Faiq la tu, mama tak sangka berani bawa jalan-jalan naik boat selepas pantang. Bila dapat jemputan tentu tidak menolak bercuti di lautan andaman langkawi.
Bertolak dari kuala kedah sepatutnya naik feri pukul 7 petang tetapi terlambat. Contact pi mai pi mai dengan emak, kakak semua. Mereka suruh tidur di Kuala Kedah dulu. Tetapi kami tak reti lagi tidur hotel tak book ni jadi kami mengganggu aunty saya yang tinggal tidak jauh dari kuala kedah.
Kami berangkat pagi, naik teksi ke marina di mana boat di parking untuk di jaga oleh penjaga boat sementara tuan boat berada di tempat lain. Ada yang tinggal di dalam boat dan anak mereka berhomeschooling international system.
Sampai di mana ya tak pasti macam jetty untuk ke pulau kecil tunggu bot shuttle lagi. Bila ingat sekarang Faiq sangat tabah dengan keadaan panas, bot yang laju terheantak-hentak juga. Dua bulan umurnya mama macam ambil risiko juga. Sebab dalam feri tak tahu udaranya dengan ramai penumpang. Bila ke pulau kecil tu udara bersih kerana terpinggir tiada ramai yang datang ke situ.
Bila sampai ke tengah laut di kelilingi dengan 99 pulau tu rasa risau juga, hampir maghrib macam-macam dalam fikiran, cuaca pun sejuk. Memang hati jadi tak menentu.
Bila sampai ke tengah laut di kelilingi dengan 99 pulau tu rasa risau juga, hampir maghrib macam-macam dalam fikiran, cuaca pun sejuk. Memang hati jadi tak menentu.
Anak-anak mama travel selepas 2 bulan abis pantang seperti Fadya betul sehari lepas pantang sudah terbang ke negara jiran. Tak berani nak cerita selepas pengalaman itu sebab risau tetapi dah buat. Nak cerita lagi rasa takut.
Kawan mama pun tanya kenapa biar kan orang lain yang dukung Faiq di tengah laut tu. Dah nak anak jaga la, kata beliau. Bersyukur dan berdoa semuanya selamat sihat dalaman, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bila hilang rasa perasaan serba salah mama cerita lagi. Datang pergi perasan itu. InshaAllah.