste. Terdetik hendak menjamah masakan asia goreng-goreng dengan sambal

Chilli Paste with Stinky beans, with boiled egg would be good |

Sambal petai dengan telur rebus lagi sedap


I set to give efforts in the afternoon as to prepare something different. I tried to buy brocolli or cauliflower but they were not available. So, I grounded carrots to look like rice. 


I fried the carrots with  garlic butter. More or less like nasi lemak. Also cooked sambal petai to go with the food. 


Now I'm thinking to have lowcarb dinner but no idea how it's like. I got inspiring by menu with cauliflower as it looks like rice. 


As for soup, I  boiled garlic and carrots with roasted seaweed. That's it of the journey vege meal for awhile :) 


Still thinking Wordless Wednesday :) 


Happy Wednesday ❤️


Saya merajinkan diri untuk menyediakan sesuatu yang lain. Saya cuba beli brokoli atau bunga kobis tetapi tiada dijual. 


Saya kisarkan lobak merah, nampak seakan nasi. Saya goreng dengan mentega bawang putih.


Lebih kurang macam nasi lemak. Masak pula sambal petai untuk makan bersama. Sekarang saya terfikir rendah karbo untuk makan malam pula.


Terinspirasi  dengan bunga kobis kerana bila dipecahkan nampak macam nasi. 


Untuk sup tu, rebus bawang putih, lobak merah dan letak seaweed yang telah dipanggang sememang ada rasa sedikit. 


Itu je perjalanan hidangan sayur untuk tengahari buat sementara ini :) 


Masih memikir Rabu menyepu hehe.. 

Salam Rabu ❤️





October 12, 2021

Picnic at Taman Bandaran Kelana Jaya

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Lunch time was approaching. Masa makan tengahari hampir tiba




 Thinking of where to have it since we able to go out (no more MCO but still under SOP). Fikir tentang di mana untuk menikmati makan tengahari dah boleh keluar jauhkan. 


Few lakes existed here. Breathtaking view. 

Berberapa tasik wujud di sini. Permandangan yang mempersonakan


As we are no longer on MCO, I have doubts on whether to have picinic out or to cook just infront of the house at least outside. Since we were lazy on a Saturday morning, I ordered food first then let others in our household to decide. Seems they were excited to have lunch outside. That's the excitements that I expected and hoped for. 


I thought I was the one  to make plan, set the items, like a lone ranger, but no; Not at all, everyone eagerly anticipated, even abang knew already and got ready earlier. 


Arrived at the park, around 12 noon, saw one or two people were fishing, a couple with a baby cart enjoying the scenery. 


We chose a place near the playground and in front of lake. It was cooler spot as it is near the water and surrounded by the bamboo plants. 


Loved the ambience. Looking forward to next picnic if time permits. How about camping next time.  How did you spent your weekend? 


Tacos Tuesday ❤️


Dah tak lagi MCO tapi masih SOP, saya sangsi samada nak masak depan rumah ke atau nak keluar berkelah di luar. Tapi nak juga bersantai bermalasan di pagi sabtu, saya buat pesanan makanan, sedia apa yang asas ja. Biar yang lain lah yang buat keputusan. Nampak semua teruja nak makan kat luar, keluar dalam ertikata bukan kat kedai atau restoran lagi, kat open air je dulu. Kegirangan yang saya bayangkan dan harapkan itu menjadi nyata. 


Ingatkan saya yang solo macam lone ranger yang duk buat plan bagai, tau tau setiap individu mengambil bahagian, abang yang terawal siap. 


Sampai di sana dalam pukul 12 tengahari macam tu, nampak satu atau dua orang sedang memancing, ada sepasang ibubapa duduk dengan baby dalam stroller menikmati keindahan alam.


Kami pilih tempat dekat dengan tasik dan berdekatan dengan taman permainan. Tempatnya sejuk sebab dekat dengan air dan bersebelahan dengan pokok pokok buluh.


Suka suasana kehijauan. Tak sabar nak berpiknik lagi, InshaAllah kalau ada masa dan tenaga. Mungkin berkhemah pula. Apa aktiviti hujung minggu kalian? Jom share. 


Hari Selasa rasa nak makan kari laksa :) ❤️





 


October 11, 2021

Multi grain porridge with mushroom soup | Bubur bijirin penuh dengan sup cendawan

Bahasa and video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)

Spring cleaning the ration's drawer, saw one last packet of  Campbell mushroom soup |

Mengemas laci simpan makanan, ternampak sup cendawan Campbell

Make the soup powder as flavour to the porridge |

Ambil serbuk cendawan sebagai perasa bubur


Simple breakfast, grain porridge, fruit cakes with yogurt, salad with half sliced of protein |

Sarapan ringkas,  bubur bijirin, kek buah dengan yogurt, salad dan separuh potongan protin 


Since I used to eat edamame at early morning, I tried to put petai for breakie. The taste of instant mushroom powder in the porridge was really good, the food technology in the instant food made you crave for more. Behind the purpose of the creation is to make customer to come for more. I saw in the documentary in Astro TV about food. That's what I saw and understand. 


