Pages

March 8, 2016

Spaghetti Berkunyit | Tumeric Spec

siku menunggu mama snap sat na
Terlalu leka menunggu burung singgah di taman. Lihat jam di dinding dah tengahari. Kalut naik bot juga mama nak sediakan makan tengahari. En suami cakap kalau boleh tak nak nasi tapi tak bagi idea nak makan apa. Beliau cakap sebab dah sarapan nasi lemak jadi nak skip nasi untuk lunch. Diet begini memang diamalkan di rumah biasa tak makan nasi masa malam. MIL saya cakap, beliau puasa sekali atau dua kali seminggu tak perlu diet terlampau. Teringat kata beliau tetapi tak terbuat lagi. 

Masuk dapur, nampak spaghetti je. Hehe mungkin sebab senang kut. Masuk spageti dalam pressure cooker 7 minit.

Bawang kuning potong dadu dan bawang putih cuma tekan pecah beberapa ulas, buka peti ais nampak carrot potong kecil, capai kunyit hidup potong nipis-nipis, teringat antiseptiti/antioxida ada dalam kunyit bole la cegah apa-apa musim kemarau ni inshaAllah, halia pun kasi nipis-nipis. Tomato sebiji potong 6. Daging ayam di potong dadu. 

Dalam periuk biasa, ditumis bawang bawang separuh,  masuk ayam, halia, carrot, tomato, bawang2 separuh lagi direbus, betul tak goreng dah sebab terus masuk air sedikit, rebus hingga tomato sebati berjus seperti dalam ala sup ayam (macam stok ayam) masuk sos tomato prego biar didih. Tabur oregano bila nak makan. Letak cheese sebagai hiasan tapi telan hehe. Lain kali bole cuba resepi bloger AA :). Gambar pun gelap sebab takut sinar flash ke mata burung, hal burung punya ni  sampai weekend khas untuk burung ja sejak Fadya duk nak bird house. Dapat house, nak burung pula.

siku menggu mama nak snap sat na

March 6, 2016

Tetamu yang diundang | invited visitor


Sememangnya tetamu ini, saya mengundang dengan kemahuan Fadya ingin mempunyai hobi. Sejak menyediakan rumah untuk tetamu,  kami sekeluarga berdiam diri, merendahkan suara supaya tidak menakutkan tetamu. Senyap sunyilah rumah bila adanya buah kelapa kering ditebuk lubang di jadi rumah tumpangan. Yang menjemputnya adalah bijian di letak keliling luar buah kelapa itu.

Visitor, the bird
Bertenggeknya tetamu di dahan pokok selari dengan rumahnya; sempat lah mengambil gambar untuk kenangan dan di tunjuk kepada anak-anak yang berada di atas. Tetamu berupa burung itu, tidak dapat bertegur sapa :) tetapi puas hati dengan pokok-pokok yang diusahakan di gemari oleh garden birds dan en hubby sambil bermain gitar dan buat kerja dengan computer di tepi pokok bunga tu. Alhamdulillah.



Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),..

March 5, 2016

cara bersiar bersama anak-anak lebih selesa

Setiap kali keluar bersama anak-anak, saya perasan Fadya ni jenis outdoor, maksudnya kalau keluar rumah, masuk kereta, keluar kereta, masuk bangunan (restoran) untuk makan memang tak sesuai, Dya amboi nama manja pula senang dia atau Dya sama ja :)..Dya lebih suka berlari sana sini ajak Faiq main bersama, yang si abamg dah pandai fokus makan jadi tak mahu layan, sebab itu pun boleh merajuk.

Bila keadaan begitu selalu berlaku, saya sediakan marshmellow atau benda manis untuk Dya sekurangnya Fadya duduk. Fadya ni budak cerdik tau, sebab bila dapat manisan, makanan yang patut makan macam spegeti ke, roti jala ke, Dya akan ambil perlahan. Dya sendiri pun cakap kita makan dulu cuma itu dari mulut, hati kata lain. Jadi beri coklat untuk duduk tu salah satu solusi lah tu walaupun kadang tak di sentuhnya pun, atau pegi playground dulu biar Dya lari lari dulu baru boleh duduk. Playground kira tanggungjawab parents cuma masa terhad. InshaAllah, Alhamdulillah.

March 4, 2016

Serunding Sedap Blogger NA

Dah kurang seratus hari nak masuk bulan ramadan. Ganti puasa pun bermula , teringatlah serunding sedap blogger Nor Azimah, nak korek pun dah abis.

Rasa serunding orang Terengganu sangat puas hati untuk seisi keluarga, sederhana pedas, sedap secukup rasa. Texture atau kehancuran serunding yang sedang-sedang menambah selera untuk berbuka atau bersahur.

Bersyukur blogget NA tercetus untuk membuat homemade serunding. Kerana dengan kenalan muslimah sendiri, untuk menghidang kepada keluarga pun senang hati. Harga pasti berpatutan, isiannya juga banyak boleh bertambah untuk berhari-hari.  Sudah cuba pasti hendak lagi, sila dapatkan info dari empunya diri info lebih lanjut klik di sini Asam Garam Kehidupan  dan juga boleh buat tempahan berbagai jenis serunding rasanya dengan tinggal komen di blog beliau sahaja, dapatlah berhubung :)
Maaf gambar kurang jelas dicrop untuk nampak texture isi serunding 

March 3, 2016

Leteran membawa kejayaan

Pinjam tajuk surat khabar utusan zaman dulu masa sepupu saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau  beritau pihak akbar bahawa beliau berjaya kerana leteran ibunya :) Terbawa zaman lama  yang sebenar nak catit keputusan Faiq masa umur 4 tahun 2014. Tahun yang sangat mencabar kerana Faiq seorang budak yang tahu minatnya tersendiri jadi saya buat andaian yang Faiq belum sesuai ke sekolah. Tcher tcher sangat concern tentang Faiq kerana suka keluar kelas pantang tcher keluar, dia pun keluar kawan pun ikut. Rasa dah pernah buat entri tentang Faiq, mama cuma berdoa, tcher biasa cakap ada kelas tambahan aiii macam buat sale pula kat mama dah hap hap nyawa tak lepas lagi hantar sekolah tak cukup umur, nak kena pergi kelas tuition lagi...memang sekolah Faiq ni bukan sekolahnya tetapi ibubapa yang berbangsa asing yang minta semua tu atas sebab persediaan awal ke sekolah jenis kebangsaan. 

Jadi bila buka kelas, nak cukupkan kelas, kena minta ibubapa yang tak concern ni, macam kawan saya yang isteri doctor tu. (emak F jugak)  Beliau pun pening hantar anaknya, macam macam dinasihat tcher kat pintu. Beliau cakap je dengan tcher tak payah bagi homework dekat anak beliau, itu baru berani. Saya diam ja sebab dah register, kalau duduk rumah saya pun tak tahu nak tekankan apa selain belajar sekeliling..tak da la nak buat flash card berbagai. Yang hidup-hidup depan mata boleh diajar seperti baca majalah, menu. Bagaimanapun Alhamdulillah Faiq dapat keputusan yang baik, dua tiga orang tcher juga dalam sesi perjumpaan ibubapa, kena la kami suami isteri, Tcher minta Faiq hafal maths sebab dapat 92, adoi. nak tergelak pula. mengaku ja sebab kenapa 92 kan nak la 100 kan. Faiq pun dah mula ajar adiknya sekarang, lagu lion king tu ada lirik hakuna matata. dont worry.sebutan Fadya memang lain, jadi Faiq eja untuk Fadya N A na..bukan ma, hakuna dulu baru matata..Ya Allah Faiq dah besarnya bila terdengar dia terangkan begitu dekat adiknya.
mama usaha juga buat nasi buh kurma, kismis, fig inshaAllah yang sunnah ni

March 2, 2016

Gaya Hidup

Beg susu pun di bawa oleh papa. Bila nampak pic ni Fadya happy sangat dapat hadiah dari auntynya. Bila tengok papa tak boleh layan buku-buku sebab tangan penuh :). Sekarang ni anak-anak dah besar dah kurang pengambilan susu tak pasti kenapa mungkin dah makan portion besar untuk nasi dan solid food lain. Alhamdulillah.

Kalau di minta anak-anak susu, saya buat separuh kalau lepas makan. Kalau tidak di minum separuh, letak atas meja, buat aktiviti main lepas datang balik ke meja nak minum susu rasa sikit dah jerit sesama sendiri susu old (susu dah lama) abang bagitau adik, adik bagitau abang tak boleh minum. Almaklum la mama duk pesan minum susu kena check dulu, tapi kalau sejam dah sejuk tu boleh minum lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin