Semasa menjemput Faiq, saya pasang radio, terkeluar lagu Bryan Adam bertajuk "everything i do, i do it for you" *segalanya untukmu". Menitis air mata mengenangkan lagu ini lagu kegemaran emak (klik video lagu berlirik lihatlah di dalam hati akan kau temui apa yang dicari). Memang hairan bagaimana emak tahu lagu berlirik segalanya untukmu. Ceritanya begini lagu "segalanya untukmu" menjadi kegemaran emak kerana 20 tahun dahulu abang saya yang belajar di Japan menghantar duit berjumlah yang besar. Abang yang belajar disana dibawah JPA tetapi bekerja part time dapat mengumpul duit untuk emak.
Emak dengan gembiranya pergi ke bank untuk dapatkan duit itu. Pihak bank tidak membenarkannya, malah mengatakan kena dapatkan kebenaran bank negara untuk buat transaksi duit luar negara masuk dan mesti beri tujuan kenapa dan dari mana untuk apa.
Pegawai bank itu cuba sedaya upaya untuk memudahkan emak kerana emak bukan orang import export. Tak pasti bagaimana, duit itu dapat dikeluarkan. Slip diterima ada tertulis "Hadiah dari anak" "Gift from son" dan di sign oleh abang saya "Segalanya untukmu". Setiap kali dengar lagu "everything i do i do it for you" teringat kisah cinta dua beranak ni iaitu emak dan abang tunggal saya. Everything i do, i do it for my mama too .
Abang juga orang penting di masjid (yang berdiri) |