Instant food not good taken as often but taking it makes the body not at sudden surprise and our body become tougher hehe.. 


It was a nice meal that morning, I was kind of lenient to myself. Having everything in one plate like being served during flight. Satisfied by serving little bit in one go. Love the concept like that. It won't be the same however, as the served done by the same person, seems she needs to sit longer but the meal finished fast and furious hehe.. Okay dokay 


Have an okay day and the best ever ❤️



Saya biasa makan edamame diawal pagi, oleh itu saya cuba untuk mengunakan petai sebagai sarapan pula. Rasa perisa sup cendawan dalam bubur bijirin amat sedap sekali. Teknologi makanan didalam makanan segera membuatkan kita 'ketagih' mahu makan lagi. Begitulah disebalik ciptaan ini adalah supaya kita sentiasa mahu membelinya. Pernah saya tonton didalam satu rancangan dokumentari di TV Astro berkenaan makanan sebegini. Itulah yang saya lihat dan fahami. 


Makanan segera tak elok ambil selalu tetapi pengambilannya secara sesekali supaya tubuh tidak terkejut dan menjadi lasak  hehe.. 


Sedap sarapan pada pagi itu Alhamdulillah. Saya bersikap lembut diri sendiri. Hidangan 'semua dalam satu pinggan' rasa macam makan dalam pesawat lah pulak. Semuanya disajikan 'sedikit sedikit' sekali harung. Suka konsep begini. Tetapi taklah sama pasal yang melayan dan memakan tu orang yang sama kan.. Macam nak duduk lama, tapi makanan habis sekelip mata.. hehe, Oki doki. 


Moga hari anda ok dan yang terbaik ❤️ 



October 10, 2021

Silvered leaf Monkey at Melawati Hill | Monyet Lutung di Bukit Melawati

Bahasa dan video seminit di bawah... 

English version and one minute video below.. 


At twillight, adik asked to call the police to rescue the monkey. 

 Di senja, adik minta panggil polis untuk menyelamat monyet lutung



As always, we were asked to go out or wanted to go out. Even the verses recitation said stay home, we forced ourself, yet sometime excited float to explore.


We headed to the north west of the Selangor state. At late we arrived, managed to capture few monkeys photos. 


We encountered the species by the roadside, not just saw, but even dared to go near. What kind of energy was that, in the darkness and also with kids.


Twillight is the time for many 'beings' start roaming around at this hour, some call it zombie, some call it Adams family :0


Not sure I realised that, but was there to observed another monkey 'walking' on the electric line. Adik concerned with safety, said the monkey wanted to go down, get help from the police. (used to call firefighter to help a cat). 


When we were in the car adik acted weird, she went to back chair from the middle seat and stood there for so long. and we prayed for protection because twillight time is not suitable for kids or anyone to be outdoors due to many factors eg  tiredness. Grateful everything was fine a few minutes. 


So from there I determined not bring young kids to the place like that and stay home before the sun went down but rise before the sun.


Happy Ahad ❤️


Seperti biasa, kami diajak keluar ataupun mahu keluar. Walaupun kalimah berkumandang supaya duduk dirumah, kami paksakan diri, malah kami tetap teruja untuk menjelajah. 


Kami menuju ke barat laut negeri Selangor dan tiba agak lewat, dan sempat mengambil gambar monyet berkeliaran. 


Kami terserempak dengan spesies tersebut ditepi jalan. Bukan saja perhati malah berani pergi dekat dekat lagi. Tenaga apakah ini berani walaupun didalam gelap dan dengan kanak-kanak bersama. 


Waktu senjakala ni banyak 'mahluk' keluar bertandang. Ada yang orang panggil zombie, ada pulak yang namanya Adams family :0


Perasan atau tak, lalu terserempak pulak dengan seekor monyet yang berjalan atas kabel eletrik di depan masjid. Adik yang prihatin keselamatan monyet tu suruh panggil polis untuk minta bantuan. (biasa panggil bomba selematkan kucing) 


Dalam perjalanan pulang dikereta, adik buat perangai pelik. Dari duduk di tengah, dia pindah kebelakang sorang sorang dia dan buat hal. Kami jenuh baca ayat ayat suci sepanjang perjalanan pulang. Memang tak berapa sesuailah bawa kanak kanak atau sesiapapun berjalan waktu senja ni. Alhamdulillah semua kembali baik. Berbagai faktor la juga, lapar atau letih.


Lepas dari kejadian hari tu, saya berazam untuk tak bawak kanak kanak ketempat macam ni waktu senja; Duduk rumah sebelum matahari jatuh dan bangun lebih cepat darinya. 


Salam Ahad ❤️


Throwback Tails


October 9, 2021

Sardine in the list | Sardin Tersenarai

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and  one minute  video below :) 

In the morning, feeding Fluffy the rabbit, sure we fed the walk in guest as well, cat  

Di pagi hari, beri makan Fluffy si arnab dulu, juga tetamu yang menjelma iaitu kucing. 

Still figuring out to have quick breakfast with the recent menu that I tried to be consistent with. 

Masih mencari cara untuk mengambil sarapan secara cepat penyediaan dan menikmatinya juga pantas. 

Fluffy eat first
Fluffy

If quick fix, I able to read a little while eating. 

Jika cepat, sempat membaca sambil menjamah. 


The thought of sardine made it easy immediately. I chose the one in a flat rectangular can with extra virgin olive oil and it's consisted with 4 to 5 small sardine fish, I think. The taste is delicious, will put it in the list to rotate for breakfast.  


After finish breakfast, it's time to feed the fish, or vice versa sometime fish first, we later. 


Just put some notes here since I already remember. Friday (8 Oct 2021) For lunch I had carrot blended like rice and fried it a bit. Ate with Sambal Petai (stinky beans in chilli paste). 


Guess healthy eating plate lunch menu is out now :) 


Smile❤️


Bila fikirkan sardine rasa memudahkan penyediaan dan ia juga enak dimakan begitu saja. 


Saya pilih sardin dalam tin leper yang dicampur dengan minyak zaitun 'extra virgin' dan rasanya lebih kurang 4 atau 5 ikan sardin yang bersaiz kecil didalamnya. 


Rasanya sedap, bolehlah terpilih masuk dalam senarai sarapan untuk diulangi. 


Seusai sarapan, beri makan ikan pula atau vice versa ikan dulu atau diri dulu. (tak de foto tapi dalam video ade). 


Teringat pula tentang makanan tengahari semalam iaitu. Jumaat (8 Oct 2021) Untuk makanan tengahari, saya   sediakan lobak merah yang dikisar dan digoreng sekejap. Makan dengan Sambal Petai. 


Kiranya macam dah ada menu makanan tengahari sihat ikut portion atas pinggan sekarang ni :) 


Senyum, kerana ia adalah satu sedekah ❤️


Lunch healthy eating plate is coming soon

Evening walk for Yummy Snacks |Menapak membeli Snek Sedap

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Planning to save energy for tomorrow's outing and also for Abang coz he has class at night

Cadangnya menjimat tenaga untuk beriadah esok dan untuk Abang jua sebab ada kelas pada waktu malam

Anyway, for the remaining evening, we  spent walking to the shop and got happy stuffs 

 Macamanapun, sisa petang yang ada, kami isi dengan menapak ke kedai dan beli snek yang sedap-sedap


Thinking about dinner for tonight, yet wanting to go for an evening walk. Food for tonight will be served, Godwills. So, we went out without any hesitation.


Stepping out slow for a moment, then speed up for another. Arrived at the shop, over spent time there. Abang wanted to buy Milo drink but only available was at room temp drink. Adik bought Oreo Icecream and Tropicana  drink. 


Items bought were

    1.Yoghurt 2

    2.Peel Fresh drink 2

    3.Milo 1

    4.Tropicana 1

    5.Oreo Icecream 1

    6.Lime Icecream 1

    7.Sardine 1

    8. Mr Potato chips


The shop's sales girl told us that next week, there will be 50% saving for Icecream. While next month there will also be 50% off for all items. I was allured by her message :) 


Felt fresh after walking. You guys went for a walk today? We were not just took evening air but took calorie home for tomorrow's energy oops🤭


Have a great weekend❤️


Memikirkan juadah makan malam tetapi nak juga mengambil angin petang. Makanan untuk malam pasti ada InshaAllah. Jadi kami tanpa berlengah terus keluar. 


Menapak perlahan kejap, laju kejap. Sampai kedai, terduduk lama pulak di situ. Si Abang hendak membeli air Milo tapi tiada yang sejuk, jadi ambil yang suhu aircond saja. Adik beli aiskrim Oreo dengan minuman Tropicana. 


Barang yang terbeli:

 1.Yoghurt 2

 2. Peel Fresh 2

3. Milo 1

4. Tropicana 1

5. Aiskrim Oreo 1

6. Aiskrim LIme 1

7. Sardin 1

8. Mr Potato chips


Jurujual beritahu minggu depan ada jimat 50%  untuk aiskrim sahaja. Bulan depan pulak jimat 50% untuk semua barang. Tergoda juga dengan pesanannya itu :)


Rasa segar lepas menapak. Kalian keluar ambil angin petang hari ini? Kami sekali harung ambil kalori buat tenaga esok. Oops🤭


Selamat berhujung minggu ❤️




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin