Pages

October 16, 2021

Sticky Rice Mango, Banana Fritters, Fish Lekor | Pulut Mangga, Pisang Goreng Keju, Keropok Lekor

Language and video a minute below :)

English version and one minute video below :)


Having yummy food for happy moods. 

Menikmati juadah sedap untuk meningkatkan mood ceria kan

Sweets from fruits that I do feel less guilty. 

Manis dari buah kurang rasa bersalah


Morning rises again, gratefully to fill up with meaningful moments, just a rotation to earn a living.  I liked to have fruits in the morning, to gain energy from fructose calorie or whatever they call it. Love the tastes of mango. Amazed how Thai people eat their mango. 


Sticky Rice, Mango with creamy coconut milk. 

Steamed glutinous rice with water or add coconut milk. Cut fresh mango. Coconut milk cooked with a bit of salt and sugar (optional) 


We also had banana fritters with cheese. New innovations from street food vendors. 


Cheese Banana Fritters

Cut fresh banana. Dip in mixed flour batter. Deep fried, lifted, put on kitchen towel, dried up. Sprinkled cheese with syrup or condensed milk


Another delicacy called keropok lekor was fish mixed flour fritter more or less like fish cake but more intact flavourful to eat just like that. 


Fish Lekor Fritters

Mashed fish mix with sago flour and salt, rolled to long shaped sausage. Bolied to precook. Cut to smaller size and deep fried. You can eat with homemade chilli sauce, more diluted and tasteful than bottled sauce. 


All the above are roughly basic ingredients. And ordered and delivered via Grab. Nice breakfast ever, met the tastebud. 


Have a lovely weekend❤️


Pagi hari menjelma dengan penuh kesyukuran berniat ingin mengisi hari yang indah. Macam kitaran hidup mencari nafkah. Saya terjebak makan manis buah buahan dipagi hari harap mendapat tenaga dari kalori fruktos yang diwarwarkan selalu. Suka dengan rasa sedap buah mangga dan teruja dengan cara orang Thai menikmati buah ini. 


Pulut, buah mangga dengan santan berlemak.

Kukus pulut dengan air dan tambah santan. Potong buah mangga. Santan dimasak hingga medidih dan dicampur sedikit garam dan gula (pilihan) 


Kami juga menikmati pisang goreng berkeju. Ini satu inovasi baru yang dicipta oleh peniaga peniaga jalanan. 


Pisang Goreng berkeju

Potong buah pisang. Celupkan tepung menggoreng. Goreng hingga garing, toskan kering menggunakan kertas tisu dapur/ surat khabar lama. Taburkan keju bersama sirap atau susu pekat. 


Satu lagi juadah yang dinikmati ialah keropok lekor, yang dibuat dari isi ikan dengan tepung sagu. Macam 'fish cake' tetapi lebih berperisa bila dimakan begitu saja. 


Keropok Lekor

Hancurkan isi ikan dicampurlkan dengan tepung sagu dan garam, kemudian di gulung seperti bentuk sosej panjang. Lepas itu di rebus pra masak. 

Potong saiz kecil dan goreng sehingga garing. Ia boleh dimakan dengan sos chili yang dibuat sendiri, yang lebih cair tetapi berperisa dari sos chili yang dibeli dalam botol. 


Bahan dan cara asas di atas. Hidangan dipesan dan dihantar oleh Grab. Sarapan pagi terbaik.. menepati citarasa. 


Selamat berhujung minggu ❤️


Hi-Tea Menu for breakfasts :) 











October 15, 2021

Fruit Bats in Tioman Island / Keluang di Pulau Tioman

Bahasa dan  video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below:) 

From Pontian, a district in the southern state of Johore, which is near to our neighbouring country, Singapore.

Dari Pontian, sebuah daerah dari negeri selatan tanahair iaitu Johor, yang dekat dengan negara jiran iaitu Singapura

From the jetty we took a ferry ship to an island

Dari jeti tanah besar, ambil kapal feri ke pulau

Without booking of any hotel or resort, we tried our luck whether there was any room available.


The motor bike rider that commuted our bags and elderlies told and took us to a remote beach, the Idaman Beach Holiday resort at Kampung Genting. We agreed as all the beaches around Pulau Tioman are well known for being beautiful. Got the keys at a lobby which look like a cafe hut.  We walked to the unit and didn't realized that infront of the chalet  assigned was home of the fruit bats. 


The screeching sounds were going on and on, night and day non stop. Thought daytime is their sleep time, while at night they flew out from the tree, not as expected. We ignored it by going to the beach a bit further. When heading back to the chalet, we could hear the irritating nuisance sound from afar. 


It was a memorable experience going to an island without planning and booking.  Had a resort with sound of waves and  spooky creatures with clicks of chirping like and sound from  flapping of their wings. Island hopping and snorkeling activities still done deal. 


Happy blessed Friday❤️



Tanpa membuat tempahan di mama-mana hotel atau resort, kami cuba nasib kalau-kalau ada bilik chalet yang kosong. 


Penunggang motorbasikal yang mengangkut beg-beg kami juga warga emas memberitahu dan menunjuk kearah hotel terpencil, iaitu Idaman Beach Holiday resort di Kampung Genting. 


Setahu kami Pulau Tioman terkenal kerana dikelilingi oleh pantai pantai yang cantik, jadi kami tak kisah di mana pun untuk bermalam. Kami dapat kunci di lobi resort yang rupa seakan macam pondok cafe.


Bila kami jalan ke unit chalet, tak di sangka chalet yang diberi di depannya pantai yang indah, tetapi ada pokok pokok rhu yang menjadi rumah beratus ekor keluang di hadapannya. .


Bunyi keluang berbunyi nyaring, hingar bising, bertalu-talu tak habis-habis, ingatkan malam masa keluarnya, pun tidak, siang masa tidurnya pun tidak. 


Kami buat tak tahu hanya pegi ke pantai yang lebih jauh tetapi bila hala balik boleh dengar bunyi bising keluang dari jauh. 


Pengalaman yang manis ke pahit sebab suka juga hidupan liar, tapi suka juga bunyi ombak berderu ke pulau tanpa perancangan. 


Dapat resort berbunyi ombak dengan berdesing dari makhluk menakutkan, bunyi kibaran sayapnya yang meremang bulu roma. Alhamdulillah, aktiviti island hopping dan snorkeling tetap ada:) 

Salam Jumaat  penuh barakah❤️


 Throwback tales.. 




October 14, 2021

Soft boiled egg and Cucumber Juice | Telur separuh masak dan Jus Timun

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)

Breakfast with salami and eggs. Sarapan dengan salami dan telur

Makeover outdoor space | Ubah suai kawasan luar


Make over the space outside to sit comfortably.. Just move some furniture and put a small table. Hope it will be a place for everyone to sit, to have the outside air. 


Then come inside fixed breakfast with eggs. Last week we had steamed eggs. This week we had soft boiled eggs like the European had, that's how I remembered long time ago when I was there for an oil and gas exhibition. 


Since I bought a lot of cucumber and celery, I kept it in the freezer. I just blended with cherry tomatoes together for a refreshing juice drink  So refreshed it turns up to be. 


Happy Thurday❤️

 

Mengubah suai di bahagian luar sedikit supaya ada tempat duduk. Cuma ubah perabut dan letak meja kecil. Harap tempat ini menjadi tempat digemari semua untuk menikmati angin luar


Lepas mengubah sedikit di luar, masuk sediakan sarapan. Terlalu ringkas kerana hanya merebus telur. Dua minggu lepas kukus telur, Kali ni rebus separuh masak seperti orang barat makan seperti mana saya dihidangi, seingat saya semasa menghadiri exhibition oil and gas disana. 


Memang terbeli banyak timun dan celery, yang disejuk beku didalam peti ais. Lalu saya buat jus, dikisar dan di campur dengan tomato ceri. Alhamdulillah Jusnya sangat menyegarkan. 


Salam Khamis❤️


Throwback Thursday

October 13, 2021

Lunch - grounded carrots looked like rice | Lobak merah dikisar menyerupai nasi

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Was intrigued to have proper asian fried meal with chilli paste. Terdetik hendak menjamah masakan asia goreng-goreng dengan sambal

Chilli Paste with Stinky beans, with boiled egg would be good |

Sambal petai dengan telur rebus lagi sedap


I set to give efforts in the afternoon as to prepare something different. I tried to buy brocolli or cauliflower but they were not available. So, I grounded carrots to look like rice. 


I fried the carrots with  garlic butter. More or less like nasi lemak. Also cooked sambal petai to go with the food. 


Now I'm thinking to have lowcarb dinner but no idea how it's like. I got inspiring by menu with cauliflower as it looks like rice. 


As for soup, I  boiled garlic and carrots with roasted seaweed. That's it of the journey vege meal for awhile :) 


Still thinking Wordless Wednesday :) 


Happy Wednesday ❤️


Saya merajinkan diri untuk menyediakan sesuatu yang lain. Saya cuba beli brokoli atau bunga kobis tetapi tiada dijual. 


Saya kisarkan lobak merah, nampak seakan nasi. Saya goreng dengan mentega bawang putih.


Lebih kurang macam nasi lemak. Masak pula sambal petai untuk makan bersama. Sekarang saya terfikir rendah karbo untuk makan malam pula.


Terinspirasi  dengan bunga kobis kerana bila dipecahkan nampak macam nasi. 


Untuk sup tu, rebus bawang putih, lobak merah dan letak seaweed yang telah dipanggang sememang ada rasa sedikit. 


Itu je perjalanan hidangan sayur untuk tengahari buat sementara ini :) 


Masih memikir Rabu menyepu hehe.. 

Salam Rabu ❤️





October 12, 2021

Picnic at Taman Bandaran Kelana Jaya

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Lunch time was approaching. Masa makan tengahari hampir tiba




 Thinking of where to have it since we able to go out (no more MCO but still under SOP). Fikir tentang di mana untuk menikmati makan tengahari dah boleh keluar jauhkan. 


Few lakes existed here. Breathtaking view. 

Berberapa tasik wujud di sini. Permandangan yang mempersonakan


As we are no longer on MCO, I have doubts on whether to have picinic out or to cook just infront of the house at least outside. Since we were lazy on a Saturday morning, I ordered food first then let others in our household to decide. Seems they were excited to have lunch outside. That's the excitements that I expected and hoped for. 


I thought I was the one  to make plan, set the items, like a lone ranger, but no; Not at all, everyone eagerly anticipated, even abang knew already and got ready earlier. 


Arrived at the park, around 12 noon, saw one or two people were fishing, a couple with a baby cart enjoying the scenery. 


We chose a place near the playground and in front of lake. It was cooler spot as it is near the water and surrounded by the bamboo plants. 


Loved the ambience. Looking forward to next picnic if time permits. How about camping next time.  How did you spent your weekend? 


Tacos Tuesday ❤️


Dah tak lagi MCO tapi masih SOP, saya sangsi samada nak masak depan rumah ke atau nak keluar berkelah di luar. Tapi nak juga bersantai bermalasan di pagi sabtu, saya buat pesanan makanan, sedia apa yang asas ja. Biar yang lain lah yang buat keputusan. Nampak semua teruja nak makan kat luar, keluar dalam ertikata bukan kat kedai atau restoran lagi, kat open air je dulu. Kegirangan yang saya bayangkan dan harapkan itu menjadi nyata. 


Ingatkan saya yang solo macam lone ranger yang duk buat plan bagai, tau tau setiap individu mengambil bahagian, abang yang terawal siap. 


Sampai di sana dalam pukul 12 tengahari macam tu, nampak satu atau dua orang sedang memancing, ada sepasang ibubapa duduk dengan baby dalam stroller menikmati keindahan alam.


Kami pilih tempat dekat dengan tasik dan berdekatan dengan taman permainan. Tempatnya sejuk sebab dekat dengan air dan bersebelahan dengan pokok pokok buluh.


Suka suasana kehijauan. Tak sabar nak berpiknik lagi, InshaAllah kalau ada masa dan tenaga. Mungkin berkhemah pula. Apa aktiviti hujung minggu kalian? Jom share. 


Hari Selasa rasa nak makan kari laksa :) ❤️





 


October 11, 2021

Multi grain porridge with mushroom soup | Bubur bijirin penuh dengan sup cendawan

Bahasa and video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)

Spring cleaning the ration's drawer, saw one last packet of  Campbell mushroom soup |

Mengemas laci simpan makanan, ternampak sup cendawan Campbell

Make the soup powder as flavour to the porridge |

Ambil serbuk cendawan sebagai perasa bubur


Simple breakfast, grain porridge, fruit cakes with yogurt, salad with half sliced of protein |

Sarapan ringkas,  bubur bijirin, kek buah dengan yogurt, salad dan separuh potongan protin 


Since I used to eat edamame at early morning, I tried to put petai for breakie. The taste of instant mushroom powder in the porridge was really good, the food technology in the instant food made you crave for more. Behind the purpose of the creation is to make customer to come for more. I saw in the documentary in Astro TV about food. That's what I saw and understand. 


Instant food not good taken as often but taking it makes the body not at sudden surprise and our body become tougher hehe.. 


It was a nice meal that morning, I was kind of lenient to myself. Having everything in one plate like being served during flight. Satisfied by serving little bit in one go. Love the concept like that. It won't be the same however, as the served done by the same person, seems she needs to sit longer but the meal finished fast and furious hehe.. Okay dokay 


Have an okay day and the best ever ❤️



Saya biasa makan edamame diawal pagi, oleh itu saya cuba untuk mengunakan petai sebagai sarapan pula. Rasa perisa sup cendawan dalam bubur bijirin amat sedap sekali. Teknologi makanan didalam makanan segera membuatkan kita 'ketagih' mahu makan lagi. Begitulah disebalik ciptaan ini adalah supaya kita sentiasa mahu membelinya. Pernah saya tonton didalam satu rancangan dokumentari di TV Astro berkenaan makanan sebegini. Itulah yang saya lihat dan fahami. 


Makanan segera tak elok ambil selalu tetapi pengambilannya secara sesekali supaya tubuh tidak terkejut dan menjadi lasak  hehe.. 


Sedap sarapan pada pagi itu Alhamdulillah. Saya bersikap lembut diri sendiri. Hidangan 'semua dalam satu pinggan' rasa macam makan dalam pesawat lah pulak. Semuanya disajikan 'sedikit sedikit' sekali harung. Suka konsep begini. Tetapi taklah sama pasal yang melayan dan memakan tu orang yang sama kan.. Macam nak duduk lama, tapi makanan habis sekelip mata.. hehe, Oki doki. 


Moga hari anda ok dan yang terbaik ❤️ 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin