Pages

Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

July 8, 2020

Pokok penapis air


Biasa tertarik kepada tanaman air kerana kehijauannya. Tidak menternak tetapi bercambah dengan sekelip mata, daun berkelopak seperti bunga berubah menjadi bunga yang leper. Makin nipis dimakan air, relai akhirnya berganti pokok kecil-kecil.

Juga menarik perhatian makhluk yang berterbangan singgah untuk membiak pula. Si perenang di dalam kolam menjadi penghalang, mini sistem eko yang senang diterangkan untuk anak-anak. Masa si adik abang kecil menunjuk simpati, jika anak ikan dibawa balik tanpa ibu, minta cari ibu ikan la. bila makhluk lain tak dapat menumpang buat rumah (serangga belang hitam putih), mereka sedih. Comel bila ingat.

Berbalik kepada sekolam kehidupan -  sejuk permandangan dengan setimba atau sekole berisi ikan-ikan guppy dan ikan sword.

Airnya sangat jernih dengan adanya dua pokok keladi bunting. Nasib pokok-pokok ini tidak mengeringkan air. Sebelum ini bila balik raya, air hampir kering dengan pokok teratai di dalamnya. Algae juga menjelma.

March 10, 2016

Decor Bilik Mandi bermanfaat | Ecosystem

Ketandusan idea nampaknya, sampai ke bilik air pun nak dientrikan. Akibat botol jem yang kosong makin bertambah, dapat idea tanam pokok dalam botol. Sejak dari itu, bertambah pulak pokok dalam botol. Letak selunguk dah nampak kurang kemas, risau pun risau dengan botol kaca berkeliaran di bawah, kan anak-anak suka berlari sana sini.

Capai paku dinding, ketuk di dinding dalam bilik air. Di mulut bolot, lilit dengan dawai dari kedai hiasan bunga atau pengantin. Lilit buat loop atau tempat gantung tu bersaiz kecil.

Bila digantung berdekat pintu rasa menarik ada kehijauan. Sebelum tu,

1. di awal permulaan menanam pokok dalam botol kenalah isi dulu dengan batu kecil,
2. isi tanah selepasnya.

Jadi air tiada bertakung di dalam botol, selain itu tak risau nak siram selalu. sebab kelembapan bertahanan. Ini hiasan murahan tetapi bermanfaat kerana pokok duit ini mengeluar oxigen and menapis udara di dalaman.

Sudut terbaik ialah bahagian sinki atau cermin itulah biasa ternampak di dalam bilik air awam. Tetapi biasa saya tengok, di letak mangkuk berisi batu sahaja. Nampak ala spa, cuma kurang senang hati, mahkluk lain pun berkubang di situ. Walaupun disalin airnya, seeloknya basuh akar juga, kerana kadang ada telur terlekat. Kalau ada cicak, cicak makan nyamuk tu, jadi  sistem ekologi ada, InshaAllah selamat.


March 6, 2016

Tetamu yang diundang | invited visitor


Sememangnya tetamu ini, saya mengundang dengan kemahuan Fadya ingin mempunyai hobi. Sejak menyediakan rumah untuk tetamu,  kami sekeluarga berdiam diri, merendahkan suara supaya tidak menakutkan tetamu. Senyap sunyilah rumah bila adanya buah kelapa kering ditebuk lubang di jadi rumah tumpangan. Yang menjemputnya adalah bijian di letak keliling luar buah kelapa itu.

Visitor, the bird
Bertenggeknya tetamu di dahan pokok selari dengan rumahnya; sempat lah mengambil gambar untuk kenangan dan di tunjuk kepada anak-anak yang berada di atas. Tetamu berupa burung itu, tidak dapat bertegur sapa :) tetapi puas hati dengan pokok-pokok yang diusahakan di gemari oleh garden birds dan en hubby sambil bermain gitar dan buat kerja dengan computer di tepi pokok bunga tu. Alhamdulillah.



Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),..

January 30, 2016

pokok bunga kertas | bougainvillea as candy garden

Pagi ni, saya bersiap untuk ikut sekali menghantar Faiq ke sekolah ada merentas desa tetapi untuk prasekolah, aktiviti lain diadakan.

Sekali harung breakfast kat luar. Habis makan, masa nak balik umah ternampak potongan pokok bunga kertas di tepi jalan depan kawasan belukar. Saya minta imamku pusing balik. Semperna hari raya cina, jiran membersih halaman rumah agaknya. Gembiranya dapat rezeki pokok bunga yang baru saya hajat untuk membeli. Balik rumah saya bersih satu pasu yang pokok tah ke apa apa, terus tanam di dalamnya. Pokoknya besar, terkeluar ranting tu saya potong cucuk di pasu lain. Sekarang bertawakkal pokok ditanam memberi keindahan candy di rumahku syurgaku ini. InshaAllah.

Nanti saya letak pokok yang di tanam. Ini pic ambil lepas breakfast dekat tempat parking kereta.

January 15, 2016

jadual menyiram / wed is watering day

Tanaman dalam rumah tu, saya siram hari rabu. Senang sebab kalau hujung minggu tak da rumah pun tak risau. Hari rabu pasti ada rumah kerana hari sekolah dan bekerja. Hari isnin tu biasa sibuk, kalau ke mana tu hari isnin uruskan hal budak2 dan kain baju dulu. Hari selasa ada kelas mengaji hehe..amboi, buat satu keja satu hari ja, melampaukan..hehe.. moga dipermudahkan olehNya kan..

Dalam gambar ni adalah pokok lidah mertua dan pokok duit. Pasunya saya letak lace dengan bunga plastik. Lace tu saya lekat dengan uhu, bunga tu dilekat dengan hot gun. Hasil nya tu rasa lembut ja, sweetkan. Suka la tengok bila letak lace, rasa english decor ja hehe. Masa gerebu, suasana di dalam rumah lebih segar kerana pokok ni mengeluarkan oxigen pada waktu malam, manakala waktu siang ia mengeluarkan carbon oksida paling minimum. Google pun cakap ia susah mati hehe..dan sesuai letak bilik tidur, namaya pun "bedroom plants" :) (pokok bilik tidur).

January 4, 2016

home plants/pokok dalam rumah /pembersih udara

Minat menanam pokok dalam rumah menjadi-jadi
sejak jerebu aritu. Pokok menapis udara iaitu pokok lidah mak mertua (dalam gambar) menjadi pokok dalaman.
Biasa saya tanam pokok duit-duit kerana senang hidup. Boleh google money plant, spider plants yang diiktiraf oleh nasa ni boleh membersih udara. Minat saya ini hingga duk hias pasu/botol pulak
Lepas tu perasing pokok buat denak untuk dijual, minda asyik fikirkan tentang hiasan, pokok, pokok bunga hinggakan saya buat keputusan hanya hari isnin ja bole fikir semua ni. Sebab banyak lagi hal perlu difikirkan hehe.. lagipun esok  hari pergi masjid mengaji tapi tak da class sebab ustazah pergi umrah.

March 21, 2014

Eyes are the real jewels / mata permata sebenar

Airmata yang mengalir didalam doa dapat menghapuskan dosa juga menyuci mata moga bersinar kembali.

Sejuk mata bila memandang pokok-pokok yang di letak di dalam bilik air rumah. Tetapi ada ciptaanNya yang comel nak kutey aloevera tu.

Home planting as hobby

Tears in prayers not only can cleanse the sin but also cleanse the eyes to shine again.

Cool down the eyes to see at the plants I have placed them in our bathrooms. Even there is a cute creature wants to pick it.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin