Pages

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

May 19, 2016

jadi bertanggungjawab ada ganjarannya

Fadya sudah pandai menjaga barang sejak baru jugakla. Jadi saya pengenalkan beg berkelah yang sudah lama ada.

Fadya ni jika terambik baju yang tak suka ke, dia akan lipat dan simpan balik. Sejak itu baru la saya rasa waktu yang sesuai berikan picnic bag tu...

Alhamdulillah, sukanya dia bukan main, dikeluarkannya pinggan cawan, camca garpu, bila dah abis guna di basuh dan disimpan balik. Tikar juga dipastikannya dimasukkan balik.

Bila memberi sesuatu yang bertujuan sudah pasti Fadya nak guna beg dengan tujuan berkelah. Setiap kali keluar, nampak rumput ja dah nak hampar kain nak santai santai ala picnic.

Cuti sekolah hari tu, ada hari yang saya bawa bekal untuk makan tengahari. Bila berhenti ja kereta Fadya nak keluar untuk bentangkan tikar tu. Papa yang terkejut cakap tak boleh la di sini, lagipun panas, yang ketara papa tak boleh bersila dengan seluar kerja ni, tertetas nanti haha.. Fadya ni kalau duduk bersimpuh tu untuk perempuan kalau duduk bersila untuk boy.. mama selalu ditegurnya hehe.. ok la bila di rumah terpaksalah Fadya bermain berkelah sendiri macam dalam pic atas tu huhu..



April 28, 2016

aktiviti menunggu untuk anak-anak

Hari ni kalau boleh nak cerita tentang minum air kelapa yang di hidangkan oleh pelayan restoran di hotel tepi pantai. Sambil menikmati permandangan pantai yang indah. Bunyi kicauan burung eh ni dah ada kat umah ni. Hehe..tu la sebab ada cuti tiga hari hujung minggu ni rasa nak makan angin ja.

Emak telefon semalam bertanya apa rancangan hujung minggu ni. Serba salah nak jawab sebab minggu lepas dah jumpa.kadang jumpa tak bermalam di rumah emak pun tetapi minggu lepas adik masak ikan tu kami tertido di rumah emak. 


Biasa jumpa dengan emak bapa ni kami keluar makan. Dulu Fadya susah fokus duduk. Faiq pun yang sebenarnya, dugaan juga kami nak menikmati duduk. Sapa yang bole duduk tu, bersyukur lah.

Minggu lepas Faiq Fadya ok je walau dah kenyang. Mereka berdua duduk pandang kazen mereka yang hensem tu yela mix tak hemsem pun hidung tu nampak lain ja haha.. aktiviti menulis sambil menunggu pun ok sampai kazen pun tulis tak tengok phone.

Dulu jenuh cari idea untuk anak-anak duduk kat meja tanpa buka phone. Main snuker macam di atas ni pun terjadi. Buat dengan kertas ja main dengan chopstick.

Atau main bola dengan jari Fadya happy main bola ni.

Faiq pandai melayan kami pula yang menunggu doktor gigi dengan persembahan  ikan jerung.


biasa membaca sambil menunggu lebih senang lah tapi berapa lama tu belum tentu. Mama terima kasih sebab anak-anak behave/tenang jugak waktu makan di luar. Alhamdulillah. Senaraikan apa yang disyukuri. Bila dah tengok gambar baru rasa syukur, ada moment happy jugak. Moga berulang lagi diberi masa dan tenaga serta bertambah kasih sayang. InshaAllah.

April 20, 2016

minum kopi


Rasa macam nak minum kopi, duduk-duduk tengok luar tingkap cafe di hong kong. Tak pegi ke tempat tourist attraction pun tak pa tapi cuma bersiar-siar di bandarnya, rasa rugi ke? Dah sampai tak ke mana. Yang penting sempat menikmati kapal terbang naik turun di airport di dalam laut tu berbelakangkan bukit, dulu airport hong kong di tengah bandar. Say peminat airport, setiap kali tengok pun duk jakun.

Naik kapal terbang pun dah rasa melawat ke tempat baru sebab suka lihat pramugari kalau KLM/Cathay pramugarinya dibawah ni, tak perlu ambik yang muda pun.

Google
Masuk dalam perut kapal terbang suka tengok pra mugari bilang jumlah penumpang. Lepas tu tunjuk cara penggunaan alat kecemasan.

Yang paling ternanti makanannya dengan pencuci mulut, nanti di tanya nak kopi ke teh, memang tertarik dan akan tertarik lagi suasana di dalam penerbangan. Kat umah ni tak da pula yang tanya tea or coffee kan..

Sampai di sana, kalau ada duit boleh naik taxi, kalau nak bayar dengan credit card pun boleh, ada mesin swap dalam teksi seperti di singapura jugak. Kalau naik ketapi, permandang bandar besar tak nampak hijau sangat. Nampak batu seperti diatas.

Sampai hotel, rehat sekejap, keluar cari makan. Masuk hotel, paling suka lihat permandangan dari screen tingkap. Kalau negara tiada tanah ni, kedudukkan meninggi, permandangan kena la tunduk ke bawah.

Turun minum kopi keesok hari juga merehat kan minda dan fizikal.

Lepak di cafe dalam negara orang ni pun saya mudah nikmati dan rasa teruja. Kadang terfikir yang datang itu salah satu gaya hidup sedang-sedang kosnya.

Bila jalan-jalan cari makan di restoran pakistan ke, singgah la posing di tepi jalan di dalam bandar, tangga yang menjadi trademark di sana, yela semua meninggi ja.

Tiket ke hongkong masa saya beli cuma RM199. dulu-dulu RM1300. Memang  harga sekarang nak pegi balik pun boleh, cuma dengan izinNya juga. SubhanAllah. 



April 19, 2016

cerita balik | storyteller

Ni projek untuk Faiq yang suka tonton tv. Saya perasan bila Faiq cakap tiba-tiba dia tak mau buat yang saya suruh macam makan ke, Faiq jawab dia sedang berkabung tak bole buat apa pun. Duk heran la dia tau mana perkataan tu. So dia cerita la skit dari TV.

Dari situ, saya suruh Faiq cerita balik apa yang di tontonya, ceritanya Ninja Turtle. Saya bertanya juga berapa character dalam cerita tu. Amboi siap ingat nama semua.

Rasa tak boleh jadi ni, jadi saya buka youtube cerita Nabi Yunus sa dengan ikan paus. Suka lah mereka menonton cerita ni. Untuk lukisan dibawah kitaran katak atau kitaran hidup ayam juga saya minta mereka terangkan. Ada la imaginasi haiwan lain pula menyelamat mereka.

Fadya sedang cerita tentang baby katak. Lepas Fadya, Faiq pulak. Suka Faiq nak mewarna katak mungkin sebab katak tu muscline kut. Alhamdulillah ada storytellers/tukang cerita untuk kami pulak :)

Ni mewarna entri semalam, mengguna bahagian bernombor dengan warna bernombor.



March 8, 2016

Spaghetti Berkunyit | Tumeric Spec

siku menunggu mama snap sat na
Terlalu leka menunggu burung singgah di taman. Lihat jam di dinding dah tengahari. Kalut naik bot juga mama nak sediakan makan tengahari. En suami cakap kalau boleh tak nak nasi tapi tak bagi idea nak makan apa. Beliau cakap sebab dah sarapan nasi lemak jadi nak skip nasi untuk lunch. Diet begini memang diamalkan di rumah biasa tak makan nasi masa malam. MIL saya cakap, beliau puasa sekali atau dua kali seminggu tak perlu diet terlampau. Teringat kata beliau tetapi tak terbuat lagi. 

Masuk dapur, nampak spaghetti je. Hehe mungkin sebab senang kut. Masuk spageti dalam pressure cooker 7 minit.

Bawang kuning potong dadu dan bawang putih cuma tekan pecah beberapa ulas, buka peti ais nampak carrot potong kecil, capai kunyit hidup potong nipis-nipis, teringat antiseptiti/antioxida ada dalam kunyit bole la cegah apa-apa musim kemarau ni inshaAllah, halia pun kasi nipis-nipis. Tomato sebiji potong 6. Daging ayam di potong dadu. 

Dalam periuk biasa, ditumis bawang bawang separuh,  masuk ayam, halia, carrot, tomato, bawang2 separuh lagi direbus, betul tak goreng dah sebab terus masuk air sedikit, rebus hingga tomato sebati berjus seperti dalam ala sup ayam (macam stok ayam) masuk sos tomato prego biar didih. Tabur oregano bila nak makan. Letak cheese sebagai hiasan tapi telan hehe. Lain kali bole cuba resepi bloger AA :). Gambar pun gelap sebab takut sinar flash ke mata burung, hal burung punya ni  sampai weekend khas untuk burung ja sejak Fadya duk nak bird house. Dapat house, nak burung pula.

siku menggu mama nak snap sat na

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin