Pages

March 1, 2016

segalanya untukmu | kisah cinta | everything i do i do it for you

Semasa menjemput Faiq, saya pasang radio, terkeluar lagu Bryan Adam bertajuk "everything i do, i do it for you" *segalanya untukmu". Menitis air mata mengenangkan lagu ini lagu kegemaran emak (klik video lagu berlirik lihatlah di dalam hati akan kau temui apa yang dicari). Memang hairan bagaimana emak tahu lagu berlirik segalanya untukmu. Ceritanya begini lagu "segalanya untukmu" menjadi kegemaran emak kerana 20 tahun dahulu abang saya yang belajar di Japan menghantar duit berjumlah yang besar. Abang yang belajar disana dibawah JPA tetapi bekerja part time dapat mengumpul duit untuk emak.

Emak dengan gembiranya pergi ke bank untuk dapatkan duit itu. Pihak bank tidak membenarkannya, malah mengatakan kena dapatkan kebenaran bank negara untuk buat transaksi duit luar negara masuk dan mesti beri tujuan kenapa dan dari mana untuk apa.


Pegawai bank itu cuba sedaya upaya untuk memudahkan emak kerana emak bukan orang import export. Tak pasti bagaimana, duit itu dapat dikeluarkan. Slip diterima ada tertulis  "Hadiah dari anak" "Gift from son" dan di sign oleh abang saya "Segalanya untukmu". Setiap kali dengar lagu "everything i do i do it for you" teringat kisah cinta dua beranak ni iaitu emak dan abang tunggal saya. Everything i do, i do it for my mama too .
Abang  juga orang penting di masjid (yang berdiri)

14 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Dipermudahkan Allah utk mak mengeluarkan duit tu ye BP..
    Dah hadiah dari anak kan..
    Untuk menggembirakan hati maknya..
    Mudah penyelesaiannya kan..

    ReplyDelete
  2. Terharu kakak dibuatnya. Ada sedikit getaran di dalam hati kakak. Syahdu. Mak gembira dan beruntung punya anak soleh begini. Moga Faiq boleh ikut macam unclenya dan BP boleh jadi macam mak juga.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...sejuk perut ibu mengandung...mana la tak terharu anak yg jauh di negara matahari terbit tetap jugak berbakti pada ibunya...kadang2 kata2 pendek yg terluah tu lebih tinggi nilainya dari segala duit dan emas permata di muka bumi ni..."segalanya untuk mu"

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...solehnya abang..sebak pulak baca...

    ReplyDelete
  5. Abang yang soleh....Moga saya dan anak2 lelaki saya dapat mencontohi beliau. Lagu Bryan Adam tu pun saya suka.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..sejuk perut mak mengandungkannya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah kasihnya anak pada emak kan. moga berpanjangan hingga syurga amin

    ReplyDelete
  8. beruntung mak ada anak soleh camni..tersentuh hati mendengar ceritanya

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah abg babyP yg punya hati yg tulus ikhlas sanggup berkorban segala nya utk ibunda tersayang, apa lagi seorang pelajar dpt hantr wang yg begitu banyak pd mama nya mmg terkedu kaknoor

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, baiknya seorang anak terhadap ibu, pasti redha seorang ibu menjadi balasannya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, baiknya seorang anak terhadap ibu, pasti redha seorang ibu menjadi balasannya.

    ReplyDelete
  12. ALHAMDULILLAH..PEMBERIAN SEORANG ANAK YANG AMAT SYGKAN IBUNYA N ALLAH PERMUDAHKAN SEMUA URUSANNYA.

    ReplyDelete
  13. Pastinya kerana doa seorang emak, buatkan anak-anak berjaya, amhamdulillah...

    Tersentuh hati melihat gambar abg bp tu,pasti hati emak bp terlebih lg,bila melihat kejayaan anak2, miga anak2 kita juga akan berjaya dunia & akhirat

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin